JPW JOHOR

Call Directions Website

JPW JOHOR Meningkatkan keupayaan wanita untuk lebih menyumbang kepada pembangunan negara

Visi:
Mencapai kesaksamaan gender sebagai asas utama pembangunan masyarakat ke arah pembentukan sebuah negara maju.

17/10/2026

โ€“ Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menitikberatkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, Kerajaan Negeri memutuskan untuk melanjutkan penutupan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari lagi, bermul...

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐† ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐๐’๐ˆ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐’๐ˆ๐€๐‹ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ ๐–๐€๐‰๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐€๐๐“๐” | ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐’๐„๐‘๐๐€๐†๐”๐๐€ ๐๐๐‘ ๐Œ๐„๐‹๐€๐๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡, ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘...
15/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐† ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐๐’๐ˆ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐’๐ˆ๐€๐‹ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ ๐–๐€๐‰๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘
๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐€๐๐“๐” | ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐’๐„๐‘๐๐€๐†๐”๐๐€ ๐๐๐‘ ๐Œ๐„๐‹๐€๐๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡, ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (PPWNJ) telah menganjurkan Program Sumbang Bakti Psikososial Skuad Waja 2026 Negeri Johor di Dewan Serbaguna PPR Melana Indah, Johor pada 22 Ogos 2026 (Sabtu). Program ini telah dihadiri seramai 130 orang dari kalangan komuniti setempat termasuk barisan pempamer agensi dan usahawan.

Majlis pembukaan telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Puan Mikdalinah Juingkin; Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor. Intipati program kali ini adalah penekanan kepada aspek psikososial dalam usaha meningkatkan kesejahteraan mental, emosi dan sosial dalam kalangan wanita oleh kaunselor yang juga merupakan pelatih HRD Corp. Turut perkongsian ilmu pendekatan kepada aktiviti yang santai, kreatif dan berasaskan kemahiran melalui kelas gubahan bunga oleh Shasha Signature Enterprise. Program ini turut menjemput agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan untuk membuka kaunter perkhidmatan iaitu Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga dan Negara Johor (saringan kesihatan dan kanser HPV), Tekun Nasional Johor, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor, Amanah Raya Berhad Johor Bahru serta jualan-jualan usahawan KIRANA Johor dan usahawan jemputan I Care Community Centre (iCare).

Dengan jalinan kerjasama yang baik di antara PPWN Johor, I Care Community Centre (iCare) dan PPR Melana Indah telah dapat melaksanakan program ini dengan berjaya. Terima kasih kepada yang hadir dan semoga program ini dapat menyumbang kepada pembentukan individu yang lebih yakin, berdaya tahan (๐™ง๐™š๐™จ๐™ž๐™ก๐™ž๐™š๐™ฃ๐™˜๐™š) dan mempunyai kemahiran sosial serta kemahiran praktikal yang bermanfaat kepada golongan wanita.











15/10/2026
SESI PEMERIKSAAN PELUPUSAN ASET ALIH PPWN JOHOR | 14 OKTOBER 2026 (RABU)Sesi Pemeriksaan Pelupusan Aset bagi Pejabat Pem...
15/10/2026

SESI PEMERIKSAAN PELUPUSAN ASET ALIH PPWN JOHOR | 14 OKTOBER 2026 (RABU)
Sesi Pemeriksaan Pelupusan Aset bagi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Johor oleh Lembaga Pemeriksaan Pelupusan Aset dari Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan (PPWN WP) telah diadakan untuk pelupusan aset di tiga lokasi iaitu PPWN Johor, Rumah Perlindungan Wanita (RPW) Johor dan Laman Wanita Muar.
Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Mazni binti Aznan, Pengarah PPWN WP bersama 4 orang warga kerja. Pihak PPWN WP juga turut berkesempatan meninjau pelaksanaan Program Mekar: Jana Niaga (Kemahiran Masakan) - Bebola Daging & Nuget di Laman Wanita Muar dan juga Aktiviti Persembahan Koir dan Pertandingan Karoke di Rumah Perlindungan Wanita (RPW) Johor.
Sesi pemeriksaan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan! ๐Ÿคโœจ

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ ๐—ช๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ ๐—”๐—ป๐˜๐—ถ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต!๐Ÿ“… 9 Oktober 2026 (Jumaat)๐Ÿ“ Dewan Sultan Ibra...
14/10/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ ๐—ช๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ ๐—”๐—ป๐˜๐—ถ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต!

๐Ÿ“… 9 Oktober 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Johor dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Advokasi bagi meningkatkan kesedaran mengenai peranan sukarelawan, pencegahan gangguan seksual dan buli siber serta kepentingan mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat dan saling menghormati.

Program ini bukan sahaja melibatkan warga UTHM, ia turut disertai oleh peserta daripada beberapa Institusi Pendidikan sekitar Batu Pahat, iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Batu Pahat, SMK Tun Ismail dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Penglibatan pelbagai institusi ini membuka ruang kepada penyebaran maklumat dan peningkatan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai aspek keselamatan diri serta tanggungjawab bersama dalam mencegah gangguan seksual dan buli siber.

Antara pengisian program ialah:

๐Ÿ”นPengenalan PRISMANITA oleh Puan Mikdalinah Juingkin, Timbalan Pengarah PPWN Johor, yang memberi pendedahan mengenai fungsi PRISMANITA sebagai perantara rujukan, intervensi, sokongan, maklumat dan advokasi bagi membantu wanita mendapatkan akses kepada perkhidmatan serta bantuan.

๐Ÿ”น Slot 1 - Doโ€™s & Donโ€™ts: Peranan Sukarelawan oleh Dr. Radzi bin Ambar, Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM yang memberi pendedahan mengenai perkara yang perlu dan tidak wajar dilakukan oleh sukarelawan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Pengisian ini turut menekankan kepentingan etika, komunikasi berkesan, sikap prihatin serta batas peranan sukarelawan ketika membantu komuniti bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara berhemah dan bertanggungjawab.

๐Ÿ”น Slot 2 - Advokasi Antigangguan Seksual dan Buli Siber oleh Coach Airol Irwan, Perunding Latihan Pro Rev Consultancy & Services, memberi pendedahan mengenai bentuk-bentuk gangguan seksual dan buli siber, kesannya terhadap mangsa serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil. Pengisian ini turut meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, menghormati batas peribadi orang lain serta mengetahui tindakan dan saluran yang boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.

Diharapkan penganjuran program ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai peranan sukarelawan, fungsi PRISMANITA serta langkah pencegahan gangguan seksual dan buli siber. Inisiatif ini juga diharap dapat memupuk sikap prihatin, bertanggungjawab dan saling menghormati dalam kalangan warga institusi pendidikan bagi bersama-sama mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera.





!



๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐˜๐€๐Œ ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ | ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐€๐๐”Merafak sembah dengan ucapan setinggi...
13/10/2026

๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐˜๐€๐Œ ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ | ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐€๐๐”

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail sempena Hari Keputeraan Baginda pada 14 Oktober 2026

โ€œSemoga Allah Merahmati Usia Duli Yang Amat Mulia Tunkuโ€

Sembah takzim daripada :

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor

10/10/2026

JOHOR LANJUT PENUTUPAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HINGGA 16 OKTOBER INI

โ€“ Semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Negeri Johor akan terus ditutup selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober ini, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan terus terpelihara.

Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya murid serta warga pendidikan.

Pelanjutan penutupan berkenaan mengambil kira jangkaan pergerakan angin terkini dari Kalimantan, Indonesia, pada 13 hingga 15 Oktober ini, risiko peningkatan kepekatan partikel halus serta keadaan atmosfera yang boleh menyebabkan jerebu berlarutan.

Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada sekitar 170 hingga 180 tanpa perubahan ketara turut menunjukkan bahawa kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan.

Sepanjang tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian, manakala pentaksiran dan penilaian akademik di sekolah terlibat akan ditangguhkan serta dijadualkan semula mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa pendidikan berkaitan.

Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan IPU bagi menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan keadaan kualiti udara serta penilaian keselamatan dan kesihatan semasa.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar anak-anak, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (Dr. Naqib Ghazali), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, mengumumkan pelanjutan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari susulan kemerosotan kualiti udara menerusi kenyataan media hari ini.







๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ๐š๐ง๐ข๐ญ๐š : ๐Š-๐‚๐ก๐š๐ญ : ๐€๐ฉ๐š ๐Š๐ก๐š๐›๐š๐ซ, ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข?๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐ŸŒนPejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor akan melaksanakan 'Program P...
08/10/2026

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ๐š๐ง๐ข๐ญ๐š : ๐Š-๐‚๐ก๐š๐ญ : ๐€๐ฉ๐š ๐Š๐ก๐š๐›๐š๐ซ, ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข?๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

๐ŸŒนPejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor akan melaksanakan 'Program Prismanita - K-Chat : Apa Khabar, Diri?' . Program ini akan menyediakan platform sokongan yang selamat kepada wanita untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan cabaran yang dihadapi melalui sesi kaunseling kelompok dengan sokongan rakan sebaya dan bimbingan kaunselor serta membantu mengenal pasti peserta yang memerlukan sokongan atau intervensi lanjut untuk dirujuk kepada perkhidmatan kaunseling individu atau agensi berkaitan.

Program ini akan dijalankan berdasarkan ketetapan berikut :

๐Ÿ—“๏ธ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : 2 November 2026 (Isnin)
๐Ÿ  ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ : Savannah Hill Resort, Ulu Tiram Johor
๐Ÿ•– ๐Œ๐š๐ฌ๐š :8.00 pagi - 5.00 petang
๐Ÿ‘• ๐„๐ญ๐ข๐ค๐š ๐๐š๐ค๐š๐ข๐š๐ง :Pakaian Sukan

Pautan pendaftaran program : https://forms.gle/49984DiZt1qJEP3C7

Pelbagai aktiviti menarik menanti peserta seperti -
- ๐ŸŒทKaunseling Kelompok
- ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธNature Walk
- ๐ŸŒŸ Giant Star Challenge

Tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini, boleh hubungi En Azizi di talian 0177600709 atau 072330364

[๐Ÿ’œ PPWN Johor]

07/10/2026

ย  โ€“ Semua sekolah di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara demi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus menjadi keutamaan. ย  Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat ...

Address

Aras 4, Kompleks Penyayang Kempas, Lot 131200 Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072242299

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPW JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share