14/05/2026
SESI LIBAT URUS PAAB & KUMPULAN UTILITI JOHOR (KUJ) SERTA MAJLIS MAKAN MALAM
13 Mei 2026 –– Telah berlangsung sesi libat urus antara Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bersama Koridor Utiliti (Johor) Sdn Bhd yang diadakan dalam suasana penuh harmoni dan profesionalisme, di dalam majlis makan malam sebagai medium mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak.
Delegasi PAAB telah diketuai oleh Ir. Abdul Samad Sulaiman selaku Chief Operating Officer bersama pegawai-pegawai kanan daripada PAAB HQ dan PAAB Johor yang diketuai oleh Ts. Khumasi @ Muhamad Rozaidi Manjajib selaku State Manager Johor.
Manakala dari pihak KUJ, telah hadir ke majlis ini ialah Pengurus Kanan KUJ, En.Saifuddin bin Abdul Rahim, bersama pegawai-pegawai kanan serta pegawai daripada Jabatan Projek KUJ.
Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik, perkongsian pandangan teknikal serta penyelarasan berkaitan pembangunan dan pengurusan utiliti demi manfaat bersama.
12/05/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SEHENTI (OSC) MBIP BIL. 09/2026
11-13 Mei 2026 –– Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Bil. 09/2026 yang melibatkan pertimbangan pelbagai permohonan pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Mesyuarat ini membincangkan beberapa permohonan berkaitan:
▪️ Kebenaran Merancang
▪️ Pelan Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan
▪️ Pelan Bangunan
▪️ Pelan Lampu Jalan
▪️ Pelan Landskap
Antara cadangan pembangunan yang dibentangkan termasuk pembangunan perumahan, bangunan perniagaan, gudang industri sederhana serta kemudahan infrastruktur di sekitar Mukim Pulai dan Tebrau.
Dalam masa yang sama, Koridor Utiliti Johor (KUJ) turut menerima Sijil Penghargaan Penyediaan Ulasan Teknikal Dalam Tempoh Piagam MBIP Tahun 2025 sempena Majlis Apresiasi OSC MBIP sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen dan kerjasama dalam memastikan proses semakan teknikal dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk KUJ terus memberikan perkhidmatan terbaik serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi demi pembangunan yang lebih tersusun dan mampan.
06/05/2026
LAWATAN TAPAK BAGI ISU JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD) BATU PAHAT BIL. 03 TAHUN 2026 (ADUN PENGGARAM)
Satu lawatan tapak telah diadakan bersama pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan wakil ADUN Penggaram bagi meneliti isu longkang tersumbat serta kejadian air pasang laut yang menyebabkan limpahan air ketika hujan lebat di kawasan terlibat.
Hasil semakan di tapak mendapati punca utama masalah adalah disebabkan sampah sarap yang tersangkut pada kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di dalam longkang, sekali gus menghalang aliran air.
Kerja - kerja pembaikan dan pendalaman longkang telahpun dilaksanakan pada tahun 2024. Namun begitu, semasa kerja tersebut dijalankan, kabel TNB tidak dialihkan dan diletakkan di dasar longkang, menyebabkan kedalaman longkang tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, MPBP telah memohon pihak TNB untuk membuat semakan lanjut serta mengemukakan ulasan berkaitan kedudukan kabel berkenaan bagi tindakan penyelesaian yang lebih menyeluruh.
Sebagai langkah interim, pihak MPBP telah mengambil inisiatif melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang secara berkala di samping mengadakan program gotong-royong bersama penduduk setempat bagi memastikan aliran air sentiasa lancar.
Diharapkan kerjasama semua pihak dapat membantu menangani isu ini secara berkesan demi kesejahteraan penduduk setempat.
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Dedikasi, komitmen dan usaha berterusan anda semua amat dihargai dalam memacu kemajuan organisasi serta kesejahteraan masyarakat. Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun, memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih gemilang.
Semoga Hari Pekerja ini menjadi penghargaan buat segala penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan. Teruskan melangkah dengan semangat, profesionalisme dan integriti yang tinggi.
Ikhlas daripada:
Pengurusan & Warga Kerja
Koridor Utiliti (Johor) Sdn Bhd
30/04/2026
PEMERIKSAAN UTILITI – ARAHAN KERJA FASA 1 TAHUN 2026, DAERAH SEGAMAT BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN-JALAN NEGERI ZON B (BATU PAHAT, KLUANG, MUAR, TANGKAK & SEGAMAT, JOHOR)
29 & 30 April 2026 –– Pemeriksaan utiliti telah dilaksanakan bagi mengenal pasti kedudukan, jenis dan status aset utiliti sedia ada dalam kawasan rizab jalan yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan sistem perparitan.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat utiliti di lapangan yang tidak direkodkan dalam sistem PADU KUJ. Pengesahan lanjut telah dijalankan bersama agensi utiliti menggunakan peralatan pengesanan seperti cable/pipe tracer bagi menentukan jajaran utiliti bawah tanah dengan lebih tepat. Berdasarkan lawatan tapak yang diadakan, dapat dirumuskan bahawa:
▪️ Tiada halangan kritikal dikenal pasti
▪️ Langkah keselamatan perlu diberi keutamaan semasa kerja berhampiran utiliti
▪️ Kontraktor perlu mematuhi spesifikasi teknikal dan prosedur JKR
▪️ Penandaan (pe***ng) utiliti perlu dilaksanakan sebelum kerja bermula
▪️ Penyelenggaraan perparitan penting bagi kelancaran aliran air dan pengurangan risiko banjir
▪️ Maklumat utiliti akan dikemaskini dalam sistem PADU KUJ untuk rujukan masa hadapan
Kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan kerja serta keselamatan infrastruktur utiliti di kawasan terlibat.
28/04/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 8/2026
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
28 April 2026 -- Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 8/2026 Majlis Bandaraya Johor Bahru telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat ini menghimpunkan pelbagai jabatan teknikal dan agensi berkaitan termasuk Ahli-Ahli Majlis, jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, serta agensi utiliti bagi membincangkan dan menyelaras permohonan pembangunan serta hal-hal teknikal yang berkaitan.
Perbincangan tertumpu kepada penelitian dan pertimbangan permohonan pembangunan, pematuhan kepada syarat-syarat teknikal serta penyelarasan antara agensi bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan memenuhi garis panduan serta keperluan yang ditetapkan.
28/04/2026
LAWATAN TAPAK BAGI PENGESAHAN MENDAPAN JALAN BERTURAP (JALAN SELIAAN MD LABIS)
27 April 2026 -- Satu lawatan tapak telah diadakan bagi tujuan mengesahkan isu mendapan jalan berturap serta mengenal pasti tahap kerosakan struktur tanah dan longkang di lokasi terlibat.
Lawatan tapak ini telah dihadiri oleh YDP MD Labis, En. Mohd Fairul bin Surian, En. Zaid bin Misran, Ketua Bahagian Kejuruteraan MDL, Ahli-Ahli Majlis, wakil KUJ serta penyedia utiliti yang berkaitan.
Hasil pemerhatian mendapati terdapat mendapan jalan yang ketara serta keruntuhan struktur tanah dan longkang. Kerosakan ini dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pengorekan bagi pembaikan paip utiliti di kawasan berkenaan. Turapan semula yang telah dilaksanakan juga didapati gagal berfungsi dengan baik dan runtuh akibat hujan lebat. Semakan lanjut mendapati tiada permohonan kerja utiliti yang berdaftar dengan pihak KUJ bagi lokasi tersebut.
Sehubungan itu, pihak MD Labis akan melaksanakan kerja pembaikan segera menggunakan peruntukan kecemasan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.
Kerosakan yang berlaku adalah amat serius dan memerlukan tindakan pantas serta penyelarasan bersepadu antara semua pihak yang terlibat bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa hadapan.
23/04/2026
MESYUARAT TAPAK DAN PENYELARASAN UTILITI BIL. 9/2026
23 April 2026 –– Telah berlangsung Mesyuarat Tapak dan Penyelarasan Utiliti Bil. 9/2026 bagi projek Ekologi Central Forest Spine (CFS) 2 : PL1 yang melibatkan kawasan HS Labis Timur, HS Mersing dan HS Lenggor, Mersing, Johor.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras keperluan teknikal serta pelaksanaan kerja-kerja utiliti di tapak projek agar berjalan dengan lebih teratur, efisien dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
Perbincangan turut memberi fokus kepada isu-isu semasa di tapak, penyelarasan antara agensi dan pihak berkepentingan serta langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek sejajar dengan objektif pemeliharaan ekologi dan pembangunan mampan.