Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor

Call Directions Website Contact the organization
 Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Pejabat Negeri Pertahanan Awam Johor atas kejayaan menerima Penar...
20/10/2026



Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Pejabat Negeri Pertahanan Awam Johor atas kejayaan menerima Penarafan Lima (5) Bintang bagi Anugerah Penarafan Amalan Terbaik Pengurusan Perakaunan PTJ JPM Tahun 2025.

Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga kerja dalam memastikan pengurusan perakaunan dilaksanakan dengan cekap, telus, berintegriti serta mematuhi tatacara dan peraturan yang ditetapkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh tadbir urus serta mengekalkan budaya kerja cemerlang dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja APM Negeri Johor!

Ikhlas daripada YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar serta seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor.

©️ Media APM Johor












*SISTEM PROTEK APM JOHOR UNGGULI PERTANDINGAN INOVASI JPM 2026, ANGKAT KESELAMATAN GOLONGAN RENTAN KETIKA MUSIM MONSUN T...
20/10/2026

*SISTEM PROTEK APM JOHOR UNGGULI PERTANDINGAN INOVASI JPM 2026, ANGKAT KESELAMATAN GOLONGAN RENTAN KETIKA MUSIM MONSUN TIMUR LAUT*

CYBERJAYA, 20 Oktober – Sistem Program Tindakan Kecemasan (PROTEK), iaitu sistem inovasi yang dibangunkan khusus bagi membantu golongan rentan mendapatkan bantuan ketika Monsun Timur Laut (MTL), berjaya merangkul gelaran Johan Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2026 bagi Kategori Trek Sosial.

Kejayaan membanggakan itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar dengan Penyampaian Mokcek bernilai RM5000.00 serta Sijil Kemenangan pada majlis Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM yang berlangsung di Cyber Event Hall, Cyberjaya, Selangor, hari ini.

Pencapaian tersebut membuktikan komitmen berterusan dalam menghasilkan inovasi yang bukan sahaja berteraskan kemajuan teknologi, malah memberikan manfaat secara langsung kepada masyarakat, khususnya golongan rentan yang berhadapan dengan risiko ketika musim tengkujuh.

Ketua projek, Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup, berkata sistem berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Politeknik Mersing Johor (PMJ) sejak April 2025. Menurut beliau, pembangunan PROTEK dilaksanakan secara berperingkat melalui beberapa fasa penambahbaikan bagi memastikan sistem tersebut dapat memenuhi keperluan pengguna dan membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian bantuan kecemasan.

Menurutnya lagi, pendekatan pembangunan sistem secara kolaboratif itu turut membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dan idea antara pihak APM Johor dengan Politeknik Mersing Johor (PMJ) dalam menghasilkan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan sebenar masyarakat.

Sistem PROTEK memberi tumpuan kepada keperluan golongan rentan yang mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan bantuan atau menyelamatkan diri ketika berlakunya bencana banjir. Inisiatif ini diharap dapat menyokong usaha meningkatkan kesiapsiagaan, memudahkan pengenalpastian keperluan bantuan dan memperkukuh pengurusan tindakan kecemasan

Kejayaan meraih Johan Inovasi dalam kategori Trek Sosial itu turut mencerminkan potensi inovasi berimpak tinggi yang berorientasikan kesejahteraan rakyat, selaras dengan keperluan memperkukuh pengurusan bencana yang lebih sistematik, responsif dan inklusif.

Pencapaian ini diharap menjadi pemangkin kepada pengembangan dan penambahbaikan Sistem PROTEK pada masa hadapan, sekali gus memperluas manfaatnya kepada golongan rentan yang memerlukan perlindungan dan bantuan ketika menghadapi bencana.

©️ Media APM Johor












 Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan JauharTrailblazers  atas kejayaan meraih Johan kategori Trek Sosi...
20/10/2026



Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan JauharTrailblazers atas kejayaan meraih Johan kategori Trek Sosial bagi Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri Tahun 2026.

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor dalam menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi, khususnya dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan operasi pertahanan awam.

Pencapaian ini juga mencerminkan usaha berterusan dalam meneroka idea baharu melalui penggunaan teknologi bagi menyokong kesiapsiagaan, memperkukuh sistem penyampaian maklumat serta meningkatkan keberkesanan tindakan kecemasan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga APM Negeri Johor untuk terus berinovasi, mencipta kecemerlangan dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan JauharTrailblazers!!! Teruskan kecemerlangan demi perkhidmatan pertahanan awam yang lebih inovatif, cekap dan berintegriti.

Ikhlas daripada YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar serta seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor.

©️ Media APM Johor












19/10/2026
 PROGRAM LATIHAN FIRST AIDER (PERTOLONGAN CEMAS) BAGI WARGA KERJA JABATAN KERJA RAYA  NEGERI JOHORIsnin | 19 Oktober 202...
19/10/2026



PROGRAM LATIHAN FIRST AIDER (PERTOLONGAN CEMAS) BAGI WARGA KERJA JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR

Isnin | 19 Oktober 2026 | Dewan Utama, JKR Cawangan Mekanikal Taman Nusantara

Program latihan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga kerja JKR Negeri Johor dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa ketika berlakunya kecemasan. Latihan ini juga memberi pendedahan mengenai teknik asas pertolongan cemas, tindakan awal yang perlu diambil serta kaedah memberikan bantuan dengan betul dan selamat sebelum ketibaan pasukan perubatan.

Selain itu, latihan ini bertujuan untuk memupuk keyakinan, kepekaan dan kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja, sekali gus membantu mengurangkan risiko kecederaan yang lebih serius serta meningkatkan tahap keselamatan di persekitaran kerja.

Latihan pertolongan cemas ini dilaksanakan oleh Unit Latihan APM Johor dengan kerjasam APM Johor Bahru.

©️ Media APM Johor












19/10/2026
18/10/2026
18/10/2026

APM, media, zon selatan, kerjasama, jalinan, str

18/10/2026

Address

Jabatan Perdana Menteri, Plot 1, Jalan Kempas 5/3, Kawasan Perindustrian Tampoi
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor:

Shortcuts

Share