04/11/2025
Assalamualaikum WBT kepada semua orang-orang kampung!
*RE:PLAY - PROGRAM PEMBANGUNAN ESPORT PERINGKAT MUKIM PLENTONG, DAERAH JOHOR BAHRU*
Tarikh: 15 November 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 5 petang
Tempat: Seminar Room 4, UniKL MITEC
π Apa yang Menanti ANDA?
- Penyertaan Percuma
- Sijil Penyertaan
- Career Talk oleh HB Haikal Homebois
- Caster Experience oleh Andriyana Chu Chu
- eFootball Crash Course Tengku Mie Todak
- eFootball Mini Tournament oleh JPKK
Lokasi:-
https://maps.app.goo.gl/2CLvZrpkuzfDBBQr8
Daftar pautan:-
https://forms.gle/G5LPbYnDd9C6j17u7
Sahkan penyertaan di pautan yang diberikan. Daftar Segera!!!
π¨Tempat Terhad kepada 200 org sahaja.π¨
Dianjurkan oleh Pejabat Mukim Plentong Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Johor Darul Takzim dan UniKL MITEC.
Sebarang pertanyaan boleh rujuk whatsapp ini:-
+6011-71136577
31/08/2025
Tarikh : 31 Ogos 2025 (Ahad)
Lokasi : TMIYC Pasir Gudang
MAJLIS PERBARISAN & PERARAKAN HARI KEBANGSAAN KALI KE 68 PERINGKAT
Tahniah Kontinjen Mukim Plentong π²πΎ
π JOHAN β Sepanduk Terbaik
π JOHAN β Pakaian Terbaik
π₯ KETIGA β Perbarisan Terbaik
Kejayaan ini adalah hasil semangat kerjasama, disiplin dan kesungguhan semua yang terlibat.
Semoga semangat kemerdekaan ini terus menyatukan kita! π²πΎ
Alhamdulillah.. Terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama & komitmen yang tinggi kepada 40 anggota Kontinjen Mukim Plentong yang terdiri daripada Tok Indraputra Ibrahim, Ketua Kampung dan JPKK Kg Baru Masai, Tok Daud Saad, Ketua Kampung dan JPKK Kg Pasir Gudang Baru, Tok Sobri Sobrisa, Ketua Kampung dan JPKK Kg Cahaya Baru, Tok Zainal Enal, Ketua Kampung dan JPKK Kg Kopok Baru, Tok Jaslam Subari, Ketua Kampung dan JPKK Kg Pasir Putih, Tok Zamzuri Darus, Ketua Kampung dan JPKK Kg Kuala Masai, Tok Abdul Rahim, Ketua Kampung dan JPKK Kg Senibong, Tok Zulkifli Md Ali, Ketua Kampung dan JPKK Kg Bakar Batu, Tok Mohd Zin, Ketua Kampung dan JPKK Kg Dato Suleiman Menteri dan Tok Ibrahim Ismail, Ketua Kampung dan JPKK Kg Melayu Pandan.
Abdul Halim
Khaled Nordin
Yahya Jaafar
Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru
Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Johor
SMK KOTA MASAI 2 [OFFICIAL PAGE]
09/08/2025
JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ)
DUN JOHOR JAYA 2025
Jom warga Mukim Plentong khususnya penduduk di DUN Johor Jaya untuk hadir beramai-ramai ke Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Johor Jaya pada :
Tarikh : 10 Ogos 2025 (Ahad)
Lokasi : Bandar Seri Alam & Kampung Melayu Pandan
Masa : 5.30 pagi Hingga 10:30 malam
Pelbagai program dan aktiviti dijalankan. Antaranya :-
πΉ Semarak Subuh - Masjid Al Falah, Bandar Seri Alam
πΉ JJ Fun Run - Bandar Seri Alam
πΉ Jualan Kasih - Rumah Pangsa Tasek 64, Bandar Seri Alam
πΉ Pertandingan Memancing Santai Orang Kampung - Sg Pandan, Kg Melayu Pandan
πΉ Pertandingan Memasak Asam Pedas Johor - Dewan Raya Kg Melayu Pandan
πΉ Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak - Tadilka Kemas Jln Imam, Kg Melayu Pandan
πΉ Pertandingan Nyanyian Karaoke - Dewan Raya Bandar Seri Alam
πΉ Pertandingan E-Sport Mobile Legends - Dewan Raya Bandar Seri Alam
Cabutan Bertuah Hadiah Menarik Menanti Anda.
Jom Meriahkan Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Johor Jaya.
Onn Hafiz Ghazi
Liow Cai Tung ε»ε½©ε½€
Hairi Mad Shah - HMS
23/07/2025
Tarikh : 23 Julai 2025 (Rabu)
Lokasi : Dewan Raya Ulu Tiram
Alhamdulillah.. Akhirnya permohonan sejak awal 2024 akhirnya diluluskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Johor (ICU).
In shaa Allah kerja-kerja baik pulih dan naik taraf ini akan dilaksanakan pada awal Ogos 2025 selama 12 minggu dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung dan keseluruhan komuniti.
28/06/2025
Alhamdulillah... hari ini 28 Jun 2025 telah berlangsung taklimat ringkas mengenai penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kepada Ketua Kampung yang baru dilantik. Majlis ringkas Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Kampung Mukim Sungai Tiram Sesi 2025 - 2027 (1 Jun 2025 - 31 Mei 2027)
Diharapkan dengan pelantikan Ketua Kampung ini dalam melancarkan pentadbiran Mukim dan juga pentadbiran Kampung dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat. In Shaa Allah..
17/06/2025
Assalamualaikum wbt..
Jom kenali Ketua Kampung anda..
Berikut merupakan senarai Ketua Kampung dan kawasan rangkaiannya bagi Mukim Plentong untuk tahun 2025 / 2027 (1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2027)
Diharapkan penduduk Mukim Plentong dapat berhubung dengan Ketua Kampung anda demi melancarkan pentadbiran Mukim dan juga pentadbiran Kampung serta dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat. In Shaa Allah..β¦