Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Share

PENAFIAN: MBJB tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari laman ini.

Salurkan aduan melalui aplikasi Sistem Aduan MBJB di https://mbjb.spab.gov.my

MBJB merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran. MBJB tidak bertanggungjawab atas kesahihan dan ketepatan maklumat selain daripada laman facebook rasmi MBJB dan Datuk Bandar MBJB.

14/05/2026

TERBANG MERENTASI TASIK! PENGALAMAN ZIPLINE PALING WOW DI TAMAN MERDEKA!

Bayangkan anda meluncur laju di udara…
di bawahnya terbentang tasik yang luas…
angin menyapa wajah dan jantung berdegup kencang!

Inilah pengalaman ZIPLINE UNIK yang wajib anda cuba jika sekali cuba, pasti nak lagi!
PALING BEST IA PERCUMA SELAMA 1 BULAN!

Ya, anda tak salah baca. 100% PERCUMA selama sebulan bagi setiap sabtu dan ahad!

Bukan sekadar aktiviti biasa dan ini cabaran berani, penuh aksi dan sangat rare di tengah bandar!

Jangan tunggu sampai terlepas!
Bawa keluarga dan buktikan anda cukup berani untuk “terbang”!

MEH LAH CUBA!
ANDA BERANI ATAU GAYAT?





14/05/2026

LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG KE MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

13 Mei 2026 | Menara MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menerima kunjungan dari Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada hari ini.

Delegasi MPKS seramai 15 orang yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Rohayu binti Ramli iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Selayang telah disambut oleh Encik Mohd Hakkim bin Zainuddin iaitu Timbalan Komander JBIOCC Majlis Bandaraya Johor Bahru bersama anggota MBJB.

Delegasi MPS yang juga hadir bersama vendor SELMAX Sdn Bhd telah diberikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan JBIOCC MBJB di samping menimba pengetahuan berkenaan Inisiatif MBJB dalam mencapai Tahap 3 : Leading Smart City yang pertama di Malaysia. Delegasi MPS juga tidak terlepas dalam melawat sekitar Menara MBJB dan juga ke JBIOCC.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi dari Majlis Perbandaran Selayang dan semoga kerjasama dan ikatan yang erat dapat memberi sejuta manfaat kepada kedua-dua belah pihak.



14/05/2026

SELAMAT PAGI JOHOR BAHRU!

Pagi ini biarkan idea mengalir, ilham bercambah dan semangat berkarya terus menyala. Cipta sesuatu yang luar biasa hari ini kerana setiap pemikiran kreatif mampu mencorakkan masa depan yang lebih gemilang.





13/05/2026

MEH LAH KE MEDAN NIAGA KG MELAYU MAJIDI





13/05/2026
Photos from MEDIA DIGITAL JOHOR's post 13/05/2026
Photos from Malaysia International Marching Arts Championships's post 13/05/2026
13/05/2026

🔵 MAKLUMAN PENTING
Aplikasi VSP — Volunteer Smartphone Patrol PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), iaitu sebuah platform yang disediakan secara percuma bagi memudahkan orang awam bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha memelihara keselamatan komuniti.

📌 FUNGSI UTAMA:

✅ Membuat aduan jenayah – terus melalui telefon bimbit
✅ Permohonan rondaan rumah – semasa bercuti atau pulang ke kampung halaman
✅ Lampiran bukti – menghantar gambar dan video bersama aduan
✅ Lokasi GPS – membantu pihak polis mengesan lokasi dengan lebih cepat

📲 CARA MEMUAT TURUN:

Buat carian “Volunteer Smartphone Patrol” di:

▶️ Google Play Store
▶️ Apple App Store
(Aplikasi ini adalah percuma sepenuhnya.)

🔔 Sebarkan maklumat ini kepada ahli komuniti di kawasan anda.

Keselamatan masyarakat dan negara merupakan tanggungjawab bersama. Kerjasama serta sokongan seluruh komuniti amat dihargai dalam membantu pihak polis mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.

⚠️ Peringatan:
Semua aduan hendaklah dibuat secara benar dan tepat. Aduan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

13/05/2026

SELAMAT PAGI JOHOR BAHRU!

Nantikan pembukaan tempat riadah baharu yang sesuai untuk seisi keluarga. Ayuh luangkan masa berkualiti bersama insan tersayang dalam suasana yang menyeronokkan dan penuh semangat. Tunggu kemunculannya tidak lama lagi!





12/05/2026

MUTIARA KATA

12/05/2026

SELAMAT PETANG JOHOR BAHRU!

Terbitnya mentari pagi ini selepas hujan rahmat membasahi bumi, membawa sinar harapan dan ketenangan buat kita semua. Segarkan jiwa, kuatkan semangat dan semoga hari ini penuh keberkatan dan kebaikan.





Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum
Johor Bahru
80300

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:30
Tuesday 08:00 - 04:30
Wednesday 08:00 - 04:30
Thursday 08:00 - 04:30
Friday 02:45 - 04:30
08:00 - 12:15