SK Tanjung Puteri

Call Directions Website Contact the organization

SK Tanjung Puteri SK Tanjung Puteri located at the heart of Johor Bahru. Producing athletes and academicians, SKTP is striving to be the best in Johor Bahru. Buktikan Bakti

🌟 SELAMAT MENDUDUKI UASA! 🌟Esok bermulalah UASA buat anak-anak SK Tanjung Puteri. πŸ’™πŸ’›Buat semua anak-anak Stari, semoga d...
26/10/2026

🌟 SELAMAT MENDUDUKI UASA! 🌟

Esok bermulalah UASA buat anak-anak SK Tanjung Puteri. πŸ’™πŸ’›

Buat semua anak-anak Stari, semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan dan dapat menjawab setiap soalan dengan yakin. Percayalah pada usaha dan persediaan yang telah dilakukan. Buat yang terbaik, ya! πŸ₯°

Malam ini, rehat secukupnya, siapkan alat tulis dan jangan lupa berdoa. Ingat, usaha yang terbaik lebih bermakna daripada kesempurnaan. πŸ’ͺπŸ»πŸ“š

Seluruh warga SK Tanjung Puteri mendoakan kejayaan kalian. Semoga cemerlang dunia dan akhirat! ❀️

Anda boleh, anak-anak Stari! Terus berusaha dan yakin pada diri sendiri! ✨

UBK STARI | SK TANJUNG PUTERI

❗️TERKINI β—οΈπŸ“’ *MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH*Assalamualaikum dan salam sejahtera.πŸ“Œ *26–27 Oktober 2026 (Isnin & Selasa)...
25/10/2026

❗️TERKINI ❗️

πŸ“’ *MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ“Œ *26–27 Oktober 2026 (Isnin & Selasa)*
β€’ *Tahap 2* - hadir ke sekolah.
β€’ *Tahap 1, Prasekolah dan PPKI* mengikuti *PdPR di rumah.*

πŸ“Œ *28–30 Oktober 2026 (Rabu–Jumaat)*
β€’ *Semua murid hadir ke sekolah seperti biasa.*

Mohon ibu bapa mengambil maklum.

Terima kasih atas kerjasama semua.

*UNIT HEM SKTP 2026*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa sekolah akan mula beroperasi semula pada *Isnin, 26 Oktober 2026*...
25/10/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sekolah akan mula beroperasi semula pada *Isnin, 26 Oktober 2026*.

Mohon ibu bapa mengambil maklum tentang *ketetapan pemakaian murid* seperti yang tertera pada poster.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua 😊

*UNIT HEM SKTP 2026*

🌟 KATA-KATA HARI INI | UBK STARI 🌟Setiap kesilapan mengajar kita sesuatu. Tidak perlu terlalu lama menyalahkan diri atas...
24/10/2026

🌟 KATA-KATA HARI INI | UBK STARI 🌟

Setiap kesilapan mengajar kita sesuatu. Tidak perlu terlalu lama menyalahkan diri atas apa yang telah berlaku. Sebaliknya, jadikan pengalaman itu sebagai peluang untuk belajar, memperbaiki kelemahan dan melangkah menjadi insan yang lebih baik. 🌱

✨ Kita tidak perlu menjadi sempurna, cukup dengan sentiasa berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

πŸ’¬ Jom kongsikan di ruangan komen! Apakah satu perkara yang pernah anda pelajari daripada kesilapan lalu? 😊

πŸ’™ Belajar daripada kesilapan, bangkit dengan keyakinan!

πŸ“š Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK STARI)
🏫 Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri

πŸ“šβœ¨ Persediaan Menghadapi UASAUASA semakin hampir. Anak-anak, sudah bersedia? 😊Jangan tunggu saat akhir untuk mula mengul...
24/10/2026

πŸ“šβœ¨ Persediaan Menghadapi UASA

UASA semakin hampir. Anak-anak, sudah bersedia? 😊

Jangan tunggu saat akhir untuk mula mengulang kaji. Susun masa dengan baik, buat latihan, tanya guru jika kurang faham dan pastikan rehat yang cukup. Tak perlu terlalu risau atau membandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kemampuan masing-masing.

Yang penting, terus berusaha, jangan mudah berputus asa dan yakin dengan diri sendiri. Ibu bapa dan guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua murid. ❀️

Semoga anak-anak SK Tanjung Puteri dapat menghadapi UASA dengan tenang, yakin dan memberikan usaha yang terbaik.

Ingat, buat yang terbaik mengikut kemampuan diri. Semoga berjaya semua! πŸ’ͺ🌟

Ikhlas daripada,
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK STARi)
SK Tanjung Puteri

23/10/2026

πŸ’™πŸ’› KEMPEN ANTIBULI | PROGRAM SAFE 2026 🏫

Di sebalik senyuman seorang murid, mungkin ada hati yang sedang terluka. πŸ’” Kata-kata yang dianggap gurauan boleh meninggalkan kesedihan yang dipendam sendirian.

Jom kita sama-sama menjadi insan yang prihatin. Jangan membuli, jangan berdiam diri apabila melihat buli. Jadilah sahabat yang melindungi, bukan yang menyakiti. 🀝❀️

Ingatlah, setiap anak berhak ke sekolah dengan senyuman dan pulang dengan kenangan yang indah. 🌈

✨ SAFE 2026 – Bersama Hentikan Buli, Bersama Membina Empati!

Ikhlas dari UBK STARI | STARI HEBAT

🚫 BULI BUKAN BUDAYA KITA! BERSAMA HENTIKAN BULI! πŸ’™βœŠSetiap murid berhak berasa selamat, dihormati dan disayangi di sekola...
23/10/2026

🚫 BULI BUKAN BUDAYA KITA! BERSAMA HENTIKAN BULI! πŸ’™βœŠ

Setiap murid berhak berasa selamat, dihormati dan disayangi di sekolah. 🏫✨

Buli bukan tanda kekuatan, sebaliknya tanda kita perlu belajar menghormati, memahami dan menyayangi antara satu sama lain.

🀝 Jadilah murid yang berani bersuara, bukan berani membuli!
πŸ’™ Berani menegur perbuatan buli.
πŸ’› Berani membantu mangsa.
πŸ’š Berani melaporkan kejadian buli.
❀️ Berani menjadi sahabat yang melindungi.

Ingatlah, satu tindakan kecil kita mampu menyelamatkan hati seseorang daripada terluka. Jangan jadi pemerhati yang membisu, jadilah pembela yang membantu!

πŸ“– Jom hayati bahan kesedaran antibuli melalui pautan berikut:
πŸ”— https://publuu.com/flip-book/1195300/2661495

🌟 Bersama kita membina sekolah yang selamat, penyayang dan bebas daripada buli!

STARI HEBAT, SEKOLAH SELAMAT!
JOHOR BENCI BULI! 🚫

πŸ’™πŸ’› UBK STARI | SK TANJUNG PUTERI








πŸ›‘ HENTIKAN NORMALISASI: β€œBIASALAH, BUDAK-BUDAK!”Jangan jadikan usia sebagai alasan untuk membenarkan tingkah laku yang s...
19/10/2026

πŸ›‘ HENTIKAN NORMALISASI: β€œBIASALAH, BUDAK-BUDAK!”

Jangan jadikan usia sebagai alasan untuk membenarkan tingkah laku yang salah. Anak-anak sedang belajar, dan tugas kita adalah membimbing mereka menjadi insan yang lebih baik. πŸ’š

✨ Tegur dengan hikmah.
✨ Bimbing dengan kasih sayang.
✨ Didik dengan nilai dan tanggungjawab.

Ingat, kesilapan bukan untuk dinormalisasikan, tetapi untuk diperbetulkan. Setiap anak berhak mendapat bimbingan untuk membesar dengan sahsiah yang baik.

πŸ’š Daripada membenarkan, lebih baik membimbing!

πŸ“ Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK STARI)
🏫 SK Tanjung Puteri

πŸ“’ *MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH*Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup *selama lima (...
18/10/2026

πŸ“’ *MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup *selama lima (5) hari, bermula 19 hingga 23 Oktober 2026 (Isnin hingga Jumaat)* berikutan keadaan jerebu demi menjaga keselamatan dan kesihatan murid.

Sepanjang tempoh tersebut, semua murid *Tahun 1 hingga Tahun 6, termasuk PPKI dan Prasekolah*, akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

πŸ“Œ *Murid diminta mengikuti jadual PdPR yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.*

Kerjasama dan perhatian semua ibu bapa serta penjaga amat dihargai.

Terima kasih.

*UNIT HEM SKTP 2026*

οΏ½ Tahniah atas komitmen seminggu PDPR! πŸ’–Terima kasih kepada ibu bapa, murid dan guru atas usaha, sokongan serta kerjasam...
16/10/2026

οΏ½ Tahniah atas komitmen seminggu PDPR! πŸ’–
Terima kasih kepada ibu bapa, murid dan guru atas usaha, sokongan serta kerjasama yang diberikan. Teruskan semangat, teruskan usaha! 🌟
Bersama kita melakar kejayaan! πŸ’ͺπŸ“š

Address

Jalan Geroda, Larkin
Johor Bahru
80350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanjung Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Tanjung Puteri:

Shortcuts

Share