13/05/2026
BENGKEL MANAGEMENT EFFECTIVENESS TRACKING TOOL (METT) BAGI TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU-ROMPIN DI BAWAH PROJEK GLOBAL WILDLIFE PROGRAM (GWP) MALAYSIA
Bengkel METT bagi Taman Negara Johor Endau-Rompin di bawah Projek Global Wildlife Program (GWP) Malaysia ini telah berlangsung selama 3 hari di Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda). Penganjuran bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh aspek pengurusan kawasan perlindungan melalui sesi perkongsian ilmu, pengalaman serta perbincangan strategik melibatkan pelbagai pihak berkepentingan ke arah memperkasakan usaha pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar secara lebih holistik, efektif dan mampan.
Bengkel ini membantu Perbadanan Taman Negara Johor memastikan pengurusan Taman Negara Johor Endau-Rompin dan sentiasa berada pada tahap terbaik demi memelihara khazanah alam semula jadi untuk manfaat generasi masa kini dan akan datang. Semoga segala usaha, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan akan terus memperkukuh agenda pemuliharaan serta memperkasakan pengurusan kawasan perlindungan di Negeri Johor.
12/05/2026
LAWATAN PENGARAH MOTAC KE TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG LEDANG (LAGENDA)
Satu lawatan kerja oleh Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah diadakan ke Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) bagi meninjau kemudahan serta perkembangan projek-projek di bawah MOTAC.
Lawatan ini bertujuan memastikan kemudahan pelancongan dan infrastruktur yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik demi meningkatkan pengalaman pengunjung serta memperkukuhkan sektor ekopelancongan di Negeri Johor.
Selain itu, sesi lawatan ini turut menjadi platform perbincangan dan perkongsian pandangan dalam usaha memperkasakan pembangunan pelancongan berasaskan alam semula jadi secara mampan, selaras dengan aspirasi Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan utama negara.
12/05/2026
PERBINCANGAN BERSAMA KOPERASI PROFESIONAL, SEJAHTERA DAN PROGRESIF BERHAD
Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Koperasi Profesional, Sejahtera dan Progresif Berhad bagi membincangkan cadangan pelaksanaan program Langkah Merdeka Ledang 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda).
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Bulan Kebangsaan di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui penglibatan komuniti setempat dan pelbagai agensi.
Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam semula jadi serta memperkukuhkan hubungan strategik antara agensi, komuniti dan rakan kerjasama dalam menjayakan agenda pelancongan lestari Negeri Johor.
11/05/2026
SESI PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH BERKAITAN PENYAMBUNGAN KONTRAK PERKHIDMATAN
Satu sesi perjumpaan bersama Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor telah diadakan bagi urusan penyambungan kontrak perkhidmatan bagi tahun 2026. Sesi ini bertujuan memberi penerangan, penyelarasan serta penghargaan kepada kakitangan yang terlibat atas komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada organisasi.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan seluruh warga kerja terus komited dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah alam negeri Johor.
10/05/2026
PROGRAM CSR PENANAMAN POKOK DI TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG LEDANG (LAGENDA)
IOI Plantations telah mengadakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) Penanaman Pokok Pulai di Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) sebagai salah satu usaha berterusan dalam memelihara kelestarian alam sekitar serta memperkukuhkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan khazanah semula jadi negeri Johor.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada 22 orang peserta dari Business Unit JB, Bahau dan Segamat dalam menjayakan inisiatif penghijauan kawasan taman negara melalui aktiviti penanaman pokok yang mampu memberi manfaat jangka panjang kepada ekosistem dan biodiversiti setempat.
Semoga program seumpama ini terus diperkasakan dalam usaha memelihara khazanah alam semula jadi Negeri Johor agar kekal lestari dan terpelihara.
10/05/2026
YB Dato’ Haji Mohd. Radzi Bin Mohd. Amin
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Radzi Bin Mohd. Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’.
Semoga terus cemerlang dalam memimpin organisasi serta memperkukuh agenda pembangunan ummah dan kesejahteraan rakyat di negeri Johor Darul Ta’zim.
10/05/2026
YB Dato’ Haji Nasri Bin Md. Ali
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Nasri Bin Md. Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’.
Semoga terus dikurniakan kejayaan dan kecekalan dalam memperkukuh syiar Islam serta menyumbang kepada kemajuan negeri Johor Darul Ta’zim.
10/05/2026
Datin Paduka Hajah Shubanah Binti Yusuf
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Shubanah Binti Yusuf, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ).
Semoga terus diberi kekuatan dan kecemerlangan dalam menerajui perkhidmatan serta menyumbang bakti kepada pembangunan negeri Johor Darul Ta’zim.
10/05/2026
YB Dato’ Haji Hasrin Kamal Bin Hashim
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’.
Semoga terus cemerlang dalam memacu pembangunan bandar yang mampan dan memperkasakan kesejahteraan masyarakat di negeri Johor Darul Ta’zim.
10/05/2026
YB Dato’ Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’.
Semoga terus cemerlang dalam menerajui pentadbiran tanah negeri serta menyumbang khidmat bakti terbaik demi kemajuan Johor Darul Ta’zim.
08/05/2026
PROGRAM PENANAMAN 1000 POKOK BERSAMA PTP DI TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI
Sebagai usaha memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan Polisi Pembangunan Hijau Negeri Johor, Program Penanaman 1000 Pokok bersama PTP telah berjaya dilaksanakan di Taman Negara Johor Tanjung Piai dengan penglibatan pelbagai pihak strategik.
Program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kawasan hijau dan memulihara biodiversiti, malah menjadi simbol kerjasama erat antara agensi dan komuniti dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Semoga inisiatif seperti ini dapat terus menyemai kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam semula jadi serta menyokong agenda pembangunan mampan Negeri Johor.
“Hijau Lestari, Alam Terpelihara”