22/09/2026
🌏 JEJAK SELATAN, JARINGAN DUNIA
Dari bumi Selatan, langkah terus diatur.
Sepanjang Jun dan Julai 2026, Pejabat MATRADE Wilayah Selatan terus memperkukuh jaringan bersama usahawan, pemain industri, agensi strategik dan rakan kerjasama melalui pelbagai program, sesi libat urus, lawatan industri, seminar serta inisiatif pembangunan kapasiti.
Daripada mendekati industri tempatan, memperluas akses pasaran dan perkongsian ilmu, hinggalah kepada persediaan menuju MIHAS 2026, setiap usaha membawa satu matlamat; menghubungkan potensi syarikat tempatan dengan peluang perdagangan di pasaran global.