21/08/2023
Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat amanah kawasan Ledang Gelombang PRK
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amanah Kawasan Ledang, Political organisation, Johor Bahru.
21/08/2023
Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat amanah kawasan Ledang Gelombang PRK
19/08/2023
Tahniah Suhaizan Kayat dan Ir Nazri atas pencalonan sebagai pengganti almarhum DS Salahuddin Ayub di Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram.
Kedua-duanya saya kenal dan layak berada diposisi tersebut. Insya Allah saya akan turun dan membantu memastikan kemenangan mereka berdua seterusnya dapat sambung legasi Almarhum DS Salahuddin Ayub membawa agenda rahmah untuk rakyat.
Calon Parlimen Pulai = Suhaizan Kaiat (Amanah - PH)
Calon Dun Simpang Jeram = Ir Nazri Abd Rahman (Amanah - PH)
Semoga beroleh kemenangan!
26/07/2023
SIARAN MEDIA PRESIDEN AMANAH
TUMPU GERAK KERJA PILIHANRAYA, BUKAN PENGGANTI MENTERI
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kepada kepimpinan dan seluruh ahli-ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), tumpuan kita ketika ini ialah untuk melaksanakan gerak kerja pilihanraya di enam buah negeri.
Saya sendiri memberi komitmen untuk memberikan tumpuan kepada tanggungjawab di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan turun bersama-sama ahli ke bawah untuk melaksanakan gerak kerja pilihanraya.
Tanggungjawab kita sangat penting untuk memberi kemenangan kepada calon-calon daripada parti yang bergabung dalam kerajaan perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub. Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim berkait pengganti kepimpinan yang telah pergi.
Jangan kita dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini. Pihak kepimpinan AMANAH sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal-hal berkait pengganti kepimpinan dan masa depan parti mengikut aturan-aturan dan amalan kebiasan parti.
Terima kasih.
YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara
Kedah, 26 Julai 2023
25/07/2023
BERITA YG WALAUN CUKUP MARAH & CUKUP BENCI UTK DILIHAT. MEREKA PASTI MURUNG & MUNCUNG MEMANJANG
23/07/2023
Alhamdulillah Jenazah Almarhum YB. Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat tiba di pekarangan rumah bonda beliau
23/07/2023
๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ
ุงูููุง ูููููู ููุงูููุง ุงููููููู ุฑูุฌูุนููููู
ุงููููููู
ูู ุงุบูููุฑู ููู ููุงุฑูุญูู
ูู ููุนูุงููู ููุงุนููู ุนูููู
Al-Fatihah...
Salam takziah buat seluruh keluarga Almarhum YB. Datuk Seri Salahuddin Ayub
Saya kehilangan seorang lagi sahabat...
11/12/2022
Program Pertemuan Mahabbah YAB PM bersama Ulama dan Asatizah Program Pertemuan Mahabbah YAB PM bersama Ulama dan Asatizah Tarikh: 11 Disember 2022 (Ahad) Masa: 4.30 petang Tempat: Kompleks Seri Pedana, Putrajaya
09/12/2022
Tahniah YB.. Selamat Maju Jaya
08/12/2022
08/12/2022
"SOLUSI SECARA HOLISTIK"
"Kos sara hidup merupakan agenda โwhole nation approachโ yang meliputi isu pendapatan, isu harga dan bekalan, tempoh kawalan harga, kaedah dan penyaluran subsidi, pengeksportan dan kos pengeluaran yang perlu dilihat secara _transcendent_. Justeru, KPDN tidak akan bertindak silo tetapi akan bekerjasama secara sinergi dengan kementerian yang terbabit."
YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Agenda Awani, 6 Disember 2022
07/12/2022
AGENDA AWANI: KOS SARA HIDUP, APA โPLANโ MENTERI
Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah ditemubual di rancangan Agenda Awani mengupas isu Kos Sara Hidup yang menjadi agenda utama kepimpinan kerajaan baharu yang dilantik.
YB Menteri memperincikan kos sara hidup, adalah tentang perbelanjaan tetap bulanan yang bersifat hangus. Ia bermaksud perbelanjaan yang perlu dilakukan oleh isi rumah sebagai contoh, pembiayaan rumah, kenderaan serta makanan. Kedua; sumber pendapatan atau pembiayaan perbelanjaan hangus tersebut samada melalui sumber gaji, pendapatan lain seperti dividen, komisen dan sebagainya.
Kedua-dua perkara ini penting kerana yang pertamanya dari segi penawaran, iaitu jualan barangan dan perkhidmatan oleh pihak lain serta dari segi permintaan iaitu, perolehan keperluan oleh pengguna atau rakyat yang perlu dibayar terutamanya melalui gaji perlulah seimbang. Sekiranya keseimbangan ini tidak dicapai maka bermulalah episod keluhan, kerisauan serta tekanan yang dihadapi oleh rakyat terutamanya mereka yang berada dalam kategori berpendapatan rendah.
Dalam temubual tersebut, YB Menteri menjelaskan cadangan kepada penyelesaian isu kos sara hidup memerlukan keterlibatan semua kementerian. Sebagai contoh, cadangan berkenaan dengan harga dua peringkat (2-tiered pricing) termasuk polisi dan mekanisma pelaksanaan. Pemain industri bersedia menimbangkan pelaksanaan 2-tiered pricing dan ini akan diperincikan sehingga semua aspek diambil kira.
Kementerian ini juga akan meneliti rantaian bekalan bagi menjamin bekalan barangan keperluan mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan.