05/03/2026
Institusi Pembangunan Felow UTM
Organisasi di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM untuk mengumpulkan Pengetua, Felo dan Pembantu Felo di Kolej Kediaman.
05/03/2026
05/03/2026
๐๐๐ณ๐ค๐ข๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง: ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง - ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ฅ
Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 185:
"Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang benar dan yang batil)..."
Begitu juga dalam Surah al-Qadr, ayat 1:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr."
Ayat-ayat ini mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami dan diamalkan agar ilmu yang dipelajari melahirkan amal yang membentuk peribadi.
Sempena 15 Ramadan, marilah kita bersama menghayati makna Nuzul al-Quran serta hubungan antara ilmu dan amal melalui perkongsian oleh ๐๐ซ. ๐
๐๐ก๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐ฌ๐ก๐๐ค.
๐ 5 Mac 2026
๐ 12.00 tengah hari
๐ Bersiaran secara langsung di Facebook: humanities.utm
๐๐๐ญ๐ ๐๐๐ ๐ฌ๐ญ๐๐ ๐๐ข๐ฌ๐๐๐ข๐๐ค๐๐ง
๐ข Semua staf dijemput hadir
Semoga Ramadan ini menjadikan kita insan yang bukan sahaja membaca wahyu, tetapi menghidupkannya dalam setiap tindakan.
05/03/2026
20/08/2025
ARTIKEL SUARA BELIA
MERDEKAKAN GENERASI MALAYSIA DARIPADA BUDAYA SISTEMIK BULI
Oleh :
Ts Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip
Pensyarah Kanan Sains Sukan
Universiti Teknologi Malaysia
Fenomena buli di Malaysia bukan lagi isu terpencil, tetapi telah berkembang menjadi sebahagian daripada budaya sistemik yang menular dalam institusi pendidikan. Budaya sistemik merujuk kepada norma dan amalan yang tertanam dalam sesebuah sistem sehingga ia diterima sebagai kebiasaan, meskipun berbahaya. Dalam konteks buli, budaya ini terbentuk apabila tindakan agresif dibiarkan tanpa kawalan, bahkan dianggap sebagai sebahagian daripada โproses pembelajaranโ atau โtradisi senioriti.โ Hakikat ini membimbangkan kerana ia meletakkan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita dalam keadaan berisiko tinggi.
Buli menjadi budaya sistemik kerana beberapa faktor utama. Pertama, wujud sikap normalisasi yang menganggap buli sebagai perkara biasa untuk mendidik pelajar baru ataupun junior. Kedua, kelemahan mekanisme pengawasan di sekolah dan universiti menyebabkan pelaku sering terlepas daripada tindakan disiplin yang sewajarnya kerana warden menganggap ia adalah tradisi. Ketiga, kurangnya pendidikan tentang empati, hak asasi, dan kesedaran mental menjadikan pelajar mudah meniru dan meneruskan kitaran buli ini. Gabungan faktor ini melahirkan persekitaran yang subur untuk buli terus berakar umbi.
Budaya sistemik buli membawa kesan jangka masa panjang terhadap mangsa dan masyarakat. Dari sudut psikologi, mangsa boleh mengalami trauma, kemurungan, dan hilang keyakinan diri. Dari sudut sosial, ia merosakkan nilai perpaduan dan menanam sifat agresif yang berpanjangan sehingga ke alam dewasa. Jika tidak ditangani, budaya ini akan menghasilkan generasi yang terbiasa dengan kekerasan sebagai alat penyelesaian masalah, sekali gus mengancam keharmonian sosial negara. Pendidikan berteraskan anti buli dan cegah jenayah perlu diperkasakan lagi.
Oleh kerana buli telah menjadi isu sistemik, pendekatan biasa seperti hukuman individu semata-mata tidak mencukupi, kerana ia melibatkan pelbagai pihak dalam 1 kitaran besar sehingga membawa kepada laporan polis. Kerajaan perlu melaksanakan strategi menyeluruh yang melibatkan aspek pendidikan, perundangan, dan intervensi sosial. Tiga langkah utama wajar digerakkan secara bersepadu agar keselamatan pelajar di sekolah dan universiti benar-benar terjamin. Sesiapa yang melindungi pembuli juga harus dibawa ke muka pengadilan, maka kitaran buli itu akan dihapuskan sama sekali.
Kerajaan perlu memperkukuhkan kurikulum pendidikan yang menekankan nilai empati, hormat, dan penyelesaian konflik secara damai. Modul anti-buli harus dijadikan sebahagian daripada program rasmi di sekolah dan universiti, bukan sekadar kempen bermusim dan politik semata mata. Wajibkan persatuan dan kelab seni mempertahankan diri untuk masukan modul anti buli dan cegah jenayah dalam latihan kurikulum yang disediakan. Pendidikan sivik dan kesihatan mental perlu diperluaskan agar pelajar memahami kesan buli dan mempunyai kemahiran mengawal emosi serta tingkah laku.
Pengawasan di sekolah dan universiti harus diperkemas dengan mewujudkan sistem laporan buli yang telus, selamat, dan mesra mangsa. Kerajaan boleh mewajibkan setiap institusi melaporkan kes buli kepada pihak berkuasa pendidikan secara berkala. Dari segi perundangan, undang-undang khusus anti-buli dengan garis panduan jelas perlu diperkenalkan agar kesalahan buli tidak lagi dipandang ringan atau dianggap kesalahan disiplin semata-mata. Undang-undang ini mewajibkan perlindungan kepada mangsa dan hak mangsa, termasuk sokongan psikologi dan pemindahan sekolah jika perlu.
Langkah strategik ketiga ialah membina jaringan sokongan psikososial yang kukuh. Setiap sekolah dan universiti harus mempunyai kaunselor terlatih dalam menangani kes buli, serta akses kepada rawatan psikologi bagi mangsa. Pada masa sama, kerajaan perlu menggalakkan kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti setempat dalam mendidik anak-anak tentang bahaya buli. Apabila komuniti bergerak bersama, mesej anti-buli menjadi lebih kuat dan berkesan. Masyarakat mula faham betapa penting mencegah awal tindakan buli sebelum ia menjadi satu jenayah yang besar.
Kesimpulannya, budaya sistemik dalam buli di Malaysia tidak boleh lagi dipandang remeh. Ia memerlukan tindakan tegas dan strategik daripada kerajaan untuk memutuskan kitaran normalisasi yang berbahaya ini. Melalui pembaharuan dalam kurikulum, penguatkuasaan perundangan, dan sokongan psikososial, kita boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan sihat. Inilah tanggungjawab kita sebagai sebuah negara merdeka: memastikan generasi akan datang dilindungi, dihargai, dan dibimbing ke arah masyarakat yang beradab dan berintegriti.
Bertarikh : 20 Ogos 2025
* Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis
Rancho Ranchhoddas Shamaldas Chancad
13/05/2025
Majlis Tautan Ukhwah Terlajak Raya PFKK 2025.
13 Mei 2025 | Dewan Sri Merbau, KTHO | 8.00 malam
Alhamdulillah, Majlis Tautan Ukhwah Terlajak Raya PFKK 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna pada malam 13 Mei 2025 bertempat di Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Universiti Teknologi Malaysia.
Majlis ini telah menghimpunkan para pelajar, felo, serta warga kolej kediaman UTM dalam suasana penuh harmoni dan silaturahim, meskipun Syawal telah berlalu. Konsep potluck yang diperkenalkan turut memperlihatkan semangat kebersamaan antara kolej-kolej kediaman dengan hidangan istimewa seperti soto, sate, laksa dan kuih-muih yang memikat selera.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja memperkukuh nilai ukhwah dan kebajikan, bahkan menyemai budaya meraikan perbezaan dengan penuh hormat dan kasih sayang sesama warga kampus.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya Biro Kebajikan dan Sosial Persatuan Felo Kolej Kediaman (PFKK), para penyumbang potluck, serta semua tetamu yang hadir.
03/05/2025
ARTIKEL - SUARA BELIA
GENERASI AKTIF : INOVASI LESTARI MEMPERKASA BELIA BERORGANISASI
Oleh :
Ts Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip
Pensyarah Kanan Sains Sukan
Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Jemput baca tulisan daripada penulis artikel jemputan menerusi pautan di bawah :
https://belia.org.my/generasi-aktif-inovasi-lestari-memperkasa-belia-berorganisasi/
02/05/2025
1 MEI 2025 SPM โ TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI) - PENDIDIKAN ERA BAHARU MASA KINI Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM: Portal Rasmi Berita RTMhttps://berita.rtm.gov.myTwitter Rasmi Berita RTMh...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Persatuan Felow Kolej Kediaman UTM, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310
