Dewan Muslimat Pas Kawasan Johor Bahru

Dewan Muslimat Pas Kawasan Johor Bahru

Share

Laman rasmi Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru sebagai medium interaksi dengan pelbagai anggota masyarakat khususnya sekitar Johor Bahru

Photos from Dewan Muslimat Pas Kawasan Johor Bahru's post 10/05/2026

Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru turut meraikan insan bergelar ibu melalui Program Edaran Kad dan Hadiah sempena Hari Ibu ๐ŸŒธ

Kasih ibu tiada galang gantinya. Insan yang banyak berkorban, mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu, umi, mak dan bonda.
Semoga Allah mengurniakan kesihatan, kekuatan dan ganjaran syurga atas segala pengorbanan yang tidak ternilai ๐Ÿค


Photos from Dewan Muslimat Pas Kawasan Johor Bahru's post 03/05/2026

Hari ni kita buat Brisk Walk Santai ๐ŸŒฟ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ
Jalan santai kemudian rehatkan diri dengan usrah ringkas
Tenangkan jiwa, segarkan badan โœจ
Yang penting kita jalan sama-sama, sihat sama-sama ๐Ÿค

20/03/2026

Dewan Muslimat PAS mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

Semoga kemenangan ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim dan menguatkan semangat kita untuk terus beristiqamah dalam amal dan perjuangan.

Photos from Dewan Muslimat Pas Kawasan Johor Bahru's post 08/03/2026

Program Semarak Kasih Ramadhan 2026
Anjuran Lajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial Negeri Johor bersama Lajnah Kebajikan Kawasan Johor Bahru.
Turun memberi, pulang dengan ibrah. Ada yang lebih berat ujiannya, namun besar ganjarannya di sisi Allah.

08/03/2026

Selamat hari wanita sedunia

Buat seluruh wanita yang hebat
Kelembutanmu menenangkan,
Kekuatanmu menguatkan Dan pengorbananmu membina generasi

Teruslah menjadi inspirasi Dan cahaya dalam keluarga, masyarakat Dan ummah

Semoga setiap langkah wanita dipenuhi keberkatan Dan kebahagian



28/02/2026

Pagi tadi, Srikandi Bersatu Johor Bahru turut bersama bergotong-royong memasak bubur lambuk dalam suasana penuh semangat dan ukhuwah.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat.

Photos from Dewan Muslimat Pas Kawasan Johor Bahru's post 28/02/2026

Dewan Muslimat Pas Kawasan Johor Bahru turut membantu dalam Program Bubur Lambuk anjuran PAS Johor Bahru sebagai usaha menyemarakkan Ramadan dengan amalan kebajikan dan khidmat kepada masyarakat.

Dari Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ููŽุทู‘ูŽุฑูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุซู’ู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ูุŒ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.[1]

Riwayat al-Tirmidzi: 807

Semoga setiap penat lelah dan usaha para s**arelawan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

18/02/2026

Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini menjadi madrasah tarbiah yang mendidik jiwa, menguatkan iman dan memperbanyakkan amal kebajikan.
Moga setiap usaha kecil kita digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikan.
Semoga tahun baharu ini dipenuhi keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Semoga kita terus hidup dalam suasana hormat-menghormati dan saling memahami.

Photos from Dewan Muslimat Pas Kawasan Johor Bahru's post 09/02/2026

โ€ŽZiarah Mahabbah Sempena Tahun Baru Cina
โ€Ž
โ€ŽLajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru telah melaksanakan program ziarah di Pusat Jagaan Warga Tua Yeo JB, Bukit Kempas.
โ€Ž
โ€ŽPemberian angpao dan cenderamata telah mengukir senyuman di wajah mereka. Pelbagai kisah s**a dan duka yang kami dengar.
โ€Ž
โ€ŽSemoga dengan program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
โ€Ž
โ€ŽSelamat Menyambut Tahun Baru Cina ๐ŸŽ‰
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž

17/10/2025

EDARAN MURUKU PERPADUAN SEMPENA DEEPAVALI

11 Oktober 2025

Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru berkerjasama dengan Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru telah menyantuni masyarakat kaum India di Pasar Larkin melalui edaran muruku perpaduan. Semoga dengan program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Happy Deepavali! ๐ŸŽ‰

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


No 19, Jalan Cenderamata, Kg Kurnia
Johor Bahru
81200