Jabatan Penerangan Negeri Johor

Jabatan Penerangan Negeri Johor

Share

Laman rasmi Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor Follow Our Twitter http://bit.ly/twpenjohor
Follow Our Insta http://bitly.com/IGjapenjohor

15/05/2026

🔥🏃‍♂️ Selamat Hari Belia Negara 2026! 🏃‍♀️🔥

“Menggerak Belia MADANI”

Golongan belia merupakan aset penting negara yang menjadi pemacu kemajuan, perpaduan dan pembangunan masa depan Malaysia. Dengan semangat kesukanan, kepimpinan dan daya saing yang tinggi, belia mampu mencipta perubahan positif demi kesejahteraan bersama. 💪🇲🇾

Marilah kita bersama menyokong dan memperkasa belia agar terus aktif, kreatif, inovatif serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa kini.

Selamat Hari Belia Negara kepada seluruh belia Malaysia! Terus maju, terus berinspirasi dan terus mengharumkan nama negara. ✨

15/05/2026

📌Pasaran kewangan kekal tenang walaupun tahap ketidaktentuan tinggi berikutan konflik Asia Barat

📌Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang rakan dagang pada suku pertama 2026, kekal berdaya tahan meskipun konflik Asia Barat

📌Ringgit kekal disokong oleh aliran masuk bukan pemastautin, asas domestik kukuh

📌Inflasi diunjur meningkat pada 2026, purata 1.5 peratus hingga 2.5 peratus

📌Impak konflik Asia Barat ke atas Malaysia kekal terkawal berikutan ekonomi memasuki tempoh ini dalam kedudukan kukuh

📌Firma Malaysia telah ambil langkah proaktif tangani cabaran konflik Asia Barat menerusi inventori sedia ada, sumber alternatif

📌Hutang isi rumah Malaysia kekal stabil - Gabenor BNM

-- Gabenor BNM

Photos from Pejabat Penerangan Daerah Pontian's post 15/05/2026
15/05/2026

🎉 800 Belia Semarakkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Tinggi 🎉

KOTA TINGGI, 14 Mei – Kira-kira 800 belia memeriahkan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Kota Tinggi yang berlangsung di Kolej Professional MARA Bandar Penawar.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Ruhisyam Ibrahim berkata, sambutan Hari Belia Negara yang berlangsung dari 1 hingga 15 Mei setiap tahun membawa tema “Menggerak Belia” sebagai usaha memperkasa peranan golongan muda dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Menurut beliau, pemilihan Kolej Professional MARA Bandar Penawar sebagai lokasi program amat bersesuaian kerana kawasan tersebut merupakan hab institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menempatkan pelbagai institusi seperti IKBN, GiatMARA, Kolej Komuniti dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sepanjang program antaranya:
🏃‍♂️ Larian santai 3 kilometer
💃 Senamrobik Aerodance
🎲 Permainan tradisional seperti dam ular, dam aji dan batu seremban
🎁 Cabutan bertuah
🎤 Persembahan busker oleh pelajar kolej

Sementara itu, peserta program, Muhammad Hariy Isnin, 20, berkata program seumpama ini memberi peluang kepada golongan belia mengisi masa lapang dengan aktiviti sihat dan bermanfaat selain mengeratkan hubungan sesama komuniti belia.

Program ini turut menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti komuniti serta kesukarelawanan demi melahirkan generasi muda yang progresif dan berdaya saing.

KBSMalaysia
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar

15/05/2026

Aktiviti ini membantu mengekalkan berat badan ideal, menguatkan tulang dan otot serta mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. 🚶‍♂️💙




15/05/2026

📌Bekalan minyak negara masih mencukupi, belum perlu catuan - PM Anwar

📌PM Anwar gesa agensi pembangunan usahawan pergiat usaha turun padang kenal pasti keperluan usahawan, bukan hanya tunggu di pejabat

Anwar Ibrahim

Photos from Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan's post 15/05/2026
SK Puteri Ledang Nikmati Bekalan Air Bersih SAJ Selepas 70 Tahun - Malaysiaaktif 15/05/2026

TANGKAK, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Ledang kini menikmati bekalan air bersih daripada Syarikat Air Johor (SAJ) selepas lebih 70 tahun bergantung kepada sumber air dari Gunung Ledang.

Syed Ibrahim Syed Noh
Ranhill SAJ - Setitis Yang Bermakna

SK Puteri Ledang Nikmati Bekalan Air Bersih SAJ Selepas 70 Tahun - Malaysiaaktif Laporan/foto: Latifah Salleh/Nur Shahrina Amran

Suami Maut, Isteri Cedera Kereta Bertembung Lori Treler Di Kulai - Malaysiaaktif 15/05/2026

KULAI, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Suami maut manakala isteri cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Kulai-Kota Tinggi, selepas simpang Felda Taib Andak, di sini semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Balai Bomba Dan Penyelamat Kulai

Suami Maut, Isteri Cedera Kereta Bertembung Lori Treler Di Kulai - Malaysiaaktif Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor

15/05/2026

Langkah ini penting bagi mengurangkan pembaziran serta memastikan daya tahan ekonomi negara terus terpelihara. 📊🏗️




Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kompleks Penerangan Dan Penyiaran Sultan Iskandar, Jalan Tasek Utara
Johor Bahru
80200

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30