Endowmen UTM

Call Directions Website Contact the organization

Endowmen UTM Sama-sama kita menyumbang untuk para pelajar UTM yang memerlukan.

โ€œUTM Cares, Endowmen Caknaโ€

01/10/2026
01/10/2026

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Siti Sophiayati Binti Yuhaniz, Ketua Bahagian Pendanaan, atas segala sumbangan, kepimpinan, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas di Bahagian Pendanaan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak menyumbang dalam menggerakkan usaha pendanaan dan endowmen, termasuk menyokong pelaksanaan inisiatif yang dapat memperkukuh sumber kewangan serta menyokong kelangsungan agenda pembangunan universiti. Komitmen, kesungguhan dan dedikasi yang dicurahkan dalam mengurus serta menjayakan pelbagai usaha pendanaan amat dihargai. Segala sumbangan, jasa dan khidmat bakti yang diberikan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga JTNC(P) UTMKL.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang telah dicurahkan terus menjadi kenangan yang bermakna. Didoakan agar sentiasa dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kejayaan serta terus cemerlang dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Berkuat kuasa 1 Oktober 2026

๐‘ป๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚ ๐‘ฒ๐’‚๐’”๐’Š๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’ˆ๐’๐’๐’ˆ๐’…๐’‚ (๐‘บ๐’‰๐’†๐’๐’›๐’‰๐’†๐’) ๐’‚๐’•๐’‚๐’” ๐‘บ๐’–๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘น๐‘ด10,000 ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ป๐’‚๐’ƒ๐’–๐’๐’ˆ ๐‘ฌ๐’๐’…๐’๐’˜๐’Ž๐’†๐’ ๐‘ผ๐‘ป๐‘ด !!Universiti Teknologi Malaysia (UTM...
01/10/2026

๐‘ป๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚ ๐‘ฒ๐’‚๐’”๐’Š๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’ˆ๐’๐’๐’ˆ๐’…๐’‚ (๐‘บ๐’‰๐’†๐’๐’›๐’‰๐’†๐’) ๐’‚๐’•๐’‚๐’” ๐‘บ๐’–๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘น๐‘ด10,000 ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ป๐’‚๐’ƒ๐’–๐’๐’ˆ ๐‘ฌ๐’๐’…๐’๐’˜๐’Ž๐’†๐’ ๐‘ผ๐‘ป๐‘ด !!

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Magongda (Shenzhen) atas sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Tabung Endowmen UTM.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan rakan industri dalam bersama-sama UTM memperkukuh kelestarian pendidikan serta menyokong pembangunan universiti dan warganya.
Semoga jalinan baik antara UTM dan Magongda (Shenzhen) terus berkembang serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat dan impak pada masa hadapan.

Terima kasih Magongda (Shenzhen) kerana bersama-sama menyumbang kepada masa depan pendidikan.

Bersama Menyumbang, Bersama Membina Masa Hadapan.

07/09/2026
04/09/2026

๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐๐Š๐€๐ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐€๐, ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Abu @ Hussin menjalankan tugas sebagai Pengarah Pendanaan, Pejabat Pemajuan, berkuat kuasa mulai 1 September 2026 sehingga penyandang jawatan dilantik secara rasmi.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta terus menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan Jabatan dan Universiti.

Selamat menjalankan tugas dan tahniah!

04/09/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Yusof bin Boon atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengarah Pendanaan, Pejabat Pemajuan bermula 10 April 2026 hingga 31 Ogos 2026.

Segala jasa dan dedikasi yang telah dicurahkan amat dihargai dan menjadi sebahagian daripada sumbangan bermakna kepada Jabatan dan Universiti.

Terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti. Semoga terus cemerlang dalam setiap amanah yang digalas.

๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐Š๐š๐ญ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐“๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐๐š 31 ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐‰๐ž? ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐“๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š!๐Ÿคฉ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBiarpun tarikh keramat sudah ...
02/09/2026

๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐Š๐š๐ญ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐“๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐๐š 31 ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐‰๐ž? ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐“๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š!๐Ÿคฉ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Biarpun tarikh keramat sudah berlalu, semangat cintakan negara tetap mekar di jiwa kita. Kami di Seksyen Dana Endowmen mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia!

Kami percaya kelangsungan kemerdekaan menuntut kita untuk terus memperkasakan pendidikan dan membina kelestarian kewangan. Mari bersama-sama kita terjemahkan jiwa merdeka ini melalui sumbangan berterusan demi kelangsungan ummah dan generasi akan datang.





01/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)Pada 19 Ogos 2026, satu kunjungan hormat tel...
20/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

Pada 19 Ogos 2026, satu kunjungan hormat telah diadakan ke pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik dan jalinan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan pihak berkuasa tempatan.

Kunjungan ini turut bertujuan menyampaikan jemputan rasmi kepada Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru untuk menghadiri Majlis Santapan Diraja UTM 2026 (UTM Royal Gala Dinner 2026) yang akan berlangsung pada 29 Ogos 2026 bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Jemputan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Yusof bin Boon, Pengerusi Bahagian Pemajuan, juga disertai oleh Puan Nadiatul Nazleen binti Ajman, Pegawai Tadbir Seksyen Dana Endowmen dan Puan Siti Musliha binti Zinal, Penolong Akauntan Seksyen Dana Endowmen.

Pertemuan ini menjadi platform yang bermakna untuk mempererat hubungan antara UTM dan MBJB, di samping membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian menerima kunjungan dan jemputan yang disampaikan. Semoga jalinan hubungan yang terjalin terus diperkukuh demi manfaat bersama serta pembangunan masyarakat dan negara.





KUNJUNGAN HORMAT KE Dโ€™HARMONI TELCO INFRA SDN. BHD.Pada 19 Ogos 2026, Seksyen Dana Endowmen, Bahagian Pemajuan telah men...
20/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE Dโ€™HARMONI TELCO INFRA SDN. BHD.

Pada 19 Ogos 2026, Seksyen Dana Endowmen, Bahagian Pemajuan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Dโ€™Harmoni Telco Infra Sdn. Bhd. sebagai salah satu usaha memperkenalkan peranan Seksyen Dana Endowmen serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh dana biasiswa bagi membantu pelajar daripada golongan B40.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Yusof bin Boon, Pengerusi Bahagian Pemajuan, bersama Puan Nadiatul Nazleen binti Ajman, Pegawai Tadbir Seksyen Dana Endowmen, serta dua orang staf. Pihak Dโ€™Harmoni Telco Infra Sdn. Bhd. p**a telah diwakili oleh Encik Mohd Faizal bin Datoโ€™ Punijan, Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia.

Pertemuan ini menjadi platform yang bermakna untuk berkongsi aspirasi, membincangkan potensi kerjasama serta meneroka ruang sokongan pihak industri dalam usaha menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik kepada pelajar yang memerlukan.

Semoga kunjungan ini menjadi langkah awal kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara pihak institusi dan industri, khususnya dalam memperkasakan agenda kebajikan serta pendidikan pelajar.

"UTM Cares, Endowmen Caknaโ€





Address

Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60195031043

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Endowmen UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Endowmen UTM:

Shortcuts

Share