11/09/2026
CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru (MKAJB) atas kejayaan meraih Naib Johan bagi Cabaran Langkah Sihat Itu Saya antara Jabatan Kesihatan Negeri di Jabatan Kesihatan Negeri Johor melalui aplikasi BookDoc.
Cabaran yang berlangsung selama 3 bulan, iaitu dari 27 April 2026 hingga 25 Julai 2026, telah disertai oleh 20 orang warga MKAJB.
Lebih membanggakan, salah seorang peserta MKAJB, Puan Faranorlia binti Abd Rahman, turut mencatatkan pencapaian cemerlang dengan meraih tempat ke-5 dalam Kategori Top 5 Wanita. ππ
Kejayaan ini mencerminkan komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan kesungguhan warga MKAJB dalam mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta atas usaha dan komitmen yang telah diberikan sepanjang cabaran berlangsung.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MKAJB untuk terus mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas.
π MKAJB Melangkah Bersama, Sihat Bersama! ππ