Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Share

Menjana Kecemerlangan Industri Nanas Malaysia. Inovasi Hari Ini, Kejayaan Masa Hadapan. ๐Ÿ
"Peneraju Industri Nanas Negara"

Photos from Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia's post 14/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐š๐ก๐ซ๐ฎ

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐๐Š๐Œ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐, ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐€๐’๐€๐’ ๐“๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐ ๐‹๐”๐€๐‘ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Yang Berhormat Datoโ€™ Zahari bin Sarip di Kota Iskandar, Johor.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sektor pertanian serta agromakanan negara.

Pelbagai perkara turut dibincangkan termasuk usaha memperkasa sektor pertanian, keterjaminan makanan serta pembangunan industri agromakanan demi manfaat rakyat dan negara.

Turut hadir pegawai-pegawai kanan KPKM serta wakil agensi yang terlibat.






Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ

Zahari Sarip.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Johor

Photos from Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia's post 14/05/2026

๐Ÿ๏ผข๏ผต๏ผฌ๏ผฅ๏ผด๏ผฉ๏ผฎ ๏ผฎ๏ผก๏ผฎ๏ผก๏ผณ๐Ÿ

๐™‡๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™– ๐™๐™ž๐™ข๐™—๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฉ๐™ช๐™– ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™‡๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™œ๐™– ๐™‹๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™™๐™ช๐™จ๐™ฉ๐™ง๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™‰๐™–๐™ฃ๐™–๐™จ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™ ๐™š ๐™‹๐™ง๐™ค๐™Ÿ๐™š๐™  ๐™‹๐™ง๐™ค๐™๐™ž๐™ฃ๐™–๐™จ ๐™™๐™ž ๐™๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ช, ๐™‰๐™š๐™œ๐™š๐™ง๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ข๐™—๐™ž๐™ก๐™–๐™ฃ

๐Ÿ“…14 Mei 2026 | ๐Ÿ“Rembau, Negeri Sembilan

๐ŸLawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ke Projek ProTinas di Rembau, Negeri Sembilan telah diadakan bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek serta mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan aktiviti pembangunan industri nanas di kawasan tersebut.

๐ŸLawatan ini turut memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk meneliti kemajuan projek, kaedah pengurusan tanaman serta potensi pengembangan industri nanas yang mampu meningkatkan produktiviti dan pendapatan pengusaha tempatan. Selain itu, sesi perbincangan bersama pegawai dan pihak terlibat turut diadakan bagi membincangkan cabaran semasa serta cadangan penambahbaikan dalam memastikan projek ini terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.

๐ŸLawatan kerja ini turut disertai oleh pegawai-pegawai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia yang hadir bagi bersama-sama mengikuti sesi taklimat, pemantauan projek serta perbincangan berkaitan pembangunan dan hala tuju industri nanas negara.

๐ŸMelalui lawatan ini, diharapkan Projek ProTinas dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan industri nanas negara selaras dengan usaha memperkukuh sektor agromakanan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

Nanas Kita, Kebanggaan Negara๐Ÿ

๐š‚๐šž๐š–๐š‹๐šŽ๐š› - BPS ๐™ป๐™ฟ๐™ฝ๐™ผ









๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

๐’๐’Š๐’Œ๐’† ~ ๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜ ~ ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’“๐’†

FB :
https://www.facebook.com/lpnm.gov

tiktok :
https://www.tiktok.com/

Laman Web :
https://www.mpib.gov.my/

Photos from Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia's post 14/05/2026

๐Ÿ๏ผข๏ผต๏ผฌ๏ผฅ๏ผด๏ผฉ๏ผฎ ๏ผฎ๏ผก๏ผฎ๏ผก๏ผณ๐Ÿ

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง

๐Ÿ“…13 Mei 2026 | ๐Ÿ“ Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya

๐ŸTelah berlangsung Kunjungan Hormat dan Mesyuarat Penyelarasan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

๐Ÿ Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan hala tuju pembangunan industri nanas di Sabah dan Sarawak, selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan industri nanas negara yang lebih mampan, inovatif dan berdaya saing.

๐Ÿ Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Puan Hajah Linda binti Buang bersama pegawai-pegawai LPNM bagi menyokong usaha memperkasa pembangunan industri nanas negara secara lebih komprehensif dan lestari.

๐ŸSemoga kerjasama strategik ini terus memperkukuh agenda pembangunan industri nanas negara demi manfaat usahawan dan kemajuan sektor agromakanan negara.

๐Ÿ Nanas Kita, Kebanggaan Negara

๐š‚๐šž๐š–๐š‹๐šŽ๐š› - BPS ๐™ป๐™ฟ๐™ฝ๐™ผ









๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

๐’๐’Š๐’Œ๐’† ~ ๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜ ~ ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’“๐’†

FB :
https://www.facebook.com/lpnm.gov

tiktok :
https://www.tiktok.com/

Laman Web :
https://www.mpib.gov.my/

14/05/2026
Photos from MEDIA DIGITAL JOHOR's post 13/05/2026
13/05/2026
12/05/2026

๐‘จ๐’‘๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐‘ต๐’‚๐’๐’‚๐’” ๐’Œ๐’†๐’ˆ๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐’Œ๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ...
๐‘บ๐’Š๐’๐’‚ ๐‘ฒ๐’๐’Ž๐’†๐’ ๐Ÿ๐Ÿ˜

Photos from Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Kedah/Perlis's post 11/05/2026

๐Ÿ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐‘ป๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘ต๐’‚๐’๐’‚๐’” ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’–๐’Ž๐’‚๐’‰! ๐Ÿ

๐ŸTahukah anda? Menanam nanas di rumah sebenarnya mudah dan tidak memerlukan ruang yang besar. Hanya menggunakan jambul nanas, sedikit tanah dan penjagaan asas, anda sudah boleh memulakan tanaman nanas sendiri di halaman rumah atau dalam pasu dan sebagainya!

๐ŸSelain mencantikkan laman rumah, tanaman nanas juga boleh menjadi aktiviti santai bersama keluarga serta menggalakkan gaya hidup hijau dan pertanian bandar.

๐Ÿ Ayuh rakyat Malaysia, manfaatkan ruang di rumah dengan menanam nanas! Bermula kecil hari ini, siapa tahu boleh menjadi hobi yang menyeronokkan dan memberi hasil pada masa hadapan.

11/05/2026

๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Sheikh 'Umar Bagharib Bin Ali atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa mulai 11 Mei 2026.

Pelantikan beliau sebagai salah seorang daripada enam Yang Berhormat Senator baharu oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan satu penghormatan serta pengiktirafan terhadap pengalaman, komitmen dan sumbangan beliau kepada masyarakat serta negara.

Upacara mengangkat sumpah jawatan telah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara, Parlimen Malaysia.

Dalam suasana negara yang berdepan pelbagai cabaran geopolitik dan ekonomi global, pelantikan ini diharap dapat memperkukuh lagi peranan Dewan Negara melalui idea, pandangan dan kepimpinan yang konstruktif demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Semoga beliau terus cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab serta membawa aspirasi rakyat dengan penuh dedikasi demi pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Nanas Kita , Kebanggaan Negara ๐Ÿ






Sheikh Omar Ali

Photos from Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia's post 11/05/2026

๐Ÿ— - ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐š๐ก๐ซ๐ฎ, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ

๐‹๐๐๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menyertai Sambutan Hari Bomba Sedunia 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2026 di Plaza Angsana Johor Bahru Mall menerusi penyertaan pameran dan aktiviti promosi industri nanas tempatan.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat keunikan industri nanas negara melalui pameran informasi, promosi produk berasaskan nanas serta sesi uji rasa buah nanas segar yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.

Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan khasiat dan keistimewaan nanas tempatan, malah turut mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat melalui program santai yang bermanfaat.

LPNM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas komitmen, keberanian serta pengorbanan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Jasa dan dedikasi anggota bomba dalam berdepan pelbagai situasi kecemasan amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Nanas Kita , Kebanggan Negara ๐Ÿ




11/05/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ (๐‡๐Ž๐Œ๐„๐๐€๐’๐„๐ƒ) ๐ƒ๐ˆ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡.

Perniagaan makanan dari rumah sedang pesat membangun. Pastikan perniagaan anda bertapak di landasan yang betul dengan ilmu penyediaan makanan yang diiktiraf.

Bahagian Pembangunan Usahawan membawakan kepada anda Kursus Penyediaan Makanan (Homebased). Kursus ini akan mendedahkan anda kepada standard keselamatan dan kualiti penyediaan makanan yang betul.

Butiran:
Tarikh: 19 & 20 Mei 2026
Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
Lokasi: BZZ Hotel, Skudai, Johor Bahru.

Keperluan: Suntikan tifoid diwajibkan bagi setiap peserta.
๐ŸŽ“ Yuran: Makan, penginapan dan kursus ditanggung oleh LPNM (kos pengangkutan ditanggung sendiri)
๐Ÿ’‰ Nota Penting: Peserta perlu mendapatkan suntikan Typhoid dan membawa laptop serta pelan susun atur premis.

Tingkatkan kredibiliti perniagaan anda. Imbas kod QR atau klik pautan dibawah untuk pendaftaran segera .

https://forms.gle/oCoLAMqBSzxP7nze9

Sebarang info lanjut, sila hubungi:
๐Ÿ“ž 019-7910533 (Hashim)
๐Ÿ“ž 011-12040805 (Nabila)

Nanas Kita , Kebanggan Negara ๐Ÿ




Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00