09/10/2026
Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Amalan Terbaik ke Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak
08 Oktober 2025 | Wisma Bapa Malaysia , Petrajaya Kuching Sarawak
Perbendaharaan Negeri Johor telah mengadakan Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Amalan Terbaik ke Bahagian Khidmat Korporat dan Pelaburan, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak sebagai platform perkongsian pengalaman, pertukaran pandangan serta penerokaan amalan terbaik dalam pengurusan kepentingan Kerajaan Negeri.
Lawatan kerja ini diketuai oleh YB Datoβ Haji Mohd. Noorazam Bin Datoβ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor bersama Tuan Haji Saipol Rahmat Bin Haji Amat, Bendahari Negeri Johor, En. Muhammad Helmi Bin Yaβkub , Timbalan Pegawai Kewangan Negeri (Analisa dan Pelaburan Strategik), Pn Farrah Diana Binti Mohammad Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisa dan Pemantauan Pelaburan) , Encik Mohamad Fahmi bin Zakaria Ketua Unit, Unit Pengurusan SSI, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan rombongan. Delegasi ini telah disambut oleh YB Datoβ Sri Dr. Wan Lizozman Bin Wan Omar, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, bersama En Ahmad Faizal Yaman Bin Ahmad Shafiee Pengarah Bahagian Khidmat Korporat dan Pelaburan dan Pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus, pemantauan prestasi, pengurusan pelaburan serta pulangan kepada Kerajaan Negeri melibatkan State-Owned Enterprises (SOE) iaitu Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Turut dikongsikan ialah pendekatan Kerajaan Negeri Sarawak dalam pemantauan BBN dan GLC melalui e-SOEs (Sarawak State-Owned Enterprises Monitoring System) bagi menyokong pemantauan prestasi, analisis serta proses membuat keputusan secara lebih berstruktur dan berasaskan data.
Bagi Kerajaan Negeri Johor, perkongsian seperti ini amat bernilai dalam mengenal pasti amalan terbaik dan ruang penambahbaikan yang bersesuaian untuk dipertimbangkan dalam memperkukuhkan pengurusan aset, pelaburan dan kepentingan Kerajaan Negeri.
Semoga lawatan ini terus memperkukuhkan hubungan strategik serta membuka ruang kepada perkongsian pengetahuan, amalan terbaik dan kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Pegawai Kewangan Negeri Johor