30/09/2018
Sekitar Program Perluasan e-Payment - Penggunaan Kad Mydebit Korporat bagi Pembayaran Levi Kenderaan Barangan di JKDM Johor pada 30 September 2018. Program ini telah diadakan dengan kerjasama JKDM Ibu Pejabat, Bank Negara Malaysia dan RHB Islamic Bank Berhad.
30/09/2018
Satu Taklimat Pengurusan Kenderaan Kerajaan telah diadakan pada 27 September 2018 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Ibnu Sina, Menara Kastam Johor.
Taklimat ini telah diadakan dengan kerjasama Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan JKDM Ibu Pejabat. Taklimat yang berlangsung selama empat (4) jam ini telah disampaikan oleh Encik Jeremy Valberg dari Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, manakala Encik Halim Bin Yaakob p**a menyampaikan taklimatnya mewakili JKDM Ibu Pejabat.
30/09/2018
Sekitar Kursus Duti Anti Lambakan yang kini sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bendahara, Tingkat 13, Menara Kastam Johor. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Yassin Chong Bin Abdullah, Penolong Kanan Pengarah Kastam II dari Cawangan Risikan ( National Targetting Centre), JKDM Ibu Pejabat.
25/09/2018
Sekitar kursus “Government Procurement Information System (GPIS)” yang diadakan pada 25 September 2018 bertempat di Galeri Perdana, Menara Kastam Johor. Kursus selama satu (1) hari ini disampaikan oleh Puan Noor Azleeza Binti Mohd Noor dari JKDM Ibu Pejabat.
19/09/2018
Sesi Engagement Sistem uCustoms yang dianjurkan dengan kerjasama State Champion (Change Management) yang diadakan pada 19 September 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Bendahara, Menara Kastam Johor.
Program ini telah dipengerusikan oleh Tuan Abdul Samat Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Perkastaman, dengan taklimat disampaikan oleh Puan Zainida Binti Zainal dan Tuan Maslim Bin Aziz dari JKDM Ibu Pejabat.
18/09/2018
Sekitar Kursus Penggunaan Perisian Crystal Reports yang diadakan pada 18 September 2018 bertempat di Bilik Komputer, Cawangan Teknologi Maklumat, BSI yang telah disampaikan oleh Puan Rosmawati Thumidar dari CTM, JKDM Johor.
Kursus selama satu (1) hari ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Cawangan Risikan, Bahagian Penguatkuasaan dan Cawangan CVI, Bahagian Perkhidmatan Teknik.
16/08/2018
Kursus “Free Workplace Basic Mandarin Class” yang kini sedang berlangsung di Galeri Perdana, Menara Kastam Johor. Program ini dikelolakan dengan kerjasama KunKwan International Mandarin Training Centre yang mengkhususkan kepada pengenalan kepada pertuturan Bahasa Mandarin kepada pegawai-pegawai kastam. Atas sambutan yang amat menggalakkan, sesi kedua program ini akan diadakan pada 27 Ogos 2018.
12/08/2018
Sekitar Kursus Penjenisan “Classification of Plastic Chapter 39” pada 12 Ogos 2018 bertempat di Pusat Latihan Ibnu Sina, Menara Kastam
Johor. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Mohammad Salleh Bin Ismail, Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Bahagian Perkhidmatan Teknik, JKDM Putrajaya.
10/06/2018
Pelancaran Aplikasi Kod QR telah diadakan pada 6 Mei 2018 oleh Pengarah Kastam Negeri Johor, Dato’ Mohammad Hamiddan Bin Maryani dalam Majlis Amanat Pengarah Kastam Negeri Bil 2/2018 bertempat di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah.
Penggunaan aplikasi Kod QR untuk pendaftaran kursus in-house telah dirancang pada penghujung tahun 2017 dan percubaan pertama menggunakan aplikasi ini telah dimulakan pada 23 Februari 2018 bertempat di Menara Kastam Johor.
Pengenalan aplikasi Kod QR untuk pendaftaran kursus in-house adalah seiring dengan perkembangan teknologi terkini, selain dapat meminimakan penggunaan kertas. Rekod pendaftaran pegawai yang menghadiri kursus in-house juga akan menjadi lebih sistematik dan efisien.
10/06/2018
Sekitar Kursus Asas Report Generator: Crystal Report bersama Bahagian Perkastaman, JKDM Johor yang diadakan selama dua (2) hari bermula pada 10-11 Jun 2018, bertempat di Bilik Latihan Komputer, Unit Teknologi Maklumat, Bangunan Sultan Iskandar.
26/04/2018
Pelaksanaan Kajian Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) 2018 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor. Pelaksanaan kajian ini telah dilanjutkan ke tarikh 30 April 2018.
26/04/2018
Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” di JKDM Johor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Johor telah diadakan pada 24 April 2018. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepentingan membaca bagi warga jabatan, khususnya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.