Sekolah Kebangsaan Nong Chik

Sekolah Kebangsaan Nong Chik

Share

Sekolah Kebangsaan Nong Chik
SK Nong Chik, Jalan Nong Chik
80100, Johor Bahru
Johor, Malaysia

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 02/05/2026

โœจ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸ โœจ

๐ŸŽ‰ 296 MURID KEHADIRAN PENUH BULAN APRIL! ๐ŸŽ‰

Satu pencapaian yang luar biasa!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 296 orang murid hebat yang telah membuktikan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi dengan hadir ke sekolah setiap hari tanpa gagal!

Kehadiran penuh ini bukan sekadar angka. Ia adalah simbol usaha, ketekunan dan impian yang sedang dibina.
Setiap langkah ke sekolah adalah langkah menuju kejayaan yang gemilang

Salute buat ibu bapa & penjaga!
Terima kasih atas sokongan padu, dorongan tanpa henti dan keprihatinan yang menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak.
Kita kuat kerana kita bersama!

Teruskan momentum ini!
Jadikan kehadiran cemerlang sebagai budaya bukan sekadar sasaran.
Kerana setiap hari di sekolah adalah peluang untuk:
๐Ÿ“š Menimba ilmu
๐ŸŒฑ Membina jati diri
๐ŸŒŸ Mencipta masa depan

๐Ÿ”ฅ Hadir hari ini, berjaya esok hari! ๐Ÿ”ฅ

Bersama kita melahirkan generasi
berilmu, berdisiplin & berdaya saing!

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 23/04/2026

๐Ÿ“ Nama Program:
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2026

๐Ÿ—“ Tarikh / Hari:
23 April 2026 (Khamis)

โฐ Masa:
11.00 - 11.10 pagi

๐Ÿซ Tempat:
Prasekolah dan kelas Tahap 1 & 2

๐Ÿ‘ฅ Peringkat:
Sekolah

๐ŸŽ–Pelibatan:
Warga sekolah SK Nong Chik

๐Ÿ’ซBidang:
Kurikulum

Butiran Aktiviti:
- Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengedarkan bahan bacaan kepada semua murid di kelas.
- Warga sekolah mula membaca jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 11.10 pagi.
- Sesi bergambar
- Pengawas Pusat Sumber mengumpulkan bahan bacaan dan memulangkan semula ke Pusat Sumber Sekolah.

โœจ Ringkasan Program
Program galakan membaca tahunan yang dilancarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Ianya bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadikan pembacaan sebagai gaya hidup.

Semua lapisan masyarakat (sekolah, agensi kerajaan, swasta, awam) digalakkan berhenti seketika dan membaca bahan bacaan pilihan selama 10 minit secara serentak.

Fokus program ini adalah membina tabiat membaca bermula dengan langkah kecil (10 minit).

Program ini biasanya diadakan sekitar bulan April setiap tahun (serentak 10 minit). Secara ringkasnya, ia adalah kempen beramai-ramai untuk berhenti melakukan kerja lain dan membaca selama 10 minit demi ilmu dan budaya.

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 23/04/2026

๐Ÿ“ Nama Program:
KEJOHANAN CATUR LELAKI PEREMPUAN B12, MSSD JOHOR BAHRU 2026

๐Ÿ—“ Tarikh / Hari:
20 April- 22 April 2026 /
(Isnin - Rabu)

โฐ Masa:
7.30 pagi โ€“ 6.00 petang

๐Ÿซ Tempat:
Dewan Serbaguna Sri Tebrau

๐Ÿ‘ฅ Peringkat:
Daerah

๐ŸŽ–Pelibatan:
Tempat Ke-5 (Berpasukan Lelaki B12)
Tempat ke 11 dan 17 (Individu Lelaki B12)

๐Ÿ’ซBidang:
Kokurikulum

Butiran Aktiviti:
- Perlawanan 9 pusingan (selama 3 hari)
- Majlis penutup

โœจ Ringkasan Program
Kejohanan catur MSSD sekolah rendah bertujuan mencungkil bakat murid dalam permainan catur dan memberi peluang kepada mereka menyerlahkan potensi. Pertandingan ini juga membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, strategik dan kreatif.

Selain itu, ia memupuk nilai murni seperti disiplin, kesabaran dan semangat kesukanan dalam kalangan murid. Kejohanan ini turut memberi pendedahan kepada pengalaman sebenar menyertai pertandingan secara teratur dan kompetitif. Di samping itu, kejohanan ini menjadi platform untuk memilih wakil terbaik ke peringkat yang lebih tinggi seperti negeri dan kebangsaan.

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 23/04/2026

๐Ÿ“ Nama Program:
KARNIVAL BAHASA MELAYU 2026- PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

๐Ÿ—“ Tarikh / Hari:
21 April 2026
(Selasa)

โฐ Masa:
8.00 pagi โ€“ 3.00 petang

๐Ÿซ Tempat:
Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru

๐Ÿ‘ฅ Peringkat:
Daerah

๐ŸŽ–Pelibatan:
Murid tahap 2
Saidatulaqilah binti Afizan ( 4 Cerdas) tempat ke 6/18 peserta.

๐Ÿ’ซBidang:
Kurikulum(Panitia BM)

Butiran Aktiviti:
- Pertandingan Sajak mewakili Zon Bandar
- Murid mendeklamasikan Sajak bagi sekolah rendah tahap 2

โœจ Ringkasan Program
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam seni kebudayaan warisan & ketinggian bahasa sebagai penutur/ warganegara memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini.

Moga program ini berjaya melahirkan murid yang berani, berdisiplin & berbakat besar dlm penguasaan bahasa khususnya bahasa Melayu.

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 18/04/2026

๐ŸŒŸ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’! ๐ŸŒŸ
๐Ÿซ ๐’๐Š ๐๐จ๐ง๐  ๐‚๐ก๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š๐ซ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง ๐‡๐ž๐›๐š๐ญ! ๐Ÿซ

Seramai 240 orang guru dan murid SK Nong Chik telah berjaya menyertai Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Negeri Johor 2026 (SUKSES 5.0) dengan penuh komitmen dan semangat yang tinggi!

Penyertaan ini membuktikan kesungguhan warga SK Nong Chik dalam meneroka dunia kerjaya, menimba ilmu serta memperkasa potensi diri ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, murid serta ibu bapa yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan penyertaan ini.

Teruskan melangkah jauh, bina impian dan capai kejayaan!

SK Nong Chik
โ€œMelakar Masa Depan, Mencipta Kejayaanโ€

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 13/04/2026

๐Ÿ“ Nama Program:
APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026
PERTANDINGAN SENI CETAKAN LINO

๐Ÿ—“ Tarikh / Hari:
8 APRIL 2026 / RABU

โฐ Masa:
8.00 PAGI โ€“ 4.30 PETANG

๐Ÿซ Tempat:
SK ANGKATAN TENTERA

๐Ÿ‘ฅ Peringkat:
DAERAH

๐ŸŽ–Pelibatan:
SEMUA SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

๐Ÿ’ซBidang:
KURIKULUM

Butiran Aktiviti:
- Seramai 3 orang murid telah dipilih untuk membentuk Pasukan Cerita Johor untuk mewakili sekolah ke pertandingan Seni Cetakan Lino.
- Mereka dikehendaki menghasilkan cetakan Lino dan dibingkaikan mengikut format yang telah ditetapkan.
- Tema cetakan yang dihasilkan adalah Tahun Melawat Malaysia 2026. Setiap pasukan perlu menonjolkan identiti negeri Johor.
- Mereka bukan sahaja perlu menghasilkan hasil cetakan tetapi perlu membentangkan proses penghasilan hasil seni mereka seterusnya mengapresiasi dan merefleksi sepanjang proses penghasilan.

โœจ Ringkasan Program
Tahniah kepada Pasukan Cerita Johor yang dianggotai oleh ALI BIN MOHAMED EFFEI, SHARRVIN ELVAN ELANGO
Dan UMAR BIN HAFIZAL telah berjaya menyandang Naib Johan dalam Pertandingan Seni Cetakan Lino peringkat daerah Johor Bahru 2026.
Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu MUHAMMAD HAIZULLIZAN BIN MOHD AMARAN yang berjaya membimbing dan membawa kejayaan kepada SK Nong Chik.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan pada masa akan datang.

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 06/04/2026

๐Ÿ“ Nama Program:
Lawatan Penandaarasan Kepimpinan dan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Putrajaya Presint 18(1) ke SK Nong Chik

๐Ÿ—“ Tarikh / Hari:
06 April 2026 / Isnin

โฐ Masa:
08.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari

๐Ÿซ Tempat:
Dewan Gemilang, SK Nong Chik

๐Ÿ‘ฅ Peringkat:
Sekolah

๐ŸŽ– Pelibatan:
Delegasi SK Putrajaya Presint 18(1) dan warga SK Nong Chik

๐Ÿ’ซ Bidang:
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

๐ŸŒŸ Butiran Aktiviti:
08.30 pagi
Ketibaan delegasi SK Putrajaya Presint 18(1)

08.45 pagi
Ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa

09.00 pagi
Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Nong Chik

09.15 pagi
Sesi perkongsian pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

10.30 pagi
Sesi soal jawab dan perbincangan profesional
Pameran Showcase Psikometrik dan Inovasi

11.15 pagi
Lawatan ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling (Dโ€™Kasih Aurora)

12.00 tengah hari
Penyampaian cenderamata dan sesi bergambar

12.30 tengah hari
Bersurai

โœจ Ringkasan Program:
Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam kepimpinan dan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling antara SK Putrajaya Presint 18(1) dan SK Nong Chik. Program ini memberi ruang kepada pertukaran idea, pengalaman serta strategi pelaksanaan perkhidmatan kaunseling yang berkesan di sekolah. Melalui sesi perkongsian, lawatan fasiliti serta perbincangan profesional, program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta memperkukuh jaringan kolaborasi antara kedua-dua institusi pendidikan.

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 05/04/2026

๐Ÿ“ Nama Program:
PROGRAM IHYA' RAMADAN 2026

๐Ÿ—“ Tarikh / Hari:
23 FEBRUARI - 13 MAC 2026 /
(ISNIN - JUMAAT)

โฐ Masa:
8.00 pagi โ€“ 1.30 petang

๐Ÿซ Tempat:
SK Nong Chik

๐Ÿ‘ฅ Peringkat:
Sekolah

๐ŸŽ–Pelibatan:
Penyertaan semua warga sekolah yang beragama Islam

๐Ÿ’ซBidang:
Kurikulum

Butiran Aktiviti:
- Ucapan minda Ramadan (ISNIN - Guru bertugas)
- Tadarus Al Quran ( Guru & murid )
- Bacaan Yasiin ( JUMAAT)
- Pertandingan Kuiz Jawi (Tahap 1)
- Pertandingan Kuiz Fiqh Ramadhan (Tahap 2)
- Pertandingan Tilawah Al Quran (Tahap 1 & Tahap 2)
- Majlis penutup

โœจ Ringkasan Program
Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, melibatkan aktiviti ilmiah dan kerohanian bertujuan meningkatkan penghayatan murid terhadap amalan-amalan mulia yang digalakkan dalam Islam.

Semoga Ramadan tahun ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam membentuk sahsiah murid yang berakhlak mulia serta meningkatkan penghayatan terhadap amalan di bulan Ramadhan.

04/04/2026

๐ŸŒŸ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐Š๐„ ๐’๐Š ๐๐Ž๐๐† ๐‚๐‡๐ˆ๐Š! ๐ŸŒŸ

Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, seluruh warga
Sekolah Kebangsaan Nong Chik mengalu-alukan kehadiran delegasi terhormat daripada
๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐ง๐ญ ๐Ÿ๐Ÿ–(๐Ÿ) ke bumi ๐’๐Š ๐๐จ๐ง๐  ๐‚๐ก๐ข๐ค.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sekadar kunjungan biasa,
tetapi merupakan satu pertemuan penuh makna yang menghubungkan kepimpinan, memperkasa perkhidmatan serta menyatukan idea dan inovasi dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling amnya dan pendidikan negera khususnya

Langkah tiba disambut mesra,
Jejak diukir penuh bermakna;
Ilmu dikongsi bersama-sama,
Mekar ukhuwah selamanya.

Semoga lawatan penandaarasan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan, memperkukuh jaringan profesional serta memberi impak besar dalam membentuk generasi murid yang sejahtera, berdaya tahan dan berpotensi tinggi.

๐Ÿ”ฅ ๐’๐Š ๐๐Ž๐๐† ๐‚๐‡๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‹๐”-๐€๐‹๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Œ๐„๐–๐€! ๐Ÿ”ฅ

20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐Š ๐๐Ž๐๐† ๐‚๐‡๐ˆ๐Š โœจ๐ŸŒ™

Di pagi Syawal yang penuh cahaya,
kita tidak hanya meraikan kemenangan,
tetapi juga menghargai perjalanan yang penuh usaha, pengorbanan dan kasih sayang.

Buat seluruh warga SK Nong Chik:
Guru yang mendidik tanpa jemu,
Murid yang terus berusaha tanpa kenal putus asa,
Staf yang setia menyokong di belakang tabir,
serta ibu bapa yang sentiasa bersama

Anda semua adalah nadi kekuatan SKNC.

๐ŸŒธ Aidilfitri ini bukan sekadar perayaan,
tetapi ruang untuk kita kembali kepada fitrah,
menguatkan ukhuwah,
dan membuka lembaran baharu dengan hati yang lebih tenang.

๐Ÿคฒ Andai ada salah dan silap,
yang terlihat mahupun tersirat,
kami memohon seribu kemaafan.

โœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Daripada:
๐Ÿ’ซ Kebirus Sekolah Kebangsaan Nong Chik

Photos from Sekolah Kebangsaan Nong Chik's post 09/03/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐‘๐€๐’ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐”๐๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐† ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†

06 Mac 2026 | SK Nong Chik

Sekolah Kebangsaan Nong Chik telah menerima kunjungan lawatan penanda aras Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling daripada warga SJK(T) Jalan Yahya Awal.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik, pengurusan program serta pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bagi memperkukuh kualiti perkhidmatan kepada murid.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan profesional serta membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua sekolah.
Terima kasih atas kunjungan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Nong Chik
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:00