Dewan Pemuda PAS Johor Bahru

Call Directions

Dewan Pemuda PAS Johor Bahru Pemuda PAS Johor Bahru

SUMBANGAN BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ FAKHRURRAZIAssalamualaikum wbt.Dibuka kutipan sumbangan buat keluarga Allahyar...
02/10/2026

SUMBANGAN BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ FAKHRURRAZI

Assalamualaikum wbt.

Dibuka kutipan sumbangan buat keluarga Allahyarham Ustaz Fakhrurrazi.

Kepada yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun berikut:

🏦 Maybank
PARTI ISLAM SEMALAYSIA KLJOHOR BAHRU
5515 9351 6805

Semoga setiap sumbangan dan keprihatinan kita menjadi amal kebajikan serta mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathira. 🤲🏻

Al-Fatihah buat Allahyarham.

SUMBANGAN BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ FAKHRURRAZIAssalamualaikum wbt.Dibuka kutipan sumbangan bagi membantu dan meri...
01/10/2026

SUMBANGAN BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ FAKHRURRAZI

Assalamualaikum wbt.

Dibuka kutipan sumbangan bagi membantu dan meringankan beban keluarga Allahyarham Ustaz Fakhrurrazi.

Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun berikut:

🏦 Maybank
Parti Islam Semalaysia Johor Bahru
5515 9351 6805

Semoga setiap sumbangan dan keprihatinan kita menjadi amal kebajikan serta mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathira. 🤲🏻

Al-Fatihah buat Allahyarham.

TUN DR SITI HASMAH: PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARA Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun ...
30/09/2026

TUN DR SITI HASMAH: PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARA

Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, bahkan merupakan seorang doktor, tokoh masyarakat dan wanita yang telah mencurahkan jasa serta bakti kepada rakyat dan negara sepanjang kehidupannya.

Dalam perjalanan panjang kehidupan dan perjuangan Tun Dr Mahathir, Almarhumah sentiasa setia berada di sisi, melalui pelbagai fasa s**a dan duka, sama ada ketika memimpin negara mahupun selepasnya. Sebuah perjalanan bersama yang panjang, penuh pengorbanan dan tentunya meninggalkan begitu banyak kenangan buat keluarga.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, merahmati rohnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.

Semoga Tun Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat dikasihi.

Al-Fatihah.

Usrah PAS Kawasan Johor Bahru pada Khamis ini.Insya Allah, dijemput kepada para pemuda.
28/09/2026

Usrah PAS Kawasan Johor Bahru pada Khamis ini.

Insya Allah, dijemput kepada para pemuda.

Usrah PAS Kawasan Johor Bahru.Insya Allah, dijemput kepada para pemuda.
28/09/2026

Usrah PAS Kawasan Johor Bahru.

Insya Allah, dijemput kepada para pemuda.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA26 SEPTEMBER 2026 | 13 RABIUL AKHIR 1448HPELAJAR MAUT DI ASRAMA: MANA PERGI DAS...
26/09/2026

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

26 SEPTEMBER 2026 | 13 RABIUL AKHIR 1448H

PELAJAR MAUT DI ASRAMA: MANA PERGI DASAR KESELAMATAN DAN ANTIBULI KPM?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar SMK Za’ba, Kuala Pilah yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah. DPPM turut menyeru semua pihak memberikan ruang kepada PDRM menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi menentukan punca sebenar kejadian.

Namun, tragedi ini menuntut penjelasan serius daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mana pergi segala dasar, garis panduan dan kempen keselamatan serta antibuli yang diumumkan sebelum ini?

KPM sebelum ini telah memperkenalkan Polisi Perlindungan Murid Sekolah dan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat, selain pelbagai mekanisme pencegahan serta pelaporan kes buli. Persoalannya, adakah semua ini benar-benar dilaksanakan di sekolah dan asrama, atau sekadar baik di atas kertas?

Jika sistem pemantauan benar-benar berfungsi, sejauh mana warden dan pihak sekolah mampu mengesan risiko lebih awal? Adakah saluran aduan benar-benar selamat dan diyakini murid? Siapa yang memastikan setiap sekolah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan?

DPPM menggesa Menteri Pendidikan tampil menjelaskan tahap sebenar pelaksanaan dan pemantauan dasar tersebut di sekolah berasrama seluruh negara. Jangan sekadar mengumumkan dasar selepas sesuatu tragedi, kemudian menunggu tragedi seterusnya untuk kembali bercakap mengenai keselamatan murid.

Pada masa sama, siasatan kes ini mesti dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa mendahului dapatan pihak berkuasa. Sekiranya ditemukan unsur jenayah, kecuaian atau kegagalan mematuhi prosedur keselamatan, tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi.

Sekolah dan asrama mesti menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Dasar antibuli tidak boleh sekadar menjadi slogan. Jangan tunggu satu lagi nyawa terkorban sebelum kelemahan sistem diperbetulkan.

“Memimpin Penyatuan”

YB Afnan Hamimi Bin Dato’ Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Alor Setar

Kenyataan Media PN
24/09/2026

Kenyataan Media PN

Kenyataan Media
PN TERIMA NOTIS DAN PERINTAH DARIPADA PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS)

Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima notis di bawah subseksyen 13(2), Akta Pertubuhan 1966 bagi maksud Pendaftar Pertubuhan (ROS) hendak membatalkan pendaftaran PN selepas tempoh tunjuk sebab dari PN dalam tempoh 30 hari. Adalah disahkan cadangan pembatalan tersebut terkait dengan aduan daripada Parti BERSATU terhadap PN berhubung suatu mesyuarat bertarikh 16 Julai 2026.

PN juga susulan dari Notis di atas telah menerima suatu Perintah di bawah subseksyen 13(2A), Akta Pertubuhan 1966 yang memerintahkan penggantungan semua kegiatannya sehingga tarikh yang tidak ditentukan.

Kedua-dua notis dan perintah di atas diserahkan kepada PN secara berturut- turut pada 22 dan 23 September 2026, yang berkebetulan pada hari pengumuman dan kuat kuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri Melaka dalam waktu terdekat.

PN mengambil maklum keputusan ROS di atas, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan tersebut dan sedang mengambil langkah-langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia demi mempertahankan matlamat penubuhan dan agenda perjuangannya yang didokong oleh ahli-ahli dan penyokongnya. PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap PN adalah natijah agenda berniat jahat (mala fide) dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN.

Sehubungan dengan itu PN menyeru ahli-ahli dan penyokongnya agar bertenang kerana perkara ini sedang diuruskan dengan sebaiknya dan PN akan memberikan maklumat dan dokumen berkaitan kepada masyarakat secara telus serta memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Sekaligus dengan ini PN mengeluarkan perintah larangan (gag order) berkuatkuasa serta merta kepada mana mana pihak dari mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi pihak PN, kecuali Pengerusi dan Setiausaha Agung PN.

Terima kasih.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PN
24 September 2026

Doakan semoga SRITI dapat terus memberikan kebaikan dan membentuk pelajar yang soleh.
15/09/2026

Doakan semoga SRITI dapat terus memberikan kebaikan dan membentuk pelajar yang soleh.

KKR & Avisena. Sebuah pandangan dari kaca mata seorang doktor di Malaysia.
10/09/2026

KKR & Avisena. Sebuah pandangan dari kaca mata seorang doktor di Malaysia.

AKHIRI POLARISASI: MENGIMBANGI KESEJAHTERAAN DAN KEMANUSIAANKhabar seorang kanak-kanak dua tahun diserang dengan ganas o...
09/09/2026

AKHIRI POLARISASI: MENGIMBANGI KESEJAHTERAAN DAN KEMANUSIAAN

Khabar seorang kanak-kanak dua tahun diserang dengan ganas oleh lima ekor anjing liar menyentak kita. Tragedi ini pastinya menyedihkan dan sebagai manusiawi, kita pastinya ingin agar sesuatu dilaksanakan.

“Bagaimana kita dapat pastikan perkara ini tidak berulang?”.

Inilah persoalan besar yang sepatutnya menjadi tumpuan kita.

Namun menelusuri media sosial, isu ini dilihat semakin berubah menjadi pertembungan antara dua kelompok dominan.

Bila kita bercakap tentang keselamatan kanak-kanak, kita dianggap tidak peduli kebajikan haiwan. Bila kita bercakap tentang kebajikan haiwan dan menolak kekejaman, kita p**a dianggap tidak peduli keselamatan manusia. Akhirnya, kita mempertahankan kelompok, bukan menyelesaikan masalah.

Ini adalah suatu bentuk “othering”. Jika kamu bukan berpihak kepada kami, maka kamu adalah mereka. Kamu adalah “The Other”

Sedangkan kedua-duanya boleh berjalan serentak. Keselamatan manusia mesti diutamakan, tetapi haiwan juga tidak wajar dizalimi. Anjing yang menjadi ancaman perlu ditangkap dan diasingkan, manakala yang masih boleh diselamatkan perlu divaksin, dineuter, dirawat dan ditempatkan dengan sewajarnya. Yang kita perlukan ialah sistem pengurusan yang lestari dan konsisten.

Berhaluslah dalam tindakan.

Jadi, mari berhenti melihatnya sebagai “pencinta haiwan vs pembenci anjing” dan kembali membincangkannya secara kolektif.

Kita mungkin berbeza pandangan tentang kaedah, tetapi tidak sepatutnya berbeza pada matlamat.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa...”
Surah Al-Ma’idah (5): Ayat 8

Simpati dan doa kami untuk anak kecil yang diserang anjing dan seluruh keluarga.

Arif Ainuddin
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru

Address

Jalan Dataran Larkin 2
Johor Bahru

Telephone

+601158616564

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share