Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Agama Islam Negeri Johor Laman rasmi berkaitan maklumat dan perkembangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Komited memperkasa syiar Islam, pentadbiran hal ehwal agama dan kesejahteraan ummah di Negeri Johor Darul Ta’zim.

02/10/2026
02/10/2026
02/10/2026
02/10/2026
01/10/2026
JAINJ TERIMA INSENTIF PENDIGITALAN TRANSAKSI TANPA TUNAITahniah dan syabas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)! JAI...
01/10/2026

JAINJ TERIMA INSENTIF PENDIGITALAN TRANSAKSI TANPA TUNAI

Tahniah dan syabas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)!

JAINJ berbesar hati menerima Insentif Pendigitalan Transaksi Tanpa Tunai Jabatan sempena Hari Perbendaharaan Negeri Johor 2026 (HiPNJ26) yang berlangsung pada 1–2 Oktober 2026 di Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri.

Penerimaan insentif ini menjadi satu lagi detik bermakna buat JAINJ dalam memperkukuh agenda pendigitalan serta memperkasakan pengurusan kewangan jabatan melalui penggunaan transaksi tanpa tunai yang lebih cekap, pantas, selamat dan sistematik.

Seiring dengan tema HiPNJ26, ‘Bergerak Kehadapan Memacu Transformasi Kewangan Negeri Johor”, JAINJ terus komited untuk melangkah seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan perkhidmatan awam masa kini.

Daripada transaksi konvensional kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih digital — JAINJ terus bergerak ke hadapan, mendukung transformasi dan memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Satu pengiktirafan. Satu pencapaian. Satu langkah ke arah JAINJ yang lebih digital.




01/10/2026

*PEMUJAAN SALAH*

Pada tahun lepas Penguatkuasaan JAINJ telah menahan tiga orang lelaki di bawah Seksyen 3(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 berkaitan pemujaan salah kerana terlibat dalam upacara pemujaan ritual tarian kuda kepang yang melanggar Hukum Syarak di Batu Pahat.

Tahukah anda? Perbuatan memuja pokok, batu, kubur, hutan, bukit, struktur, manusia atau benda dengan apa-apa cara yang bercanggah dengan Hukum Syarak adalah satu kesalahan.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah menjauhi segala bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik dan menjejaskan akidah.

“Jangan gadaikan akidah demi kepercayaan yang menyeleweng. Kembalilah kepada tauhid dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.”



Address

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725
Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 16:30

Telephone

+6072076333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Agama Islam Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Agama Islam Negeri Johor:

Shortcuts

Share