22/05/2026
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Maju Johor,
Salam Johor LEADS,
Salam JB Terbaik di Negeri Johor.
Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga
Murid-murid SK Kg. Pasir
Johor Bahru.
MAKLUMAN CUTI
PERTENGAHAN TAHUN 2026
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan. Sehubungan itu, sekolah akan mula bercuti pada ketetapan berikut:
Tarikh cuti :
23 Mei hingga 7 Jun 2026
27&28 Mei 2026
(Hari Raya Aidiladha)
Sekolah akan beroperasi semula seperti biasa pada :
8 JUN 2026 (Isnin)
Diharapkan semoga murid-murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dan menjaga keselamatan semasa cuti.
"Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga SK Kg Pasir".
Sekian untuk makluman dan tindakan ibu bapa dan penjaga. Kerjasama semua diucapkan terima kasih.
Pn. Hjh. Nooraishah binti Othman
Guru Besar,
SK Kampong Pasir, JB.
18/05/2026
https://youtu.be/oFMTkElkkxY
Montaj Sambutan Hari Guru 2026 SK KG PASIR.
Assalamualaikum. Terima kasih kepada anak anak murid/ibu bapa/penjaga yang menyokong dalam menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini. Semoga kita semua dipermurah rezeki. InshaAllah, see you next year!
MONTAJ 2026 SEMPENA SEMBUTAN HARI GURU SK KG PASIR
Nyd de videoer og den musik, du holder af, upload originalt indhold, og del det hele med venner, familie og verden på YouTube.
14/05/2026
Program Kelestarian SKKP 2026 dengan kerjasama SWCORP Negeri Johor.
Pada hari Rabu, 13 Mei 2026. Satu program berkaitan kelestarian alam telah dijalankan di SKKP. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta membudayakan amalan lestari dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti menarik yang telah disediakan ialah sesi taklimat berkaitan pengurusan sisa dan kelestarian, aktiviti upcycling pakaian terpakai yang mampu mencetuskan kreativiti murid, serta pameran yang memberikan pelbagai informasi dan pendedahan berkaitan penjagaan alam sekitar.
Diharapkan melalui program ini, murid-murid dapat menimba ilmu baharu dan seterusnya menjadi generasi yang lebih prihatin, bertanggungjawab serta cinta akan kebersihan dan kelestarian alam.
14/05/2026
PERHATIAN KEPADA IBU/BAPA ATAU PENJAGA 🚨‼️🚨
PERGERAKAN LALU LINTAS
IBU BAPA / PENJAGA DI PAGAR B
🏍️ Laluan Pengguna Motosikal
Ibu bapa/penjaga yang menggunakan motosikal PERLU menunggu dan mengambil murid di kawasan lapang berhampiran pokok yang telah ditetapkan sahaja.
DILARANG BERHENTIi atau mengambil murid dikawasan petak kuning kerana memberi laluan kepada kereta.
🚗 Laluan Kereta
Semua kenderaan kereta WAJIB menggunakan laluan yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan dan kemalangan.
🚫 Kawasan Petak Kuning
Ibu bapa/penjaga DILARANG menunggu atau berada di kawasan petak kuning.
Kawasan ini mesti sentiasa dikosongkan bagi memastikan aliran trafik lancar dan selamat.
⚠️ PERINGATAN.
PATUHI PERATURAN, ELAKKAN KESESAKAN, UTAMAKAN KESELAMATAN.
KERJASAMA SEMUA AMAT DIHARAPKAN. TERIMA KASIH
JAWATANKUASA KESELAMATAN SK KG PASİR
14/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aaron Putra Danial bin Mahathir telah mewakili SKKP dalam Pertandingan Bercerita Zon Bandar. Dan SKKP berjaya mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan ini. Tahniah dan semoga terus cemerlang di masa akan datang.
Tempat : SK P Sultan Ibrahim
Masa : 7:30-2:00 petang
Tarikh: 14 Mei 2026
11/05/2026
Taklimat keselamatan di sekolah oleh Cikgu Nooraishah Binti Othman , Guru Besar SKKP.
🚸 Keselamatan di sekolah bukan pilihan, tapi keutamaan. Jaga diri, jaga rakan, jaga nyawa ❤️✨
05/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga wakil SKKP di kejohanan bola tampar MSSJ 2026 beroleh kejayaan dan dapat mengharumkan nama Johor Bahru dalam temasya pada kali ini. 💪🏐⬛🟦
23/04/2026
Tahniah diucapkan kepada 2 wakil SKKP ke Karnival Bahasa Melayu Daerah Johor Bahru 2026 iaitu CORDELIA RAFANI BINTI TUAN NORSAHLIZAZ. (4O) yang berjaya mendapat SAGUHATI PERTANDINGAN SAJAK DAERAH JOHOR BAHRU 2026.
Dan NUR FARAH IZZATI BINTI ABD RAZAK yang menyertai PUSINGAN AWAL PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026.
Tahniah diucapkan 💪💪💪. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.
23/04/2026
Assalamualaikum dan selamat
Program : Kejohanan Catur MSSD Johor Bahru LP12 2026
Tarikh : 20 - 22 April 2026
Tempat : Dewan Serbaguna Sri Tebrau
Pencapaian :
Individu terbaik top 30 no 27/294 peserta (Nur Fathia Insyirah)
Berpasukan - terbaik no 9
Jumlah peserta
Lelaki - 394
Perempuan - 294
Bil sekolah
Lelaki - 77 sekolah
Perempuan - 65 sekolah
Tahniah diucapkan kepada murid yang menunjukkan dedikasi dan iltizam yang tinggi dalam mewakili SKKP dalam pertandingan ini ❤️