MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Call Directions Website Contact the organization

MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Komen / kiriman berbaur perkauman, keagamaan, dan / atau lucah akan dipadam dan pengguna akan disekat Sebarang komen/cadangan boleh la di post kan di wall ini..

TQ

NOTIS PEMBERHENTIAN PENERIMAAN KAD AMERICAN EXPRESS (AMEX)Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memaklumkan bahawa pen...
20/10/2026

NOTIS PEMBERHENTIAN PENERIMAAN KAD AMERICAN EXPRESS (AMEX)

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memaklumkan bahawa penerimaan pembayaran menggunakan kad American Express (AMEX) bagi semua perkhidmatan MBIP telah dihentikan serta-merta.

Semua bayaran di kaunter dan online menggunakan Kad Debit/Kredit berjalan seperti biasa.

Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.

20/10/2026
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM E-PEROLEHAN MBIPDimaklumkan bahawa Sistem e-Perolehan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ...
20/10/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM E-PEROLEHAN MBIP

Dimaklumkan bahawa Sistem e-Perolehan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf sistem.

📅 Tarikh tutup: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
🕙 Masa: 10.00 malam

📅 Sistem dibuka semula: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

20/10/2026

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN WARGA ASING DI KAMPUNG TIRAM DUKU, ISKANDAR PUTERI

🎬🚀 ANDA KREATIF? JOM SERTAI PERTANDINGAN MEREKA CIPTA VIDEO KESELAMATAN ICT! 🤖✨🎉 SEMPENA KARNIVAL ISKANDAR PUTERI KE-9 (...
20/10/2026

🎬🚀 ANDA KREATIF? JOM SERTAI PERTANDINGAN MEREKA CIPTA VIDEO KESELAMATAN ICT! 🤖✨

🎉 SEMPENA KARNIVAL ISKANDAR PUTERI KE-9 (KIP9) 2026!

Ada idea kreatif? Minat menghasilkan video? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat sambil menyebarkan kesedaran tentang keselamatan digital! 🌐🔐

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Teknologi Maklumat mempelawa orang ramai menyertai Pertandingan Mereka Cipta Video Keselamatan ICT di bawah Program Bridging The Digital Divide (BDD) 2026.

🏆 HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!

🥇 Tempat Pertama: RM700
🥈 Tempat Kedua: RM550
🥉 Tempat Ketiga: RM400

🎁 Tempat Ke-4 hingga Ke-8: Saguhati RM300

📅 TEMPOH PENYERTAAN
19 Oktober – 15 November 2026

👥 SIAPA BOLEH SERTAI?
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang menetap di kawasan pentadbiran MBIP.

🎥 CARA PENYERTAAN

✅ Hasilkan video kreatif bertemakan Keselamatan ICT.

✅ Muat naik video ke media sosial dan tetapkan kepada tontonan umum (Public).

✅ Gunakan tanda pagar (hashtag) dan sertakan pautan TikTok rasmi Jabatan Teknologi Maklumat MBIP dalam kapsyen hantaran anda:

🔗 https://www.tiktok.com/.mbip

✅ Daftar dan hantarkan pautan video melalui sistem pertandingan.

📲 DAFTAR SEKARANG!
🌐 https://mypertandingan.in.mbip.my

💡 KREATIVITI ANDA, INSPIRASI KESELAMATAN DIGITAL!

🔥 Jangan lepaskan peluang! Serlahkan bakat, sebarkan kesedaran dan rebut hadiah menarik!

📢 Tag rakan-rakan kreatif anda dan jom sertai sekarang!

19/10/2026
19/10/2026

𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐊𝐈𝐑 & 𝐒𝐇𝐔𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐊𝐄 𝐉𝐓𝐃𝐂 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐉𝐎𝐁 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Rancang perjalanan anda dan manfaatkan perkhidmatan bas 𝐬𝐡𝐮𝐭𝐭𝐥𝐞 yang disediakan ke lokasi program seperti berikut:

📍 𝐏𝐚𝐫𝐤𝐢𝐫 𝐀: 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐄𝐝𝐮𝐂𝐢𝐭𝐲
Tempat parkir serta lokasi naik dan turun bas shuttle.
- 𝐬𝐡𝐮𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧🚌

📍 𝐏𝐚𝐫𝐤𝐢𝐫 𝐁: 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠
- 𝐬𝐡𝐮𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 🚌

Tempat parkir serta lokasi naik dan turun bas shuttle.
📍 𝐏𝐚𝐫𝐤𝐢𝐫 𝐂: 𝐕𝐞𝐥𝐨𝐝𝐫𝐮𝐦
Parkir sahaja.

Rujuk peta yang disediakan untuk panduan laluan, lokasi parkir serta tempat naik dan turun bas shuttle. Rancang perjalanan anda supaya segala urusan berjalan dengan lancar.
𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐚 !!

19/10/2026

𝟒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 !!

Peluang kerjaya anda semakin hampir..

OPERASI BERSEPADU KE PENEMPATAN WARGA ASING 19 Oktober 2026 | Iskandar PuteriMajlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mel...
19/10/2026

OPERASI BERSEPADU KE PENEMPATAN WARGA ASING

19 Oktober 2026 | Iskandar Puteri

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan operasi bersepadu ke penempatan haram yang didiami oleh warga asing di Kampung Tiram Duku dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan. YB Datuk Haji Pandak bin Ahmad, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Iskandar turut bersama-sama dalam operasi yang dijalankan.

Sepanjang operasi berlangsung, pelanggaran syarat agensi telah dikenalpasti dan memerlukan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan. Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di samping memperkukuh kerjasama antara agensi dalam aspek penguatkuasaan.

🌱 GOOD EARTH EXHIBITION 2026: FROM WASTE TO GROWTH ♻️🌍Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menyokong usaha membudayak...
18/10/2026

🌱 GOOD EARTH EXHIBITION 2026: FROM WASTE TO GROWTH ♻️🌍

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menyokong usaha membudayakan kelestarian alam sekitar menerusi penganjuran Good Earth Exhibition 2026 – From Waste to Growth yang berlangsung di Sutera Mall, dari 16 hingga 25 Oktober 2026.

Pameran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan sisa secara mampan, khususnya pengkomposan sisa makanan, di samping menggalakkan amalan mesra alam dalam kehidupan seharian.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan, termasuk pasar lestari, bengkel interaktif serta misi pengumpulan cop untuk penebusan hadiah bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha memelihara alam sekitar.

Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab serta SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.

MBIP menyeru masyarakat agar bersama-sama mengamalkan gaya hidup lestari demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan sejahtera untuk generasi akan datang. 💚

📅 Tarikh: 16–25 Oktober 2026
⏰ Masa: 10.30 pagi – 10.30 malam
📍 Lokasi: Aras Bawah, Sutera Mall

Daripada sisa kepada manfaat, bersama membina masa depan yang lebih hijau! 🌱

Address

Jalan Medini Sentral 9
Johor Bahru
79250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri:

Shortcuts

Share