Balai Polis Majidee

Call Directions Contact the organization

Balai Polis Majidee Salurkan maklumat jenayah dengan menghubungi Balai Polis Majidee 07-3332222

13/10/2026~ Bertempat Di Arena Mutiara Johor Land telah diadakan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak  diantara Balai Poli...
14/10/2026

13/10/2026~ Bertempat Di Arena Mutiara Johor Land telah diadakan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak diantara Balai Polis Majidee dan Balai Polis Larkin senpena Hari Sukan Negara. Perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan silaturahim sesama anggota Balai Polis di bawah Ipd Johor Bahru Selatan.

31/08/2026
Sekitar perlawanan persahabatan
22/07/2026

Sekitar perlawanan persahabatan

11/07/2026
10/07/2026
09/07/2026

MAKLUMAN PELAKSANAAN KAJIAN LALUAN KONTRA FT0001 SKUDAI – JOHOR BAHRU

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta meningkatkan kelancaran aliran trafik pada waktu puncak pagi, satu Kajian Pelaksanaan Laluan Kontra akan dijalankan di FT0001 Skudai – Johor Bahru bermula 13 Julai 2026 (Isnin).

πŸ“… Hari Operasi: Isnin – Jumaat
⏰ Waktu Operasi: 5.30 pagi – 9.00 pagi
πŸ“ Laluan: Skudai menuju Teluk Danga / Johor Bahru
πŸ“ Panjang Laluan Kontra: 6 km

Sepanjang tempoh kajian:
βœ… Hanya kenderaan ringan 4 roda dibenarkan menggunakan laluan kontra.
❌ Kenderaan berat dan motosikal tidak dibenarkan menggunakan laluan kontra.
πŸš” Sila patuhi semua arahan anggota penguat kuasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta papan tanda dan peranti kawalan trafik yang disediakan.

Kajian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan laluan kontra sebagai salah satu inisiatif penyuraian trafik untuk meningkatkan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya di koridor FT0001 Skudai – Johor Bahru.

Kerjasama dan pematuhan semua pengguna jalan raya amatlah dihargai demi memastikan keselamatan serta kelancaran trafik sepanjang tempoh pelaksanaan kajian.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
JKR Johor Bahru




LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PERSEDIAAN PENUGASAN PRN JOHOR 2026Balai Polis Majidee telah mengadakan Latihan Dalam Pe...
30/06/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PERSEDIAAN PENUGASAN PRN JOHOR 2026

Balai Polis Majidee telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan sebagai persediaan menghadapi penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang dipengerusikan oleh Insp. Khairul Naqwan Bin Md Razip, Ketua Polis Balai (KPB) Majidee, melibatkan penyertaan seramai 35 anggota.

Taklimat ini bertujuan memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota melalui penyelarasan penugasan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta pemerkasaan koordinasi bersama agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tugas sepanjang proses pilihan raya.

Antara penekanan utama yang disampaikan termasuklah semakan penugasan dan kawasan tanggungjawab, koordinasi bersama Ketua Tempat Mengundi (KTM), kesiapsiagaan logistik dan peralatan operasi, pematuhan etika pemakaian, pengurusan keselamatan pergerakan peti undi serta tindakan segera dalam melaporkan sebarang insiden yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam.

KPB Majidee turut mengingatkan agar setiap petugas sentiasa mematuhi arahan operasi, mengamalkan disiplin yang tinggi serta melaksanakan amanah dengan penuh profesionalisme, berintegriti dan berkecuali selaras dengan peranan Polis Diraja Malaysia dalam menjamin keselamatan, keamanan dan kelancaran proses demokrasi.

Mengakhiri taklimat, beliau menegaskan moto penugasan Balai Polis Majidee bagi menghadapi PRN Johor 2026:

β€œBerkecuali, Berintegriti, Profesional dan Sentiasa Bersedia Menjamin Kelancaran Proses Pengundian.”

Balai Polis Majidee komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan proses Pilihan Raya Negeri Johor 2026 berlangsung dalam suasana yang aman, selamat dan teratur.




22/06/2026

MAJLIS SAMBUTAN KETIBAAN YDH KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN BERSAMA PENGERUSI PERKEP DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN.

21/05/2026

ππ„π‘πˆπ“π€ πŠπ„πŒπ€π“πˆπ€π ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π ππŽπ‹πˆπ’

YDH DCP Hoo Chuan Huat, Pemangku Ketua Polis Johor bersama isteri, YBhg. Puan Saw See Na, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor menzahirkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham ASP Nadzrul Idham bin Abdullah, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang telah meninggal dunia pada 20 Mei 2026.

Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan dan roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.



Address

Johor Bahru
81100

Telephone

+6073332222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Majidee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Majidee:

Shortcuts

Share