Puspanita PTG Johor

Puspanita  PTG Johor

Share

Merupakan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia , Pejabat Tanah Dan Galian Johor.

Photos from Puspanita  PTG Johor's post 02/02/2020

Majlis Sambutan Maulidurasul 1441h , bertema Serikandi Cinta Rasulullah SAW. Penceramah Dato Dr Norhafizah Musa. Anjuran Puspanita Cawangan Negeri Johor Dan Puspanita Cawangan PTG Johor pada 30 Januari 2020 , Khamis di Dewan Serbaguna PTG Johor.

18/06/2019

Tagline Kontinjen Puspanita PTG Johor sempena Kejohanan Sukan Anjuran Puspanita Cawangan Negeri Johor Tahun 2019.

18/06/2019

Sebentar tadi telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Banner kepada Kontinjen Puspanita PTG Johor sempena Kejohanan Sukan Anjuran Puspanita Cawangan Negeri Johor Tahun 2019. Majlis telah disempurnakan oleh YDH Datin Hajah Afrinah binti Mohd Ikhsan, Pengerusi Puspanita Cawangan PTG Johor. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pemain yang mewakili PTG Johor. Semoga PTG Johor beroleh kejayaan yang cemerlang! PTG Boleh!!!

Photos from Puspanita  PTG Johor's post 21/01/2019

Puspanita Cawangan PTG Johor bersama Kelab Kebajikan Dan Rekreasi PTG Johor telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H Peringkat PTG Johor pada 17 Januari 2019 bertempat di perkarangan tempat letak kereta, Bangunan Dato Muhamad Salleh Perang, Kota Iskandar.

Majlis diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Hj Sulaiman Bin Maidin dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan persembahan Qasidah.

Pertandingan Perarakan dan Pertandingan sepanduk sempena Maulidur Rasul juga diadakan.

Pemenang Keseluruhan Perarakan Maulidur Rasul 1440H :

Tempat Pertama : Kump**an Hanafi
Tempat Kedua : Kump**an Hambali
Tempat Ketiga : Kump**an Shafi'e
Tempat Keempat : Kump**an Maliki

Photos from Puspanita  PTG Johor's post 02/10/2018

Pada hari ini iaitu 2 Oktober 2018, telah berlangsung “SEMINAR BERSEDIAKAH KITA MENUJU PASCA PERSARAAN” di Pejabat Tanah dan Galian Johor anjuran bersama Puspanita Cawangan PTG Johor dan Kelab Kebajikan & Rekreasi PTG Johor.

Seminar ini dimulai dengan bacaan Al-Quran dan terjemahan serta Bacaan Doa. Seterusnya seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Halim bin Hasbullah, Pengarah Tanah dan Galian Johor.
Pada Slot Pertama, Perunding Motivasi & Kaunseling terkenal iaitu Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh telah memberi penerangan mengenai Kepentingan Penjagaan Kesihatan Diri (Fizikal, Mental & Spiritual) Menuju Pasca Persaraan.

Manakala pada Slot Kedua p**a, Naib Presiden Bank Muamalat iaitu Tuan Awang@Musran Tawil telah memberi penerangan mengenai Financial Freedom Menuju Pasca Persaraan. Ternyata ilmu yang diberi adalah sangat bermanfaat kepada semua pekerja di samping memberi idea untuk bebas dari belenggu hutang dan hidup bahagia ketika bersara.

18/09/2018

TERHAD 30 PESERTA SAHAJA

Bowling Karnival 2018 Anjuran PUSPANITA PTG JOHOR akan diadakan pada 27 September 2018.

Sebarang Pertanya Boleh menghubungi :

Puan Nur Ain Binti Paing
019-7338553

Photos from Puspanita  PTG Johor's post 18/09/2018

Awal Muharram atau dikenali sebagai Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam. Peristiwa hijrah merupakan sejarah Islam yang perlu diingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Tanggal 12 September 2018 , di Dewan Serbaguna, Tingkat 2 ,PTG Johor , Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat PTG Johor telah diadakan.

Antara aktiviti majlis tersebut ialah bacaan yasin dan solat hajat bersama-sama kakitangan PTG Johor.

Manakala ceramah disampaikan oleh Kadi Daerah Tangkak , As Sheikh Haji Mohd Nasri Bin Rahman. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor Tuan Haji Mohd Halim Bin Hasbullah bersama isteri Puan Hajjah Afrinah Binti Mohd Ikhsan selaku Pengerusi PUSPANITA PTG Johor.


12/09/2018

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1440h , yang berlangsung di Dewan Serbaguna PTG Johor . Sambutan Majlis ini dengan Usahasama PUSPANITA PTG Johor dengan Pejabat Tanah Dan Galian Johor Kelab serta kerjasama Kelab Kebajikan Dan Rekreasi PTG Johor.

Photos from Puspanita  PTG Johor's post 01/06/2018

Program 'Jom Kacau Bubur Lambuk' anjuran bersama Kelab Kebajikan Dan Rekreasi PTG Johor dan PUSPANITA Cawangan PTG Johor.
Tarikh : 27 Mei 2018 (Ahad)
Tempat : Unit Kuatkuasa PTG Johor

Photos from Puspanita  PTG Johor's post 22/04/2018

Sambutan Maulidur Rasul 1439Hijrah dan Majlis Menyantuni Anak-anak Yatim

Photos from Puspanita  PTG Johor's post 20/04/2018

Bengkel Kecantikan Dan Penjagaan Muka, 1 Mac 2018

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bangunan Dato Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Nusaja
Johor Bahru