UMNOJohorOfficial

Call Directions Website Contact the organization

UMNOJohorOfficial Laman Facebook Rasmi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (BPUNJ).

20/10/2026

Kira-kira 44,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Johor akan ditempatkan dalam dewan atau bilik berhawa dingin di sekolah serta dewan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya keadaan jerebu berterusan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, langkah alternatif tersebut bagi memastikan calon berkenaan dapat menduduki pemeriksaan SPM yang akan bermula 26 Oktober ini.

β€œJabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sedang mengenal pasti kemudahan yang sesuai untuk digunakan bagi pelaksanaan peperiksaan bermula minggu depan.



Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

20/10/2026

LANGSUNG: Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima | 20 Oktober 2026

19/10/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€

πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 πŠπ„π’π€π 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π’π„πŠπ“πŽπ‘ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 π€π†π‘πŽπŒπ€πŠπ€ππ€π

1. Kerajaan Negeri Johor memandang serius keadaan jerebu yang sedang melanda negeri ini, khususnya kesannya terhadap kelangsungan aktiviti pertanian dan agromakanan serta keselamatan dan kesihatan golongan petani, penternak, nelayan dan pengusaha industri asas tani.

2. Setakat ini, tiada laporan diterima oleh jabatan/agensi berkaitan daripada pengusaha sektor pertanian dan agromakanan berhubung sebarang impak jerebu terhadap aktiviti pengeluaran hasil pertanian di Negeri Johor.

3. Walau bagaimanapun, keadaan jerebu yang berpanjangan berpotensi memberi kesan kepada sektor tanaman, penternakan dan perikanan, khususnya dari aspek pertumbuhan tanaman, kesihatan ternakan serta kelancaran aktiviti pengeluaran dan operasi di lapangan.

4. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui jabatan/agensi berkaitan di bawah portfolio ini akan terus memantau perkembangan semasa serta mendapatkan maklum balas daripada pengusaha bagi mengenal pasti sebarang gangguan yang mungkin berlaku.

5. Dalam masa yang sama, semua petani, penternak, nelayan dan pengusaha agromakanan dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) serta mematuhi nasihat kesihatan dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

6. Aktiviti luar yang tidak mendesak juga disarankan supaya dikurangkan sekiranya kualiti udara berada pada tahap tidak sihat, dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja serta pengusaha.

7. Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, kekal komited memastikan kelangsungan sektor pertanian dan agromakanan negeri terus terpelihara, khususnya dalam menjamin kestabilan pengeluaran serta bekalan makanan kepada rakyat. Keutamaan Kerajaan Negeri adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan golongan pengusaha terus terpelihara, di samping memastikan aktiviti pengeluaran sektor pertanian negeri dapat diteruskan dengan baik.

19 OKTOBER 2026

-TAMAT-

19/10/2026
19/10/2026

LANGSUNG: Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima | 19 Oktober 2026

17/10/2026
17/10/2026
17/10/2026
15/10/2026

Address

Lot PTB 12642, Jalan Yahya Awal, Off Jalan Arifin
Johor Bahru
80100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNOJohorOfficial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMNOJohorOfficial:

Shortcuts

Share