04/10/2026
2 Oktober 2026 | Jumaat
Kumpulan PIJ Holdings, PIJ Ventures merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor (DOA Johor) atas kesudian menerima kunjung hormat daripada YB Datoβ Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan PIJ Holdings, pada Jumaat lalu.
Dalam pertemuan tersebut, PIJ Ventures Sdn. Bhd. (PIJV), sebagai anak syarikat kepada PIJ Holdings, turut berkesempatan membentangkan perkembangan, potensi serta inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan, khususnya dalam bidang pertanian dan agro makanan.
Sesi ini turut menjadi ruang bagi PIJV untuk mendapatkan pandangan, bimbingan serta sokongan daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor berkaitan perkara-perkara yang dapat membantu memperkukuh perancangan dan pelaksanaan inisiatif syarikat, di samping meneroka potensi kerjasama yang boleh dibangunkan bersama.
Perkongsian dan pandangan yang diberikan amat bermakna buat PIJV dan Kumpulan PIJ Holdings. Kami berharap hubungan serta kerjasama yang terjalin ini dapat diperkukuh dan dikembangkan secara berterusan, sekali gus membuka lebih banyak ruang untuk kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian di Negeri Johor.
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi langkah awal kepada sebuah hubungan strategik yang kukuh dan berpanjangan. π€π±
One Team. One Direction. One Purpose.