Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Share

Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Photos from Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor's post 03/06/2026

JOHOR BAHRU, 03 JUN 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor melalui Bahagian Keselamatan dan Pasport telah hadir ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 29 Mei 2026 bagi membantu satu kes urusan permohonan pasport seorang bayi warganegara Malaysia yang dilahirkan secara pramatang melalui pembedahan kecemasan pada 30 April 2026 pada usia kandungan 33 minggu 3 hari akibat komplikasi kelahiran awal. Sejak kelahiran, bayi tersebut telah dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSI Johor Bahru.

Sepanjang tempoh rawatan, bayi mengalami beberapa komplikasi kesihatan termasuk masalah pernafasan dan rawatan intensif yang memerlukan kepakaran dari luar negara amat diperlukan.

Tindakan turun padang ini menunjukkan bukti komitmen Kerajaan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" yang sentiasa cakna dalam memastikan tahap penyampaian perkhidmatan demi menjamin kesejahteraan pelanggan yang berurusan di Jabatan Imigresen Malaysia khususnya Negeri Johor.








©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor

Photos from Jabatan Imigresen Malaysia's post 03/06/2026
Photos from Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor's post 03/06/2026

JOHOR BAHRU, 03JUN 2026 – Pemindahan tahanan merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas dalam usaha untuk memastikan tiada lambakan tahanan yang telah selesai menjalani hukuman masih terus kekal tinggal di negara ini.

Sepanjang minggu terakhir bulan Mei 2026, Depot Imigresen Pekan Nenas telah melaksanakan pemindahan ke atas 136 orang tahanan dari pelbagai warganegara ke negara asal. Antara yang terlibat adalah 82 orang tahanan warganegara Myanmar, 40 orang tahanan warganegara Indonesia, 09 orang tahanan warganegara Pakistan, 03 orang tahanan warganegara Philipine dan 02 orang tahanan warganegara China. Kesemua tahanan telah dipindahkan ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 1 & KLIA 2, LTA Senai danTerminal Feri Stulang Laut.

Pembiayaan tiket sepenuhnya bagi setiap penghantaran pulang tahanan yang diterima adalah terdiri daripada simpanan peribadi tahanan, sumbangan ahli keluarga dan bagi kes-kes tertentu tiket penerbangan ke negara asal akan ditanggung oleh pihak kedutaan negara berkenaan.

Kesemua tahanan yang dihantar pulang ke negara asal ini telah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan dan tidak dibenarkan untuk memasuki semula ke negara ini atas apa jua tujuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Pemindahan tahanan merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas yang giat dilakukan secara berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dalam usaha untuk memastikan tiada lambakan tahanan yang telah selesai menjalani hukuman masih terus kekal tinggal di negara ini.

Segala urusan penghantaran pulang melibatkan tahanan seperti pembelian tiket dan sebagainya, boleh di lakukan di Kaunter Perkhidmatan yang disediakan di Depot Imigresen Pekan Nenas. Tiada sebarang ’caj perkhidmatan’ dikenakan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Unit Rekod dan Pemindahan DIPN ditalian 07-6993540 atau melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/tanya/create








©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor

Photos from Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan BSI's post 02/06/2026
01/06/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs Tuan Norfaizal bin Rahim, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Kawalan di atas penganugerahan Pingat Ahli Mangku Negara ( A.M.N) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.








© 2026 Unit Komunikasi Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor

01/06/2026

Kerajaan Johor terus komited memastikan proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan mesra rakyat khususnya melibatkan golongan warga emas, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) serta penerima yang lain yang berkeperluan khas.

Pelbagai langkah penambahbaikan dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan, maklum balas dan pengalaman penerima di lapangan bagi memastikan urusan semakan serta penyaluran bantuan dapat berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Ia secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap bantuan yang disalurkan mampu memberi manfaat kepada rakyat serta dapat diterima dengan lebih mudah, cepat dan teratur oleh Bangsa Johor.

Untuk semakan jadual, sila rujuk Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim, JKM Negeri Johor - JKMNJ dan Pejabat-Pejabat Daerah.

Onn Hafiz Ghazi







Photos from MEDIA DIGITAL JOHOR's post 01/06/2026
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Allah Peliharakan Sultan.








© 2026 Unit Komunikasi Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor

31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua rakyat Malaysia khususnya komuniti Dayak di Sarawak.

Semoga perayaan ini membawa kesejahteraan, kemakmuran serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk negara kita.

Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua. 🌾✨









© 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

http://www.imi.gov.my/images/alamat-cawangan/johor.pdf

Address


Blok 1, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00