21/04/2026
LAWATAN RASMI TIMBALAN PENGARAH KDNKA (KEPOLISAN AM/KRISIS BENCANA) JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM, BUKIT AMAN KE IPD JOHOR BAHRU SELATAN
Johor Bahru Selatan, 21 April 2026 – IPD Johor Bahru Selatan telah menerima Lawatan Rasmi YDH DCP Datuk M.V. Srikumar A/L Madhavan Nair, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am/Krisis Bencana), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke Balai Polis Sentral, IPD Johor Bahru Selatan.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH ACP Raub Bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan bersama barisan pegawai kanan, pegawai dan anggota.
Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar rasmi serta menandatangani buku lawatan.
Seterusnya, YDH Timbalan Pengarah KDNKA (KA/KB) telah dibawa melawat tapak Pejabat Operasi Rapid Response Team (RRT) Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Rapid Transit System (RTS) Link di Balai Polis Sentral.
Program diteruskan dengan sesi taklimat pengurusan RTS peringkat Johor oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, diikuti taklimat berkaitan operasi serta persiapan oleh pihak Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Johor dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Lawatan ini turut diserikan dengan ucapan amanat oleh YDH Timbalan Pengarah KDNKA (KA/KB) yang menekankan aspek kesiapsiagaan, kecekapan operasi serta komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap terbaik.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YDH SAC Shaiful Azmi @ Hussein Bin Omar, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Gerakan Am, KDNKA Bukit Aman; YDH SAC Muhd Zailani Bin Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPK Johor; YDH SUPT Mohd Kahar Bin Mantamin, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, IPK Johor; YDH SUPT Mohamad Ali Bin Awang, Timbalan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPK Johor; YDH SUPT Ng Swei Chait, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan; serta YDH SUPT Salehin Bin Suleiman, Pegawai Pemerintah Batalion 5 Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam Johor.
10/03/2026
PROGRAM SINGGAH SAHUR TIMBALAN KETUA POLIS JOHOR DI BALAI POLIS SENTRAL, IPD JOHOR BAHRU SELATAN
,10 Mac 2026 (Selasa)– Timbalan Ketua Polis Johor, YDH DCP Hoo Chuan Huat telah mengadakan lawatan sempena Program Singgah Sahur di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, bagi menyantuni anggota yang sedang bertugas pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, YDH ACP Raub Bin Selamat bersama pegawai kanan serta anggota yang bertugas di balai tersebut.
Dalam lawatan tersebut, YDH DCP Hoo Chuan Huat turut menyampaikan dan mengagihkan makanan sahur kepada anggota yang sedang menjalankan tugas sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Program Singgah Sahur ini merupakan salah satu inisiatif pihak kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyantuni serta memberi sokongan moral kepada anggota yang terus komited menjalankan tugas walaupun dalam bulan Ramadan.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus menyuntik semangat dan meningkatkan motivasi anggota yang bertugas, di samping mengeratkan hubungan antara kepimpinan dan anggota di peringkat pelaksana.
� � �
08/03/2026
"Kau diam la... aku tiada wang, kau ada pakai baju kau ada kuasa, aku tiada pakai baju (uniform polis), kau buka lah!,"
Apa sebenarnya punca sampai boleh meninggikan suara kepada anggota polis, apatah lagi di hadapan balai polis?
Adik-adik baru berumur 17-23 tahun, bila marah memang mudah hilang kawalan. Emosi datang lebih laju daripada fikiran.
Abam-abam polis boleh je mengambil tindakan undang-undang. Tetapi ramai yang masih bertimbang rasa kerana tahu masa depan adik-adik masih panjang.
Yang paling sedih sebenarnya bukan apa yang berlaku di balai… tetapi wajah ibu bapa yang menanggung sedih, malu dan risau apabila anak terlibat dalam masalah.
Tapi benda pun dah berlaku, sudah viral dan tindakan terpaksa di ambil. Jika di sabit kesalahan, Adik-adik ada rekod polis.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
1. Seksyen 90 Akta Polis 1967
Kesalahan:
Biasanya berkaitan ingkar arahan polis, menghalang tugas polis atau tidak mematuhi arahan yang sah semasa polis menjalankan tugas (contohnya arahan bersurai, kawalan keselamatan dan sebagainya).
Hukuman jika sabit kesalahan:
Denda sehingga RM500, atau
Penjara sehingga 6 bulan, atau
Kedua-duanya sekali
2. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955
Kesalahan:
Berkaitan kelakuan tidak senonoh / mengganggu ketenteraman awam seperti kata-kata kesat, perbuatan menghina, atau menyebabkan gangguan kepada orang ramai di tempat awam.
Hukuman jika sabit kesalahan:
Denda sehingga RM100, atau
Penjara sehingga 1 bulan, atau
Kedua-duanya sekali
3. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Kesalahan:
Menggunakan rangkaian komunikasi atau media sosial untuk:
menghantar kandungan lucah
palsu
mengancam
menyakitkan hati / menjengkelkan orang lain
Contohnya hantaran menghina, fitnah atau mesej mengganggu di internet.
Hukuman jika sabit kesalahan:
Denda sehingga RM50,000, atau
Penjara sehingga 1 tahun, atau
Kedua-duanya sekali
Tambahan:
Denda tambahan RM1,000 sehari jika kesalahan diteruskan selepas sabitan.
05/03/2026
SIARAN MEDIA : PENUTUPAN JALAN- JALAN slSEMPENA PERARAKAN CHINGAY 2026 DI SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU
27/02/2026
MITOS VS FAKTA: AWAS! JENAYAH TIDAK MENGENAL WAKTU, SENTIASA BERWASPADA DAN BERHATI-HATI
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://X.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/
#26022026
18/02/2026
PEMANTAUAN KEMPEN RUMAH SELAMAT DI KAWASAN PENTADBIRAN BALAI POLIS SENTRAL
Anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Sentral telah melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan ke atas kediaman yang ditinggalkan sepanjang musim perayaan dan cuti persekolahan di sekitar kawasan pentadbiran.
Pemantauan ini dijalankan secara berkala sebagai langkah pencegahan jenayah bagi memastikan rumah dan premis yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat serta terkawal. Rondaan akan diteruskan dari semasa ke semasa demi menjamin keselamatan komuniti setempat.
Sehubungan itu, orang ramai diseru agar sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dalam menjaga harta benda masing-masing serta memaklumkan sebarang aktiviti mencurigakan yang berlaku di kawasan kejiranan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Balai Polis Sentral di talian 📞 07-2232222.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
18/02/2026
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA BERCUTI
Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, orang ramai disarankan agar mengambil langkah-langkah yang dinyatakan bagi memastikan rumah anda selamat ketika keluar bercuti.
Laporkan juga melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi membolehkan pihak polis membuat rondaan dan pemeriksaan secara berkala.
📱 Muat turun aplikasi VSP melalui:
🔹 Google Play Store
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&pcampaignid=web_share
🔹 Apple App Store
https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol/id1118234031
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/
#14022026
17/02/2026
🧧✨SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2026✨🧧
Semoga perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan, keharmonian dan kesejahteraan bersama keluarga serta insan tersayang.
Semoga tahun yang baharu ini membawa keberkatan, kemakmuran dan kejayaan kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.
**Gong Xi Fa Cai.**
Ikhlas daripada,
ACP Raub Bin Selamat
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan
serta seluruh warga kerja
Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan