SMK Tasek Utara 2
Teguh Cemerlang Cekal Gemilang
Tasekku Maruah Suaka Setia
10/03/2026
Program Bubur Lambuk Peringkat
SMK Tasek Utara 2
Sesi Pengedaran Bubur Lambuk Peringkat Sekolah
Alhamdulillah, sesi pengedaran bubur lambuk peringkat sekolah kepada seluruh warga Tasekku telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan. Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan, malah mengeratkan lagi ukhuwah antara guru, staf dan para pelajar.
Semoga amalan berkongsi rezeki ini membawa keberkatan serta menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan warga SMK Tasek Utara 2. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. 🌙✨
https://vt.tiktok.com/ZSurx32cx/
TikTok · TVPSSTasekku Check out TVPSSTasekku’s video.
10/03/2026
Program Bubur Lambuk Peringkat Sekolah SMK Tasek Utara 2 Tahun 2026
Ramadan Vibes (Proses Bubur Lambuk)
https://vt.tiktok.com/ZSuMGm6Ax/
TikTok · TVPSSTasekku Check out TVPSSTasekku’s video.
09/03/2026
Ramadan Vibes
https://vt.tiktok.com/ZSuj3axVb/
Ramadan hadir membawa seribu rahmat, semoga setiap langkah warga sekolah kita dipenuhi keikhlasan beribadah, diperkukuh dengan nilai kasih sayang sesama insan, dan menjadi medan untuk kita mendidik hati agar lebih sabar, bersyukur serta sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. 🌙✨
TikTok · NE 🐝 Check out NE 🐝’s video.
30/01/2026
Majlis Seindah Kenangan Semanis Ikatan
Hari : Khamis
Tarikh : 29 Januari 2026
Anjuran : Kebirus 2026
Salam Perpisahan Tuan Pengetua, En Amirulhakim bin Mahfudz dan GKMP Bahasa, Puan Ainidah binti Abu Bakar.
Hari ini bukan sekadar sebuah perpisahan,
tetapi satu kenangan yang akan terus hidup dalam ingatan.
Terima kasih atas setiap ilmu yang dicurahkan,
setiap nasihat yang dititipkan,
dan setiap kesabaran yang tidak pernah berkira.
Walaupun langkah cikgu kini melangkah ke sekolah yang baharu,
jejak baktimu akan terus terpahat di sini.
Doa kami mengiringi setiap perjalanan,
semoga terus diberi kekuatan, kejayaan dan kebahagiaan
dalam meneruskan amanah sebagai pendidik yang hebat.
Selamat maju jaya, cikgu.
Perpisahan ini berat,
namun kenangan bersama cikgu akan kekal selamanya 🤍
12/01/2026
Pendaftaran Tingkatan 1, Peralihan dan PPKI bagi sesi 2026 💫
Hari : Sabtu
Tarikh : 10 Januari 2026
Tempat : Dataran SMK Tasek Utara 2
12/01/2026
Pelancaran Jom Kembali ke Sekolah Tasekku 2026 💫
Jom kembali ke sekolah dengan semangat baharu, azam baharu dan impian yang lebih tinggi.
04/12/2025
🔥 MISI MENCARI ROSSI 🔥
Program ini diadakan bagi mengenal pasti bakat baharu yang berpotensi mewakili DTC–JDT Johor Bahru.
Fokus utama adalah mencari pemain yang bukan sahaja menunjukkan kemahiran di padang, tetapi juga disiplin, karakter, dan kesungguhan yang konsisten.
Sesi ini terbuka kepada pemain kelahiran 2009 (U17) dan 2010 (U16) yang ingin mencuba peluang untuk berada dalam persekitaran latihan yang lebih kompetitif dan terarah.
📅 13 Disember 2025
⏰ 8:30 pagi
📍 Padang SMK Tasek Utara 2
Penyertaan anda adalah langkah pertama menuju pembangunan bola sepak yang lebih tersusun.
01/12/2025
Tahniah DTC Johor Bahru!
Pasukan DTC-JDT Johor Bahru U14 berjaya muncul JUARA Johor Bahru Soccer League (JBSL) 2025 selepas mempamerkan aksi cemerlang dan konsisten sepanjang kejohanan.
Kejayaan ini adalah hasil kerja keras para pemain, komitmen barisan jurulatih, serta sokongan padu ibu bapa dan penyokong.
Syabas diucapkan kepada seluruh warga DTC Johor Bahru.
Kita Juara. Kita Bangga. Kita Terus Melangkah! 🏆🔥⚽
01/12/2025
SM King Edward VII Taiping, Perak yang berada dalam rangka lawatan rasmi ke Johor telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan DTC-JDT Johor Bahru U14 dan U15 sebagai usaha untuk mengukuhkan hubungan persahabatan serta jalinan silaturahim antara dua sekolah pembangunan bola sepak terkemuka di negara ini.
Kunjungan hormat tersebut telah kami sambut dengan penuh mesra dan tangan terbuka, sekali gus menzahirkan semangat kerjasama serta sokongan berterusan dalam memajukan pembangunan bakat muda bola sepak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PLD LMS atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.
Semoga pasukan SM King Edward VII terus maju, berjaya dan cemerlang dalam segala usaha serta pencapaian pada masa hadapan. Semoga hubungan baik antara kedua-dua pihak terus berpanjangan dan memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak negara.
27/11/2025
📣 HEBAHAN PEMILIHAN PEMAIN DTC JOHOR BAHRU U13 & U14
“Misi Mencari Q”
DTC Johor Bahru akan mengadakan Sesi Pemilihan Pemain bagi kategori Bawah 13 & 14 Tahun. Pemain yang lahir tahun 2012 dan 2013 dijemput hadir untuk menunjukkan skil, disiplin dan potensi bagi menyertai skuad pembangunan DTC Johor Bahru.
📅 Tarikh: 7 Disember 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – Selesai
📍 Lokasi: Padang SMK Tasek Utara 2
Kriteria Pemilihan:
• Lahir tahun 2012 & 2013
• Pernah mewakili sekolah di peringkat tinggi (contoh: MSSD) adalah satu kelebihan
• Sedang/pernah bermain atau berdaftar dengan kelab swasta digalakkan hadir
Peringatan:
• Kawasan larangan merokok
• Kebersihan perlu dijaga
• Ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam kawasan padang & bench
Mohon hadir awal dan bersedia sepenuhnya. Semoga berjaya!
25/11/2025
Selamat menduduki SPM kepada semua calon!
Semoga dipermudahkan urusan, dilapangkan hati dan diberi ketenangan sepanjang menjawab.
Buat yang terbaik, masa depan sedang menunggu kalian! 🌟📘
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
Jalan Taruka
Johor Bahru
80350
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |
