AADK JOHOR

Call Directions Website Contact the organization

AADK JOHOR Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Johor
Blok 5, Kompleks KDN,
Taman Setia Tropika,
81200 Kempas, Johor Bahru
Johor

Tel : 07-237 3616
Faks : 07-237 3617

🧭 Membimbing yang tersesat mencari jalan pulang
🌊 Menyelamatkan anak bangsa daripada hanyut di lautan dadah

πŸ›‘ CEGAH | πŸ’Š RAWAT | ♻️ PULIH

πŸš«πŸ’‰ DADAH MUSUH NEGARA

πŸ“ž Hubungi Talian Hotline AADK
☎️ 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± 019-626 2233

23/10/2026
PROGRAM AMANAT PENGARAH AADK NEGERI JOHOR SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 03/2026 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT...
23/10/2026

PROGRAM AMANAT PENGARAH AADK NEGERI JOHOR SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 03/2026 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT AADK NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 23 OKTOBER 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor telah mengadakan Program Amanat Pengarah AADK Negeri Johor sempena Perhimpunan Bulanan AADK Negeri Johor Bil. 03/2026 dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat AADK Negeri Johor bertempat di Dewan Seri, Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru.

Program ini bertujuan memperkukuh kesatuan, integriti, motivasi dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja AADK Negeri Johor, di samping meningkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai murni yang dicontohi daripada keperibadian Rasulullah SAW dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.

Dalam amanatnya, Pengarah AADK Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Faisal bin Maksom, menyampaikan hala tuju serta panduan kepada seluruh warga kerja agar sentiasa melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan rasa tanggungjawab. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan meningkatkan komitmen, memperkukuh ukhuwah serta mengekalkan semangat kerja berpasukan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Program turut diisi dengan taklimat Peranan dan Fungsi Rumah Pesona Johor (RPJ) yang disampaikan oleh Encik Muhammad Fauzan bin Miswadi, Pengurus Rumah Pesona Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, serta ceramah Maulidur Rasul bertemakan penghayatan perjuangan Rasulullah SAW yang disampaikan oleh Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, memperkukuh nilai-nilai kerohanian serta menyuntik semangat baharu kepada warga kerja AADK Negeri Johor untuk terus memberikan komitmen terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab membanteras penyalahgunaan dadah dan membantu pemulihan individu yang terlibat.

AADK Negeri Johor komited untuk terus memperkukuh integriti, kebersamaan dan profesionalisme warga kerja demi merealisasikan aspirasi negara ke arah masyarakat yang sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“’ Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

πŸ“ž Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

πŸ‘ LIKE | πŸ’¬ COMMENT | πŸ”„ SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





23/10/2026
23/10/2026

PERHATIAN IBU BAPA, PENCEGAHAN BERMULA DENGAN PENGETAHUAN

πŸ’š Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak daripada risiko penyalahgunaan dadah. Perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang berterusan mampu membantu membentuk peribadi anak-anak serta mendorong mereka membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.

πŸ’š Antara langkah yang boleh diambil ialah meluangkan masa untuk mendengar luahan anak secara aktif, menetapkan batas dan peraturan yang jelas serta menunjukkan kasih sayang secara konsisten. Ibu bapa juga perlu peka terhadap perubahan tingkah laku dan persekitaran pergaulan anak-anak.

πŸ’š Selain itu, ibu bapa disaran mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pihak yang sepatutnya sekiranya berdepan situasi yang memerlukan perhatian lanjut.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






23/10/2026

"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.”
- Surah Az-Zumar, ayat 53

Setiap insan mempunyai kisah silam dan pernah melakukan kesilapan. Namun, masa lalu bukanlah penentu masa depan. Selagi masih ada kemahuan untuk berubah, sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri dan membina kehidupan yang lebih baik.

Jangan biarkan kesilapan semalam memadamkan harapan hari ini. Bangkitlah, teruskan langkah dan berusahalah menjadi insan yang lebih baik. Perjalanan perubahan mungkin tidak mudah, tetapi setiap usaha yang dilakukan dengan kesungguhan adalah langkah menuju masa depan yang lebih bermakna.

AADK sentiasa komited membuka ruang dan memberi sokongan kepada individu yang ingin berubah, pulih dan kembali menjalani kehidupan yang sihat serta sejahtera.

Ingatlah, anda bukan ditentukan oleh masa lalu, tetapi oleh keberanian untuk berubah hari ini. Jangan berputus asa. Teruskan melangkah!

SUKAN AADK JDT 2026 MERIAHKAN SEMANGAT KESUKANAN DAN KEKELUARGAAN AADK JOHORKOTA TINGGI, 22 OKTOBER 2026 – Program Sukan...
22/10/2026

SUKAN AADK JDT 2026 MERIAHKAN SEMANGAT KESUKANAN DAN KEKELUARGAAN AADK JOHOR

KOTA TINGGI, 22 OKTOBER 2026 – Program Sukan AADK JDT 2026 telah berlangsung dengan meriah di Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, melibatkan penyertaan seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta klien AADK yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan, sama ada di dalam institusi mahupun dalam komuniti.

Program ini dianjurkan oleh PUSPEN Kota Tinggi dengan kerjasama AADK Negeri Johor dan PUSPEN Muar sebagai platform untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja dan klien AADK.

Sebanyak empat kategori sukan telah dipertandingkan, iaitu acara balapan, bola sepak, badminton dan ping pong. Bagi acara balapan, peserta berentap dalam acara 100 meter lelaki dan wanita, 200 meter, 800 meter, 1,500 meter serta lari berganti-ganti 4 x 100 meter.

Penganjuran program ini bukan sekadar medan untuk menguji keupayaan fizikal dan ketangkasan peserta, malah menjadi ruang untuk menerapkan nilai disiplin, kerjasama berpasukan, daya tahan mental serta semangat juang yang tinggi. Penglibatan klien dalam aktiviti sukan turut menyokong usaha pemulihan melalui pendekatan gaya hidup sihat, positif dan produktif.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Faisal bin Maksom, Pengarah AADK Negeri Johor, yang turut memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh program kesukanan sebagai salah satu medium dalam membina semangat kebersamaan serta menyokong proses pemulihan klien AADK.

Semoga penganjuran Sukan AADK JDT 2026 terus menjadi pemangkin kepada pembentukan warga AADK dan klien yang sihat, berdaya saing, berdisiplin serta sentiasa bersemangat untuk mencapai kehidupan yang lebih baikπŸ•ŠοΈ

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



22/10/2026

Pernah terfikir tak kenapa ada orang kalau bercakap sejuk je telinga mendengar, tapi ada yang sekali cakap terus terasa sampai ke hati?

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, seorang ulama dan cendekiawan Islam terkemuka, pernah berpesan bahawa "Lidah seseorang dapat menggambarkan bagaimanakah hatinya."

Jika hati seseorang penuh dengan kasih sayang dan empati, maka yang keluar dari mulutnya adalah doa serta kata-kata yang membina. Namun, jika hatinya dibelenggu emosi negatif, yang keluar hanyalah celaan dan sindiran.

Dalam usaha kita membina persekitaran yang sihat dan bebas daripada pengaruh negatif, kesedaran ini sangat penting. Jom kita sama-sama refleksi diri dengan apa yang sering kita bicarakan. Kerana di situlah letaknya kualiti hati dan jati diri kita yang sebenar! ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



❀️ KELUARGA, SUMBER KEKUATAN SEPANJANG HIDUPDi sebalik senyuman seorang anak, ada kasih sayang yang menjadi kekuatan. Di...
22/10/2026

❀️ KELUARGA, SUMBER KEKUATAN SEPANJANG HIDUP

Di sebalik senyuman seorang anak, ada kasih sayang yang menjadi kekuatan. Di sebalik permainan kecil dan gelak tawa mereka, tersimpan kenangan indah yang membentuk jiwa dan masa depan.

Anak-anak tidak memerlukan keluarga yang sempurna, tetapi mereka memerlukan keluarga yang sentiasa ada, sudi mendengar, memahami dan memberikan kasih sayang tanpa syarat. Luangkan masa bersama mereka, raikan dunia kecil mereka dan jadilah tempat paling selamat untuk mereka bercerita.

Kerana pencegahan dadah bermula dari rumah. Keluarga yang penyayang, komunikasi yang baik dan perhatian yang berterusan mampu menjadi benteng dalam melindungi anak-anak daripada pengaruh negatif.

πŸ’™ Sayangi keluarga, lindungi anak-anak. Bina masa depan yang sihat, bahagia dan bebas dadah.

Kerana setiap anak berhak membesar dalam persekitaran yang penuh kasih sayang, harapan dan peluang untuk berjaya.

AADK JOHOR
Rugi Kalau Terjebak.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“’ Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

πŸ“ž Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

πŸ‘ LIKE | πŸ’¬ COMMENT | πŸ”„ SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





22/10/2026
22/10/2026

JANGAN LEPASKAN! KENALI PROGRAM TVET DI AADK BERSAMA RADIO KLASIK RTM

Ayuh ikuti perkongsian menarik mengenai β€œPROGRAM TVET DI AADK” menerusi Radio Klasik RTM bersama Puan Clarice Francis, Penolong Pengarah (Kerjaya dan Vokasional), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Perkongsian ini akan mengetengahkan peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memperkasakan kemahiran, meningkatkan potensi diri serta membuka peluang kepada klien AADK untuk membina kehidupan yang lebih produktif dan berdikari.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AADK dalam memperkukuh aspek rawatan dan pemulihan melalui pembangunan kemahiran sebagai persediaan kepada klien untuk kembali berfungsi dalam masyarakat.

πŸ“… Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
πŸ•₯ Masa: 10.45 pagi
πŸ“» Siaran: Radio Klasik RTM

Dengarkan menerusi:
🌐 radioklasik.rtm.gov.my
🌐 rtmklik.rtm.gov.my

Jangan lupa dengarkan perkongsian ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pelaksanaan Program TVET di AADK!

Address

Blok 5, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Johor Bahru, Setia Tropika, Kempas
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

072373616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK JOHOR:

Shortcuts

Share