15/05/2026
πππππππ ππππ πππππ ππππππ ππππ
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh belia di Malaysia.
Belia merupakan aset penting negara yang menjadi pencetus idea, penggerak inovasi dan peneraju masa depan. Generasi muda hari ini memainkan peranan besar dalam mencorakkan pembangunan negara yang progresif dan berdaya tahan.
Terus mengorak langkah demi memperkasa potensi diri, memperkukuh perpaduan dan membina Malaysia yang lebih maju, inklusif serta sejahtera.
βMenggerak Belia MADANIβ
14/05/2026
ππππ ππππ ππππππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππππ ππππππ ππππ ππππππ
Sebanyak RM90 juta pembiayaan telah diluluskan menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DANANITA) oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi memperluas penyertaan usahawan wanita luar bandar serta memperkukuh kapasiti perniagaan mereka merentasi pelbagai sektor ekonomi.
Selaras dengan agenda Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, pelbagai inisiatif terus diperkasa menerusi MARA bagi meningkatkan daya saing usahawan wanita luar bandar, memperkasa ekonomi komuniti luar bandar serta menyokong peningkatan pendapatan isi rumah secara mampan dan inklusif.
Tonton video penuh: https://www.facebook.com/share/v/1CbHtJKPYH/
13/05/2026
12 Mei 2026 (Selasa) - Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Pengarah KKDW Negeri Johor telah diadakan bagi membincangkan status semasa dan isu yang berbangkit di peringkat perancangan. Mesyuarat ini melibatkan Jabatan dan Agensi Persekutuan serta Negeri termasuk Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) dalam mengenal pasti langkah intervensi dan cadangan penambahbaikan agar projek BALB di Negeri Johor dapat disegerakan pelaksanaanya.
07/05/2026
Kerajaan prihatin kepada cabaran semasa yang dihadapi oleh pesawah berikutan kenaikan kos bahan api serta input pertanian susulan krisis tenaga global.
Antara usaha Kerajaan bagi membantu para pesawah:
πΎ Bayaran pendahuluan RM200 sehektar iaitu sebahagian daripada kadar Bantuan Khas Insentif Pembajakan kepada hampir 240,000 orang pesawah
βοΈ Ikhtiar pembenihan awan di kawasan kritikal yang akan dilaksanakan oleh TUDM dan BOMBA
π Seperti ditegaskan oleh YAB Datoβ Seri Anwar bin Ibrahim, setiap langkah diambil adalah bagi melindungi rakyat dan menjamin keterjaminan makanan negara.
Sumber:
07/05/2026
ππππ πππππ πππππ ππππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππππ πππππππππππ ππππ ππππππ
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, KKDW berjaya merekodkan penjimatan sekurang-kurangnya RM250 juta yang tidak melibatkan dana projek pembangunan luar bandar, namun penjimatan tersebut hasil daripada langkah pelarasan perbelanjaan termasuk penyusunan semula program yang lebih efisien.
Hasil penjimatan tersebut akan dikembalikan kepada Kementerian Kewangan (M*F) bagi menyokong keperluan subsidi bahan api negara kepada rakyat. KKDW akan terus memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan secara optimum dan memberi nilai pulangan kepada rakyat melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
Berita penuh klik: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1541750/pemotongan-belanja-operasi-kerajaan-program-bantuan-pembangunan
04/05/2026
πππππππ & πππππππ ππππππ ππππ. ππππ' πππ πππππππ πππππ ππππ' πππππ
Tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menerajui kepimpinan kementerian ke arah memperkukuh pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
KKDW komited untuk terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YBhg. Dato' Sri dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.
Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi serta
Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
04/05/2026
29 April 2026 (Rabu) - Pejabat KKDW Negeri Johor sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani, Ahli Dewan Negeri Gambir. Kunjungan beliau telah disambut oleh Pengarah KKDW Negeri Johor, Puan Amy Lydia binti Adnan. Pertemuan berkenaan telah berlangsung dalam suasana penuh muhibah dan perbincangan yang konstruktif.
Pihak KKDW Negeri Johor amat menghargai perkongsian tersebut dan menyambut baik segala pandangan yang dikemukakan demi memastikan agenda pembangunan luar bandar terus diperkasa, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Semoga jalinan kerjasama dan pertukaran pandangan seperti ini dapat terus memperkukuh usaha kita dalam memajukan kawasan luar bandar dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
03/05/2026
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami warga Pejabat KKDW Negeri Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan pengorbanan Datuk sepanjang menerajui perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha KKDW. Kami juga memohon maaf seandainya ada kekurangan, salah tutur dan tingkah sesungguhnya ianya atas kelemahan kami sendiri.
Segala tunjuk ajar, ketegasan serta kebijaksanaan Datuk akan sentiasa menjadi pedoman buat kami dalam meneruskan amanah kepada rakyat.
Di kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan Selamat Bersara buat Datuk dan Selamat Ulangtahun Kelahiran pada 3 Mei. Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi dengan ketenangan, kebahagiaan serta masa yang lebih bermakna bersama keluarga tercinta.
Terima kasih Datuk, dan semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.
Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Pejabat KKDW Negeri Johor