Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kempas
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kempas, Political organisation, 38, Jalan Kempas Utama 3/3, Taman Kempas Utama, Johor Bahru.
10/06/2019
03/05/2019
TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH KEPADA TEAM PUTRA KEMPAS N47
Majlis meraikan kemenangan Team Putera Kempas N47 yang memenangi dan menjadi JUARA dalam perlawanan akhir bolasepak Piala Liga Bangsa Johor petang tadi.
Kemenangan kali pertama pasukan Team Putera Kempas N47 menjadi JUARA adalah hasil usaha gigih berpasukan dan sokongan Dun Kempas.
Kejayaan anak-anak muda Team Putera Kempas N47 ini telah berjaya menonjolkan imej baru bagi Adun Kempas N47 dalam sukan bola sepak dan dirasakan mampu bersaing diperingkat lebih tinggi lagi. Tahniah dan syabas.
28/04/2019
Program Sentuhan Kasih kesedaran Autisme 2019 (SEKKA '19) pagi tadi diSetia Tropika Town Park anjuran Persatuan UMI dengan kerjasama Dun telah diresmikan YB Dato Hj Osman Bin Hj Sapian Adun Kempas N47.
Program berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ramai pelajar- pelajar dari sekolah sindrom bersama ibubapa mereka.
19/04/2019
Keperihatinan Dun Kempas terhadap penduduk. Bersama Tok Ketua Kampong ke PPR blok C bagi membantu menyelesaikan masalah keluarga yang mengalami kesusahan.
16/04/2019
Majlis penyerahan cek tuntutan insuran kematian kepada waris diTaman Seroja, Dun Kempas yang disempurnakan oleh YB Aminol Huda pada 16/4/2019.
14/04/2019
Jutaan terima kasih kepada YB Dato Haji Osman Bin Haji Sapian diatas sumbangan terbaik dalam masa yang singkat dapat melaksanakan janji di tepati untuk rakyat Johor. Antara jasa dan sumbangsih Dato Haji Osman Haji Sapian ketika menerajui pentadbiran negeri Johor
1. Melaksanakan 10 janji 100 hari Pakatan Harapan Johor dan meneruskan inisiatif tersebut.
2. Merangka pelan pembangunan jangka panjang untuk Johor (Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030)
3. Melupuskan hutang lapuk Kerajaan Negeri kepada Persekutuan sebanyak RM 187 juta atau 57 peratus daripada jumlah keseluruhan.
4. Menyelesaikan masalah kekurangan air sejak 60 tahun lalu dengan membina telaga tiub air di gugusan Felda Lok Heng
5. Mengurangkan premium tanah daripada RM3 kepada RM1 untuk penduduk Felda.
6. Meningkatkan elaun Ketua Kampung kepada RM 900 dan pemberian laptop untuk kemudahan ketua kampung
7. Melaksana kajian mengurangkan kesesakan di Tambak Johor
8. Menggerakkan inisiatif untuk tidak lagi bergantung kepada Singapura dalam mendapatkan air terawat
9. Insentif Harapan Siswa - Menambah Kadar Bantuan Kemasukan IPTA/IPTS peringkat Ijazah daripada RM750 kepada RM1000
10. Mereformasi sektor perumahan Johor dalam usaha menyediakan 100,000 unit rumah mampu biaya (RMB) menjelang 2023
11. Memperluaskan lagi kawasan Pembangunan Iskandar Malaysia ke daerah Kota Tinggi, Kluang dan Pontian bertepatan dengan misi mengambalikan Malaysia sebagai *”Asian Tiger”*.
12. Menjenamakan Unit Strategik Modal Insan Johor dengan mengadakan program Insan Johor 2019 sekali gus mengupayakan pendapatan kumpulan sasaran iaitu golongan B40 daripadan kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), Komuniti Orang Asli, Belia dan Ibu Tunggal.
Kepulangan YB Dato sentiasa amat dinantikan warga Dun Kempas untuk terus menabur bakti berkhidmat untuk rakyat Johor sebagai Adun Kempas
14/04/2019
TAHNIAH YAB Dr Sahruddin Bin Jamal di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Johor yang ke 17. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pentadbiran YAB dan dapat memperkukuhkan lagi parti BERSATU Negeri Johor hendaknya. Kami di Dun Kempas menyokong penuh kepimpinan YAB Dr Sahruddin.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
38, Jalan Kempas Utama 3/3, Taman Kempas Utama
Johor Bahru
81200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
