Macamana untuk Membuka Pejabat Pos Mini?
http://www.majalah.com/?classified:macamana-untuk-membuka-pejabat-pos-mini:12728-FRM-4
Peluang Perniagaan & Pengiklanan
Kepada kawan2 yg mempunyai peluang perniagaan boleh war warkan disini untuk kita sama2 mendapat memberi peluang kepada org yg memerlukan...Insyaallah..
Peluang Perniagaan Emas bg mereka yg berminat...Dengan Hanya bermodalkan 1k anda mampu menjadi seorang pengedar emas....
Petua Motivasi kerja - Mulakan dengan ceria!
Marilah kita bersama-sama menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & saudara/i sekalian :
“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.”
Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.
Mari kita renung-renungkan perkara ini ;
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya s**a MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
Adakala kita s**a bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang s**ar itu yang kita pilih..saper suruh.
Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya
“Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
13/10/2011
Bebaskan diri anda dari hutang...
9 karakter orang yang bebas hutang Pada kebiasaannya, orang yang bebas hutang adalah seorang yang bersistematik. Mereka peka terhadap aliran wang masuk dan keluar didalam kehidupan mereka
13/10/2011
Pinjaman ASB | Memanipulasikan Pinjaman ASB | Bisnes Internet & Pengurusan Kewangan | Blog En Dlie - Cara memanipulasikan pinjaman ASB untuk melangsaikan hutang pinjaman ASB dengan segera!
13/10/2011
Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI
Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.
Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.
Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.
1. Hindari Mencari-Cari Alasan
Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll
Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.
2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.
Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.
3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.
4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.
Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
~tips2~
link:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1487.0
Membina Motivasi Diri Membina Motivasi Diri
10/10/2011
Wholesalers, Distributors & Business Opportunities in Malaysia Web Hostings in Malaysia IT Department, DPMM Putrajaya No 8B, Tingkat 2, Jalan P9G/7, Presint 9, 62250 Putrajaya, Malaysia.www.dpmmptj.net
09/10/2011
Anda ada masa jomlah kita baca link ini untuk menambah pengetahuan perniagaan...
http://usahawanmalaysia.com/bisnes-online-bagaimana-nak-mula
Bisnes Online: Apa dan Bagaimana Nak Mula | Usahawan Malaysia Bisnes online mempunyai banyak kelebihan terutama bagi sesiapa yg baru nak mula berniaga dan tak punya modal yg besar.
Fikir sesaat menyelesaikan semua perkara
Memang tidak dinafikan manusia ni ada kekuatan dari sudut kebolehan berfikir. Tapi masih ramai yang tidak mahu guna daya fikir mereka masing-masing untuk menyelesaikan persoalan. Malah ramai yang guna otak untuk membuat masalah berbanding menyelesaikannya.
Sebenarnya pada pandangan aku, daya fikir ini boleh mengelakkan krisis dalam masyarakat. Dari sekecik-kecik benda hingga ke benda yang paling besar boleh dibendung. Sedih sungguh bila tengok masyarakat yang tidak guna akal sewajarnya sehingga memunculkan berbagai-bagai kekacauan dan ketidaktenteraman.
Aku ni jenih yang s**a perati jugak la kiranya. Satu hal bab yang kena fikir ni ialah fikir dulu sebelum cakap... Bab ni memang masyarakat kita kureng beri penekanan. Nak cakap main lepas je. Lepas je cakap baru nak ucap 'astaghfirullah al-Azim... dah terlebih pulak'. Kalau dah insaf tu kira okey la. Tapi dua tiga minit lepas tu dia buat pulak. Ada juga yang tak sedar langsung yang kata-kata dia tu menyinggung perasaan. Bila dah tengok kawan nampak lain macam, mula la nak tambah kata kawan ni sensitif la haper la... ingat la manusia ni ada perasaan. Kalau kita tak mau dianiaya jangan la menaniaya orang lain kerana orang lain juga tak mau dianiaya sama macam kita tak mau dianiaya oleh orang... ha... faham ke tak tau lah... harap korang guna la daya fikir untuk fikir.
Orang yang terdesak pun begitu... saje je buat-buat didesak masalah sendiri. Kalau kita nak menyelesaikan masalah pun jangan pulak buat masalah pada orang lain. Ini zalim namanya. Ada ke sebab nak dapat duit dia pegi curi duit orang lain, ragut beg pompuan, merompak pejabat post, culik dan jual anak yang masih kecil... you ingat tu anak ayam ke... anak ayam pun berdosa tau you buat macam tu. Korang ingat perasaan mak ayah dia tu boleh dimain-main macam tu ke? Perasaan adalah harta yang mahal. Orang kaya ialah orang yang dalam suasana tenang dan damai. Orang sanggup beli kedamaian dengan harga yang paling mahal. Kalau tak masakan ada yang mengabihkan duit juta-juta pergi melancong untuk cari ketenangan. Kat opis ni pun dah ramai kawan-kawan yang merancang nak pegi Langkawi la, Sabah la... sebab dah nak dapat 20 persent kannnn!
Begitu la juga harapannya pada pemikir-pemikir dan perancang-perancang peringkat professional. Guna la daya fikir you all tu untuk membina ummah. Bukan semata-mata nak kaut keuntungan. Biar ada win-win la. You all ni la yang banyak membantu sebenarnya. Fikir macam mana nak majukan negara. Buat dasar tu, dasar ni... untuk diikuti oleh orang ramai. Yang dah berjaya tu dah okey... yang kurang berjaya atau tak berjaya langsung hingga ada kerugian harta dan nyawa baik patah balik cari fikir jalan lain. Jangan nak tunjuk terer dengan akal lemah kamu tu. Walaupun akal ada kekuatan, namun ada kekurangan. Akal mesti tunduk pada wahyu. Jika ada kemalangan antara akal dan wahyu maka perlu segera diselamatkan. Jangan tunggu hukuman Tuhan datang baru nak menyesal.
Apa guna melirik mata
sedang bibir masam mencuka
apa guna berkata nista
sedang orang semua tak s**a
Baik budi baik bahasa
jadi gilaan bakal mertua
badan tidak akan binasa
jika fikir sebelum berkata
Info... Perniagaan dan Undang2
http://www.pekanrabu.com/zubir/syarikat.html
Siri info IT - Perniagaan dan Undang-Undang Perniagaan dan Undang Undang
09/10/2011
Ingin LETOPKAN bisnes anda dengan PELAWAT yang ramai tanpa henti?? Jimat KOS PENGIKLANAN anda..!!
www.PakarPromosi.com
Pakar Promosi - Teknik Percuma Pelawat Bertubi-tubi Mungkin anda sudah memiliki produk sendiri untuk dipasarkan atau anda telah sertai banyak perniagaan internet dan masih belum berjaya kerana masalah "promosi". Mungkin juga anda masih baru dalam industri perniagaan internet dan terpaksa bersaing dengan yang lebih 'senior' atau 'otai' untuk buat mark...
09/10/2011
Ketahui rahsia kandungan E-Book “Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi “ yang mampu membantu anda untuk menjana WANG daripda Internet. Jimat ! memang Jimat…Cuma RM40.00 bagi satu E-Book yang sarat dengan teknik-teknik baru dan mudah. Dijamin TERBAEK ! dari IK tuh!
Mungkin anda tidak yakin untuk berniaga onlinekan…jangan risau… sebelum anda mula, dapatkan tunjuk ajar dari sifu jutawan kita !!!!
dapatkan e-book Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi
pelaburan kecil RM40.00 ini, adalah teramat kecil dengan ilmu-ilmu yang didedahkan oleh mentor-mentor jutawan ini yang dengan mudahnya adalah beribu kali ganda nilainya.
http://www.irfankhairi.com/mentor
Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam ...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
All
Johor Bahru
81000
