19/04/2026
Selamat Datang ke SK Seri Kenanga Cikgu Mahzatul Shima binti Hamdan.
Beliau akan memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Kenanga bermula 15 April 2026.
Tahniah dan terus maju untuk anak didik kita, cikgu.
15/04/2026
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA, CIKGU SALMAH.
Kami bakal merindui Cikgu Salmah yang telah dilantik sebagai GPK Kokurikulum SK Kompleks Uda, Johor Bahru.
Terima kasih atas segala jasa dan kenangan indah di sini. Kami doakan yang terbaik buat cikgu di tempat baharu.
Tahniah Cikgu Salmah. Teruskan kecemerlangan cikgu! ❤️
14/04/2026
Majlis Perasmian Dewan Baharu SK Seri Kenanga Johor Bahru dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-43 Tahun 2026 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung pada hari Sabtu, 11 April 2026.
Perasmian oleh YBhg Dato' Haji Abd Rashid bin Kasman (Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru) Wakil Rasmi kepada Datuk Ramlee Bohani (Setiausaha Politik Menteri Besar Johor merangkap ADUN Kawasan Kempas)
Terima kasih atas kesudian tuan dalam majlis gilang-gemilang ini.
Pelbagai input dapat dibincangkan semasa Mesyuarat PIBG dan semoga segala perancangan dapat kita laksanakan dari masa ke masa.
Tahniah buat semua AJK PIBG yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh tawaduk dan diberikan keberkatan.
Tidak lupa jutaan terima kasih atas komitmen ibu bapa dan penjaga yang hadir demi memeriahkan majlis dan sebagai tanggungjawab demi anak-anak kita.
11/04/2026
Perasmian Dewan Baharu SK Seri Kenanga dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 Tahun 2026.
08/04/2026
Selamat datang buat Puan Aza Abeha binti Adam sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran berkuatkuasa 6 April 2026.
Tahniah! 🌟
08/04/2026
Tahniah kepada Puan Nurulakmal binti Ab Aziz atas kenaikan pangkat sebagai guru besar di SK Skudai Baru 2 berkuatkuasa 6 April 2026.
Kami doakan agar puan kekal cemerlang di tempat baharu. Tahniah!
FL
10/03/2026
CUTI TAMBAHAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026.
Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah-sekolah dalam Kump**an A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis), manakala sekolah-sekolah dalam Kump**an B p**a diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat).
Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi.
Tahun Ini, Tahun Kita
05/03/2026
5 MAC 2026
KHAMIS
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Menara Optometry Taman Universiti
atas kesudian memilih SK Seri Kenanga bagi menjayakan Program Sumbangan Kasih Ramadan 2026.
Keprihatinan dan sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam menceriakan serta membantu murid-murid yang memerlukan.
Semoga segala kebaikan ini diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
04/03/2026
Tahniah Puan Aini Rabiatul Adawiyah binti Nasir.
Semoga terus maju!
-FL
03/03/2026
NOTIS MAKLUMAN!
GANGGUAN TEKNIKAL SISTEM E-PRASEKOLAH
Dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM Sesi 2027 sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut:
📞 03-88843578
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI
Tahun Ini, Tahun Kita
02/03/2026
𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲 𝗣𝗿𝗮𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗞𝗣𝗠) 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟳
📅TARIKH PERMOHONAN
Secara Dalam Talian : 2 Mac - 31 Mei 2026
💻 https://eprasekolah.moe.gov.my
✅SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 sahaja yang layak untuk memohon.
Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/
Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/
TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my