Pemuda Pas Kawasan Pulai

Directions Contact the organization

Pemuda Pas Kawasan Pulai Laman Rasmi Facebook Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai.

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PULAI9 Oktober 2026ISU ROHINGYA GUNA PASPORT BANGLADESH: KDN PERLU BERI PENJELAS...
09/10/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PULAI
9 Oktober 2026

ISU ROHINGYA GUNA PASPORT BANGLADESH: KDN PERLU BERI PENJELASAN!

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai memandang serius pendedahan menerusi video Isa Isarb di Cox’s Bazar, Bangladesh, baru-baru ini.

Dalam video tersebut, seorang individu Rohingya mendakwa pernah berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah, namun kemudiannya berjaya memperoleh pasport Bangladesh dan kembali ke negara berkenaan.

Pendedahan ini menimbulkan empat persoalan besar:

1. Bagaimana pasport diperoleh? Adakah identiti dan kewarganegaraan individu tersebut disahkan dengan sewajarnya?
2. Bagaimana beliau keluar dari Malaysia? Adakah semua prosedur imigresen telah dipatuhi?
3. Sejauh mana keberkesanan kawalan sempadan? Mampukah sistem imigresen mengesan individu yang menggunakan identiti atau dokumen perjalanan berbeza?
4. Adakah kes ini terpencil? Atau wujud kemungkinan penyalahgunaan identiti yang lebih meluas dan belum dikesan?

Kami menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia supaya:

βœ… Menyiasat segera dakwaan dalam video tersebut.

βœ… Mengaudit keberkesanan sistem pengesahan identiti dan kawalan sempadan.

βœ… Memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa Bangladesh.

βœ… Memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat.

Kami menghormati hak kemanusiaan golongan pelarian. Namun, aspek kemanusiaan tidak boleh mengatasi kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara.

Dakwaan ini perlu disahkan melalui siasatan yang telus, bukannya dijadikan asas untuk menghukum keseluruhan komuniti Rohingya.

Keselamatan sempadan adalah soal kedaulatan negara. Jangan tunggu sehingga berlaku ketirisan yang lebih serius sebelum bertindak!

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PULAI

RIADAH BULANAN PEMUDA PAS PULAI Bukan sekadar bersukan, tetapi mengeratkan ukhuwah dan mengukuhkan kebersamaan.Alhamduli...
09/10/2026

RIADAH BULANAN PEMUDA PAS PULAI

Bukan sekadar bersukan, tetapi mengeratkan ukhuwah dan mengukuhkan kebersamaan.

Alhamdulillah, riadah bulanan Pemuda PAS Kawasan Pulai menjadi ruang untuk anak-anak muda berkumpul, berpeluh dan mengeratkan silaturahim dalam suasana santai.

08/10/2026

Memperingati Taufan Al-Aqsa: Sebuah Perjuangan

05/10/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

5 Oktober 2026 | 23 Rabiulakhir 1448H

TRAGEDI IRENE SOFIA: JANGAN BIARKAN KESELAMATAN ANAK-ANAK KITA TERUS DIPERLEKEHKAN!

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menzahirkan dukacita yang amat mendalam atas pemergian Almarhumah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal (16 tahun) dalam satu tragedi amat menyayat hati yang berlaku di SMK Dato’ Seth, Yong Peng, Johor.

Hari ini, kita sekali lagi meratapi kehilangan atau kematian pelajar di sekolah, kita wajib bertanya: apakah yang perlu kita lakukan supaya tragedi sebegini tidak berulang?

Sekolah sepatutnya menjadi tempat anak-anak kita belajar, membina masa depan dan membentuk peribadi. Bukan tempat yang membuatkan ibu bapa tertanya-tanya sama ada anak mereka akan p**ang dengan selamat.

DPPNJ menyeru agar pihak berkuasa hendaklah menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca serta segala faktor yang menyumbang kepada kejadian ini. Jika wujud unsur jenayah atau kecuaian, tindakan tegas hendaklah diambil tanpa mengira siapa yang terlibat.

Aspek keselamatan di sekolah perlu dinilai semula secara serius, bukan hanya selepas berlaku tragedi. Kelemahan yang dikenal pasti mesti diperbaiki dan tidak boleh dibiarkan berulang.

Kebajikan pelajar mesti menjadi keutamaan. Anak-anak bukan sekadar angka dalam statistik pendidikan. Mereka adalah amanah ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan akhlak dan kemanusiaan perlu diperkasa. Kecemerlangan akademik tidak memadai jika pembentukan akhlak, adab, empati, kawalan emosi dan penghormatan terhadap maruah serta keselamatan insan lain diabaikan.

Kami menyeru kepada masyarakat supaya tidak membuat tuduhan atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Hormatilah keluarga yang sedang berduka dan berikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Almarhumah Irene Sofiya mungkin telah pergi, tetapi persoalan tentang keselamatan anak-anak kita tidak boleh pergi bersama-sama dengannya. Jangan tunggu satu lagi keluarga kehilangan anak untuk kita kembali bercakap tentang keselamatan sekolah.

Kita mahu setiap anak pergi ke sekolah dengan ilmu di dada dan p**ang ke rumah dengan selamat ke pangkuan keluarga. Semoga tragedi ini menjadi peringatan, muhasabah dan titik perubahan kepada kita semua.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Almarhumah, khususnya bapa dan ahli keluarga.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa-dosanya, menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang solehah serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Mohd Ridhwan Salamun
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

17/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA
Alhamdulillah ARC Pulai bersama ARC Johor berjaya menganjurkan "Ride Hari Malaysia" bermula dari Kg PasirJohor, Taman Negara Tg Piai, dan seterusnya ke Madrasah Tahfiz AlQuran Kiyai Hj Sohali, Pontian.
Tahniah buat semua yang terlibat dan menyertai program ini, semoga memberi manfaat kepada semua.
Siiru ala barakatillah.
Malaysia Boleh !
Selamat Hari Malaysia

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai (DPPK Pulai) mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan kepimpinan Dew...
01/09/2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai (DPPK Pulai) mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67.

Semoga muktamar kali ini menjadi medan muhasabah, menyatukan fikrah, memperkukuh ukhuwah serta menyusun langkah perjuangan yang lebih tersusun dan berkesan.

Muktamar bukan sekadar medan berhimpun dan berbahas, tetapi medan memperbaharui tekad untuk terus membawa suara Islam, membela rakyat dan memimpin generasi anak muda dengan ilmu, hikmah serta keberanian.

Berbeza pandangan, kita raikan.
Berbeza pendekatan, kita satukan.
Kerana matlamat perjuangan tetap satu.

Selamat bermuktamar buat seluruh perwakilan. Semoga setiap keputusan yang dibuat dipandu Allah SWT dan membawa kebaikan kepada agama, rakyat serta negara.

β€œPemuda Teguh, Perjuangan Utuh.”

Ikhlas daripada,
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PULAI






SELESAI SUDAH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW! Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Sepak Takraw yang berlangsung hari ini di K...
23/08/2026

SELESAI SUDAH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW!

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Sepak Takraw yang berlangsung hari ini di Kg. Sg. Danga Takraw Court.

ANJURAN BERSAMA:
DACS PEMUDA PAS KAWASAN PULAI
&
KELAB TOMATO KG. PASIR

Tahniah dan syabas kepada semua regu yang bertanding! Menang atau kalah itu adat pertandingan. Apa yang lebih penting ialah semangat kesukanan, ukhuwwah dan persahabatan yang terbina sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kelab Tomato Kg. Pasir atas kerjasama padu, serta kepada seluruh urus setia, pengadil, petugas dan semua yang hadir memberikan sokongan sehingga kejohanan selesai dengan jayanya.

Kita percaya, sukan bukan sekadar mencari juara. Gelanggang adalah ruang menyatukan anak muda, membina disiplin, mengeratkan persahabatan dan memperkukuhkan kebersamaan.

Insya-Allah, kita jumpa lagi dalam kejohanan dan program akan datang!

πŸ“ Kg. Sg. Danga Takraw Court

TAHNIAH PARA PEMENANG! πŸ†
TERIMA KASIH SEMUA YANG MENJAYAKAN!






Belajar agama, tapi akhirnya duduk bersama penentang agama.
11/08/2026

Belajar agama, tapi akhirnya duduk bersama penentang agama.

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

11 Ogos 2026 | 28 Safar 1448H

JANGAN PUTAR SEJARAH! JANGAN SAMAKAN KHILAF POLITIK DENGAN AKIDAH!

Pemuda PAS Johor mengambil maklum kenyataan yang cuba menggambarkan pendirian Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkaitan hubungan PAS-UMNO sebagai β€œpermainan politik”, selain melabel beliau sebagai β€œpenghukum agama” dan mendakwa kononnya PAS menyamakan Islam dengan parti.

Kami berpandangan bahawa kenyataan sedemikian bukan sahaja gagal memahami konteks sejarah dan politik, malah cuba mengheret perbahasan politik kepada tuduhan yang tidak berasas.

1) Khilaf tidak bermaksud menggadaikan prinsip.

Pada 24 Julai 2026, Presiden PAS menjelaskan bahawa perselisihan PAS dan UMNO sebelum ini adalah berkaitan perkara cabang dan pendekatan, manakala soal dasar perjuangan tidak dianggap sebagai perbezaan yang sama sifatnya. Presiden PAS turut menjelaskan bahawa kerjasama politik semasa bukanlah suatu β€œsandiwara”.

Persoalannya, mengapa kenyataan tersebut mahu diputar seolah-olah PAS telah meninggalkan prinsip perjuangan?

Dalam politik, berbeza pendekatan tidak bermakna bermusuh selama-lamanya. Malah, Islam sendiri mengajar umatnya mencari titik persamaan, melakukan islah dan membina perpaduan apabila terdapat ruang untuk berbuat demikian.

Kalau dahulu berlaku perselisihan, tidak salah untuk mengakui bahawa terdapat perkara yang boleh disepakati pada hari ini. Itulah kematangan politik.

2) Perlembagaan tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup perbezaan dasar.

Kami juga mengambil perhatian terhadap hujah bahawa DAP menyokong Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak wajar dipersoalkan pendiriannya terhadap Islam.

Pemuda PAS Johor tidak pernah menafikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Namun, mengakui Perlembagaan dan perbezaan tafsiran terhadap dasar serta hala tuju negara adalah dua perkara yang berbeza.

Maka, perbahasan mengenai Islam, Melayu, Perlembagaan dan masa depan negara tidak boleh diselesaikan dengan hujah mudah: β€œDAP sokong Perlembagaan, maka semuanya selesai.”

Politik perlu dinilai berdasarkan dasar, pendirian, tindakan dan rekod, bukan semata-mata slogan.

3) PAS tidak pernah mendakwa Islam itu milik PAS.

Dakwaan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjadikan β€œIslam itu PAS, PAS itu Islam” adalah satu generalisasi yang tidak bertanggungjawab.

PAS ialah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan. Islam p**a bukan milik mana-mana parti politik.

Dalam masa yang sama, menjadi tanggungjawab PAS untuk menyatakan pendirian apabila sesuatu dasar atau tindakan dilihat bercanggah dengan prinsip yang diperjuangkan. "Itu bukan bermaksud mengambil alih kerja Tuhan."

Sebaliknya, menilai dasar dan memperjuangkan apa yang diyakini benar adalah sebahagian daripada hak serta tanggungjawab dalam politik.

4) Kritik dengan fakta, bukan serangan peribadi.

Pemuda PAS Johor menegaskan bahawa kritikan terhadap mana-mana pemimpin adalah hak dalam demokrasi.

Namun, kritikan hendaklah dibuat dengan fakta dan hujah, bukan dengan melabel, memutar sejarah atau membuat kesimp**an terhadap niat seseorang.

Jika mahu mengkritik kerjasama PAS dan UMNO, kritiklah dasar serta kesannya kepada rakyat.

Jika mahu mempertahankan DAP, jelaskan pendirian dan dasar DAP secara terbuka.

Jangan kerana mahu menyerang seorang tokoh politik, sejarah p**a diputar dan perbezaan politik ditukar menjadi tuduhan terhadap agama.

Kami percaya bahawa politik yang matang ialah politik yang mampu berbeza tanpa bermusuh, berunding tanpa menggadaikan prinsip dan berdamai tanpa melupakan sejarah.

Berbeza pandangan bukan lesen halal untuk memfitnah. Berbeza politik bukan alasan untuk memutar sejarah. Kritiklah dengan fakta, hujah dan adab.

Mohd Ridhwan Salamun
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

malam ini
28/06/2026

malam ini

πŸ”₯ PENTAS ANAK MUDA & HIMPUNAN JENTERA PEMUDA JOHOR πŸ”₯

Anak muda bukan sekadar penonton sejarah, tetapi pencipta masa depan!

Yok hadir memeriahkan Pentas Anak Muda & Himpunan Jentera Pemuda Johor yang bakal menghimpunkan anak-anak muda dari seluruh Johor dalam suasana penuh semangat dan perjuangan.

πŸ“… 28 Jun 2026 (Ahad)
πŸ•— 8.00 Malam
πŸ“ Laman Muafakat, Simpang Jeram, Bakri
πŸ‘• Tema Pakaian Biru/PN

InsyaAllah, kita tampilkan barisan pimpinan dan tokoh anak muda yang akan berkongsi pandangan, motivasi serta hala tuju anak muda dalam mendepani cabaran semasa.

Ajak sekali kawan-kawan dan ahli keluarga. Tunjukkan yang anak muda Johor bersedia menjadi tenaga penggerak perubahan masa hadapan.





π€ππ€πŠ πŒπ”πƒπ€ π‰πŽπ‡πŽπ‘ π“π€πŒππˆπ‹ πŒπ„πŒππ€π–π€ 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 π‘π€πŠπ˜π€π“ ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„π‘πˆπŠπ€π“π€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-...
27/06/2026

π€ππ€πŠ πŒπ”πƒπ€ π‰πŽπ‡πŽπ‘ π“π€πŒππˆπ‹ πŒπ„πŒππ€π–π€ 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 π‘π€πŠπ˜π€π“ ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„π‘πˆπŠπ€π“π€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan kepada calon-calon anak muda Perikatan Nasional (PN) yang diberikan amanah untuk mewakili rakyat dalam menghadapi medan demokrasi.

Pemilihan calon-calon ini membuktikan komitmen PN dalam memberi ruang kepada generasi pelapis untuk tampil memimpin, membawa idea segar, tenaga baharu serta semangat perjuangan yang berpaksikan integriti, kebajikan dan kepentingan rakyat.

Kami yakin bahawa anak muda yang diketengahkan mempunyai keupayaan, pengalaman serta kesungguhan untuk menjadi suara rakyat dan membawa pembangunan yang lebih seimbang, inklusif serta berteraskan nilai-nilai murni.

Justeru, kami menyeru seluruh pengundi anak muda di Johor agar bersama-sama memberikan sokongan kepada calon-calon PN demi memastikan suara generasi muda terus diberikan perhatian dalam menentukan hala tuju negeri Johor.

Semoga perjuangan ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT demi masa depan Johor yang berkat, prihatin dan sejahtera.

Ridhwan Salamun
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

πŸ”ΉFacebook: https://www.facebook.com/share/p/1GuTjgvMVA/?mibextid=wwXIfr
πŸ”Ήhttps://vt.tiktok.com/ZSChMkGFB/

Address

Kawasan Pulai
Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Pas Kawasan Pulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Pas Kawasan Pulai:

Shortcuts

Share