15/04/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, 14 Apr 26 - Rejimen 501 Askar Wataniah telah menganjurkan Hari Pengajian Pasukan (HPP) Siri 1/2026 yang bertajuk โGaji, Elaun dan Tuntutanโ dan "Rangsum Pasukan" bertempat di Perkarangan Wisma Markas Staf Stesen Johor Bahru (MSSJB).
Taklimat berkaitan gaji, elaun serta tuntutan telah disampaikan oleh Pegawai Gaji Rejimen 501 Askar Wataniah, Kapt Nanthini a/p Gunasundran. Selain itu, sesi turut merangkumi penyampaian berkaitan Rangsum Pasukan oleh Penjaga Stor Rangsum, Kpl Muhammad Airul bin Haron Nizam.
Seramai 11 orang pegawai dan 46 orang anggota lain-lain pangkat (LLP) telah terlibat dalam HPP pada kali ini. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan kepada semua peringkat pegawai dan anggota mengenai pengurusan gaji, kelayakan elaun yang boleh dituntut, serta tatacara pengurusan dan penerimaan rangsum mengikut kelayakan yang ditetapkan.
Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, dan diiringi oleh Ketua Cawangan Tadbir, Mej Mohd Fairuz bin Jalalluddin.
Dalam ucapannya, Timbalan Komander berharap agar penganjuran HPP ini dapat memberi manfaat serta impak positif kepada seluruh pegawai dan anggota. Beliau turut menyuarakan hasrat agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform peningkatan ilmu dan profesionalisme warga pasukan.
"๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐"
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
15/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, 13 Apr 26 - Rejimen 501 Askar Wataniah telah melaksanakan Mesyuarat Kebajikan Rejimen 501 Askar Wataniah Siri 1/2026 bertempat di Perkarangan Bangunan Wisma Markas Staf Stesen Johor Bahru (MSSJB). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, dengan kehadiran seramai 11 orang Pegawai dan 82 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
Mesyuarat Kebajikan kali ini bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran, kebajikan, serta kesejahteraan anggota di semua peringkat. Ia juga menjadi platform untuk memastikan setiap cadangan dan usul daripada mesyuarat terdahulu telah diteliti dan diambil tindakan sewajarnya. Di samping itu juga, terdapat beberapa cadangan baharu telah dikemukakan oleh anggota, dan semuanya telah diberi perhatian oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.
Selain itu, pembentangan akaun Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) turut dilakukan bagi memaklumkan kedudukan kewangan semasa serta perbelanjaan yang telah dibuat oleh Rejimen 501 Askar Wataniah. Langkah ini memastikan aspek ketelusan dan pemakluman kewangan berada pada tahap terbaik.
Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah menzahirkan harapan agar komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai dan anggota dalam mesyuarat ini akan membantu memastikan setiap usul dapat diselesaikan dengan berhemah, telus dan berpandukan kepentingan warga Rejimen.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
15/04/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, 13 Apr 26 โ Rejimen 501 Askar Wataniah telah menganjurkan Solat Zohor Rejimental dan Tahlil Ringkas yang melibatkan seramai 10 orang pegawai dan 82 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff yang bersama-sama menunaikan Solat Zohor secara berjemaah dan Tahlil Ringkas.
Penganjuran majlis ini merupakan salah satu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, di samping memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan penghayatan kerohanian dalam kalangan warga Tentera Darat Malaysia, khususnya Rejimen 501 Askar Wataniah.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
15/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, 13 Apr 26 โ Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, seterusnya disusuli dengan acara pelepasan larian sejauh 1.6 kilometer yang melibatkan tiga orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah dinaikkan pangkat. Perbarisan ini telah dilaksanakan di Padang Kawad Rejimen 501 Askar Wataniah, Johor Bahru.
Perbarisan pada kali ini telah diketuai oleh Lt Kol Megat Anuar bin Megat Ahmad, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen 501 Askar Wataniah. Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah turut melaksanakan pemeriksaan barisan bagi menilai tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota, seterusnya memastikan Rejimen 501 Askar Wataniah sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang terbaik dan cemerlang.
Perbarisan ini turut diserikan dengan acara pemakaian pangkat kepada tiga orang anggota LLP yang telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, dengan diiringi oleh Lt Kol Ardi bin Mat Zain, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah.
Dalam ucapan beliau, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah menegaskan kepentingan meningkatkan disiplin dalam kehidupan seharian, memandangkan disiplin merupakan lambang keperibadian sebagai seorang anggota tentera. Beliau turut mengingatkan agar seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah sentiasa menjauhi sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan reputasi perkhidmatan serta mencemarkan imej Tentera Darat Malaysia, khususnya Rejimen 501 Askar Wataniah.
Di akhir ucapan, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah dinaikkan pangkat serta berharap agar mereka terus menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
09/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐น๐จ๐ท๐ท๐ฌ๐ณ๐ณ๐ฐ๐ต๐ฎ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, 5 Apr 26 - Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah telah melaksanakan Latihan ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ dan Demonstrasi Memadam Kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor bertempat di Balai Bomba Sungai Rengit, Pengerang. Seramai 20 orang pegawai dan 87 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) sukarela telah terlibat dalam latihan pada kali ini.
Semua pegawai dan anggota telah diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ dengan bimbingan kejurulatihan daripada pihak bomba serta jurulatih tentera dari Batalion Pertama. Slot pada waktu malam p**a telah diisi dengan ceramah daripada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) melalui Seminar Kenegaraan Malaysia khusus untuk warga Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah.
Demonstrasi dan latihan kebakaran telah diadakan pada hari kedua, sekali gus memberikan pendedahan serta ilmu pencegahan kebakaran yang berguna kepada pegawai dan anggota. Pihak Balai Bomba Sungai Rengit turut mempamerkan serta memberikan penerangan terperinci mengenai fungsi tiga jentera berat yang dimiliki, sekali gus memberi gambaran jelas tentang peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat, khususnya di kawasan Pengerang yang menempatkan industri pemprosesan petroleum negara.
Turut hadir menyampaikan ucapan pada majlis penutup ialah Pegawai Bomba Tinggi II, Izwani binti Haji Abdul Hamid, Pegawai Operasi Balai Bomba Sungai Rengit, Pengerang. Majlis penutup seterusnya telah disempurnakan oleh Lt Kol Norizam bin Sekak, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah yang telah disaksikan oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ardi bin Mat Zain. Dalam ucapannya, beliau menyatakan kepuasan terhadap kejayaan latihan bersama ini serta berharap agar latihan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, selari dengan hasrat merealisasikan pendekatan ๐โ๐๐๐ ๐๐ ๐บ๐๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ก, ๐โ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก๐ฆ (WOGOS).
Latihan ini diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang telah diberikan.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
05/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, 5 Apr 25 โ Seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff di atas pencapaian ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐ ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐ (๐๐๐ข๐ฌ๐ข ๐๐ข๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐) di dalam ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐.
Semoga dengan pencapaian ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
03/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, 1 Apr 26 โ Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Haji Sani bin S. Omar telah melaksanakan satu Lawatan Kebajikan ke atas anggota sukarela yang terlibat dalam Kawad Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-93, iaitu LKpl Muhammad Norarifin bin Ismail dari Rejimen 501 Askar Wataniah yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
LKpl Muhammad Norarifin bin Ismail telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami strok haba semasa menjalani latihan perbarisan pada 26 Mac 2026.
Lawatan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral, di samping memastikan kebajikan anggota sentiasa terpelihara, khususnya ketika berhadapan dengan ujian kesihatan. Kehadiran Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia secara tidak langsung telah menyuntik semangat dan motivasi kepada anggota agar terus tabah serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan.
Sepanjang lawatan tersebut, beliau turut meluangkan masa bertanya khabar mengenai perkembangan kesihatan anggota serta menyampaikan kata-kata semangat agar sentiasa kuat dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi ujian ini.
Lawatan ini turut disertai oleh Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia, Brig Jen Zulhelmi bin Masdar, Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Brig Jen Norazan bin Omar serta Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ahmad Tarmizi bin Haji Mohd Eusoff. Dalam kesempatan tersebut, sumbangan turut disampaikan oleh Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia serta Komander Rejimen 501 Askar Wataniah kepada LKpl Muhammad Norarifin bin Ismail sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.
Tentera Darat Malaysia sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan anggota dengan memastikan setiap yang ditimpa musibah, khususnya ketika melaksanakan tugas atau latihan, diberikan perhatian sewajarnya termasuk kemudahan rawatan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan demi menjamin keselesaan dan kesejahteraan anggota.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat Malaysia dalam menjaga kebajikan anggotanya, bukan sahaja ketika dalam perkhidmatan malah juga ketika berhadapan dengan sebarang kesulitan. Diharapkan agar LKpl Muhammad Norarifin bin Ismail dikurniakan kesembuhan yang segera dan dapat kembali bertugas seperti sediakala.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
30/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, 30 Mac 26 - Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, Timbalan Komander serta seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mej Jen Datuk Shamshor bin Haji Jaafar, Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia atas penganugerahan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K).
Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuhkan lagi kepimpinan Tentera Darat Malaysia ke arah kecemerlangan, pemerkasaan kesiapsiagaan operasi serta pengukuhan profesionalisme warga tentera
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
20/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐, ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, 20 Mac 26 - Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah serta seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia, khususnya Rejimen 501 Askar Wataniah.
Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini diraikan dengan penuh rasa kesyukuran, keinsafan serta kegembiraan bersama keluarga tercinta. Dalam kemeriahan sambutan ini, marilah kita terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh nilai pengorbanan dan mengekalkan dedikasi yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
14/03/2026
๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง๐ฅ๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ก ๐ฑ๐ฌ๐ญ ๐๐ฆ๐๐๐ฅ ๐ช๐๐ง๐๐ก๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, 11 Mac 26 - Rejimen 501 Askar Wataniah telah melaksanakan pemeriksaan kenderaan persendirian melibatkan warga Rejimen 501 Askar Wataniah sebelum bermulanya cuti Hari Raya Aidilfitri. Pemeriksaan ini telah dilaksanakan di Padang Kawad Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Johor Bahru; Batalion Kedua Rejimen 501 Askar Wataniah di Kem Muar; serta Batalion Ketiga Rejimen 501 Askar Wataniah di Kem Kluang.
Objektif pemeriksaan ini adalah bagi memastikan semua kenderaan milik warga Rejimen 501 Askar Wataniah berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan untuk perjalanan p**ang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026.
Dalam masa yang sama, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Tarmizi bin Hj Mohd Eusoff turut berpesan kepada seluruh warga rejimen agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi segala peraturan jalan raya. Pesanan ini bagi memastikan perjalanan p**ang ke destinasi masing-masing berjalan lancar dan semua warga dapat tiba dengan selamat bersama keluarga tersayang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
10/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ , 8 Mac 26 - Kompeni Bravo Batalion Kedua Kem Batu Pahat telah melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan 1447H. Program tahunan yang dilaksanakan ini adalah tahun yang kesepuluh bagi tahun 2026 bersamaan 1447 Hijrah.
Ketua Kompeni Bravo Kem Batu Pahat Mejar Adib bin Abd Karim telah mengetuai rombongan Ziarah Kasih Ramadan bagi penyampaian sumbangan berupa barang keperluan dapur dan hari raya. Beliau juga menyampaikan sumbangan cenderahati untuk pegawai dan anggota Kompeni Bravo yang telah bersara.
Program ini bertujuan menyampaikan sumbangan kepada keluarga atau bekas anggota yang kurang berkemampuan dan mengalami keuzuran.
Fokus adalah bertujuan merapatkan hubungan ukhwah antara pegawai, anggota dan komuniti setempat. Program ini juga dapat meneruskan amalan yang mulia pada bulan ramadan, serta menyemai nilai keperihatinan, kebajikan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga pasukan serta mempromosikan Askar Wataniah.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐