13/05/2026
12 Mei 2026 | Selasa
πππππππ πππππππππ ππππππ πππππ πππππ
Audit Dalam MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian (PPP) Tahun 2026
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah dikunjungi oleh Audit Dalam MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2026 bertempat di bilik gerakan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Juru Audit yang terlibat adalah
1. Puan Maiza Binti Che Aziz ( Ketua Penolong Pengarah K/U , BBT Kelantan )
2. En. George Karung Anak Barat (Bahagian Perancangan Strategik, Putrajaya)
Objektif Audit Dalam ini adalah memastikan semua aktiviti yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti diaudit secara terancang dan sistematik. Audit ini dilaksanakan bagi mengesahkan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti berfungsi dengan berkesan serta memastikan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh.
Selesai audit, kami terus membawa mereka melawat Projek Pertanian Usaha Agritech Sdn Bhd di Taman Impian Emas yang sedang mengusahakan tanaman timun jepun dan cili sakata (461) dengan mengguankan teknologi tanaman fertigasi bantal.
Terima kasih diucapkan kepada Petani Usaha Agritech kerana menerima kehadiran kami, semoga projek yang dijalankan sentiasa berterusan serta mencapai kejayaan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru atas kerjasama serta dedikasi yang diberikan. Semoga budaya kualiti ini terus diperkasa demi penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
22/04/2026
PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU
22hb April 2026 ( Rabu )
Kursus Asas Tanaman Halia
π Pusat Intergrasi Klien ( P*K ) AADK
Johor Bahru , Larkin Johor Bahru.
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menerima jemputan dari AADK Johor Bahru sebagai tenaga pengajar bagi Kursus Asas Tanaman Halia.
Penceramah Kursus Asas Tanaman Halia dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru, En Sahnon Bin Sain ( Agen Pengembangan Tanaman Mukim Gelang Patah ), turur hadir En Mohamad Hairie Bin Asri ( Bahagian Pembangunan Industri Tanaman ) dan En Abdul Halim Bin Masrom ( Pembantu Khidmat Awam )
Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada klien - klien AADK Daerah Johor Bahru dalam pengurusan penanaman tanaman halia.
Jabatan Pertanian MalaysiaKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Yang Berhormat DatoβZahari Sarip.
22/04/2026
PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU
22hb April 2026 ( Rabu )
Kursus Pembuatan Kompos Sisa Makanan
π Folo Black Gold PLT
Kg Tiram, Mukim Plentong, Johor
Bahru
Kursus Pembuatan Kompos ini adalah merupakan kursus pembelajaran untuk pembuatan kompos dari sisa makanan yang di mohon oleh Komuniti Cenderwasih dari Bandar Putra, Kulai. Kursus ini telah disampaikan oleh Penyelaras Projek , En Wong Yi Heng dari Folo Black Gold.
Kursus ini telah dihadiri ahli dari Komuniti Cenderawasih , Pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Kulai, En Mohammad Shazwan Bin Shahabuddin ( Bahagian Pembangunan Industri Tanaman ), Pn Saβidah Mardhiah Binti Mohd Izraβai ( Agen Pengembangan Tanaman Mukim Senai ) dan Cik Siti Atikah Binti Salip ( Agen Pengembangan Tanaman Mukim Sedenak ) dan wakil dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru , Pn Farah Ezzah Binti Esa ( Agen Pengembangan Tanaman Mukim Sg Tiram ).
Objektif kursus adalah untuk mendidik dan melatih peserta cara mengolah sisa organik dari rumah untuk menjadi baja organik yang berkualiti sekaligus boleh menjimatkan kos pertanian, meningkatkan kesuburan tanah dan struktur tanaman serta menyokong amalan kelastrian alam sekitar.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Yang Berhormat DatoβZahari Sarip.
22/04/2026
PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU
20hb April 2026 ( Isnin )
Bengkel Pengemaskinian dan Pelupusan Fail
Telah berlangsung bengkel Pengemaskinian dan Pelupusan Fail yang telah di adakan di Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru. Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti, menagsingkan dan menyenaraikan fail yang aktif dan fail yang tidak aktif atau fail usang untuk tujuan permohonan perlupusan fail di Pejabat Arkib Negara Malaysia Negeri Johor.
Bengkel ini turut dihadiri wakil pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Johor En Mohd Hairul Rizal Bin Mon ( Bahagian Pentadbiran ),wakil dari Pejabat Pertanian Daerah Pontian Puan Annie Asfarina Binti Sebum dan En Mohd Ropi Bin Asri ( Bahagian Pentadbiran ) serta wakil dari Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Puan Zaihasra Binti Ab Lah ( Pentadbiran ).
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Yang Berhormat DatoβZahari Sarip.
20/04/2026
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
20hb April 2026 ( Isnin )
Pengumuman Kenyataan Tawaran Sebutharga βΌοΈβΌοΈ
Tajuk sebutharga :
β
Membekal,Memasang dan Mengujicuba Dengan Sempurna Mesin Dram Pengkomposan Kepada Pengusaha Folo Farm Dibawah Projek Memperkukuh Ekonomi Kitaran Daripada Sisa Agromakanan Tahun 2026.
Kod Bidang :
β
13 01 02
β
Peralatan Kejuruteraan Dan Mesin
Pengeluaran
β
Mesin Kelengkapan Bengkel dan
Mesin Pengeluaran
β
Mesin dan kelengkapan khusus.
Tawaran ini terbuka kepada semua syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MELAYSIA
Tarikh tawaran bermula pada 20/4/2026 hingga 27/04/2026
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Jabatan Pertanian Malaysia
15/04/2026
PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU
15 April 2026 ( Rabu )
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah dijemput oleh ALL COSMOS INDUSTRIES bagi Karnival Hari Raya yang telah diadakan seperti ketetapan berikut :
π
πππ«π’π€π‘: 15 April 2026 (Rabu)
π πππ¬π: 9.00 pagi β 1.00 petang
π ππ¨π€ππ¬π’: PLO 650, Jalan Keluli 7, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.
Karnival Hari Raya ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Haji Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor.
Turut hadir bersama, Timbalan Pengarah Pertanian ( Pembangunan ) Jabatan Pertanian Negeri Johor Encik Mohd Hafiz Bin Ramly dan dari Ketua Jabatan dari agensi Negeri Johor.
Karnival ini juga melibatkan pameran dan jualan dari Usahawan Industri Pejabat Pertanian Daerah Johor Bharu , Delicoffee ( Produk Minuman ) dan Amenda Leckerβs ( Produk Kek Lapis dan Banjiroll )
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Delicoffee
Amenda Leckers HQ
All Cosmos Industries Sdn. Bhd. - Fertilizer
13/04/2026
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
13hb April 2026 ( Isnin )
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menyertai Pertandingan Kecerian Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2026 pada hari ini.
Sesi penjurian diketuai oleh barisan juri jemputan dari Pejabat Landskap Negeri Johor LAr.Zulkufli Bin Ibrahim ( Ketua Juri ), Puan Juliana Binti Muhammad Fahmi dari Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dan Puan Marissa Darlingka Binti Kassim dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ).
Pertandingan Keceriaan Pejabat ini diadakan antaranya bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersesuaian dan selesa untuk bekerja serta melahirkan rasa kecintaan dengan pejabat masing-masing. Selain itu, penjurian ini memberi pengiktirafan kepada pejabat yang sentiasa berusaha dalam meningkatkan keberkesanan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Ribuan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru atas kerjasama yang diberikan bagi membuat persiapan sebelum dan selepas pertandingan berjalan.Anda semua hebat..
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
10/03/2026
Bantuan Kasih Johor 3.0 dan Majlis Berbuka Puasa bagi Dun Kota Iskandar bersama Yb Datuk Pandak bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kota Iskandar.
π
10hb Mac 2026 ( Selasa )
β° 4.30 petang
π Dewan Nusantara, Gelang Patah
09/03/2026
PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU
9hb Mac 2026 | Isnin
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru berpeluang menyantuni Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran Peringkat Daerah Johor Bahru 1447 H / 2026 M yang diadakan di Masjid Kampung Melayu Majidee.
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
06/03/2026
Bantuan Kasih Johor 3.0 dan Majlis Berbuka Puasa bagi Dun Perling bersama Datoβ Haji Abdul Rashid Bin Kasman, Setiausaha Penyelaras Bantuan Kasih Johor ( BKJ ) Dun Perling
π
7hb Mac 2026 ( Sabtu )
β° 5.00 petang
π Dewanraya MBIP Jalan Undan, Taman Perling
06/03/2026
Bantuan Kasih Johor 3.0 dan Majlis Berbuka Puasa bagi DunBantuan Kasih Johor 3.0 dan Majlis Berbuka Puasa bagi Dun Puteriwangsa bersama Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dun Puteri Wangsa, En Rohsawal Nizam Bin Abd Ghafar
π
7hb Mac 2026 ( Sabtu )
β° 5.00 petang
π Laman Tiram, Taman Bukit Tiram