25/09/2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐. ๐ฌ๐ด/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ ๐ง๐๐ ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐ ๐๐ก๐๐๐
โ 25 September 2026 (Jumaat), Ketua Polis Balai Taman Setia Indah, Insp. Soo Eng Heng telah mengadakan Sesi Panggil Nama Bil. 08/2026 bersama warga kerja Balai Polis Taman Setia Indah bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Polis Taman Setia Indah.
Dalam sesi tersebut, Ketua Polis Balai telah menyampaikan arahan dan peringatan kepada semua anggota berkaitan pematuhan terhadap arahan semasa, aspek integriti dan disiplin, kesiapsiagaan dalam melaksanakan tugas, pencapaian KPI serta tanggungjawab dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Ketua Polis Balai turut menekankan kepentingan menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan balai agar sentiasa berada dalam keadaan teratur, selesa dan kondusif. Semua anggota diingatkan supaya melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan dengan penuh disiplin, berintegriti dan berhemah.
Selain itu, anggota turut diingatkan agar sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta segera memaklumkan sebarang kes atau perkara yang boleh menarik perhatian pihak atasan. Aspek keselamatan balai juga diberikan penekanan, khususnya supaya semua anggota sentiasa berwaspada terhadap individu yang hadir ke balai dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan sentiasa terjamin.
Semua anggota turut diingatkan agar menjauhi sebarang perlakuan yang boleh mencemarkan imej, reputasi dan nama baik pasukan PDRM.
Objektif utama Sesi Panggil Nama Bulanan ini adalah untuk memastikan penyampaian arahan pucuk pimpinan dapat dilaksanakan dengan berkesan, memperkukuh nilai integriti dan disiplin dalam kalangan anggota serta meningkatkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja Balai Polis Taman Setia Indah.