Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru

Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru

Share

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru.
~ linktr.ee/peneranganjohorbahru ~

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tingi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada Warga Kerja Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru.

Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Negeri Johor



29/05/2026

πŸ›‚ Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu mula diperkenalkan secara berperingkat bermula 1 Jun 2026 dengan 94 ciri keselamatan dipertingkat untuk perlindungan dokumen yang lebih kukuh. ✈️

Pasport sedia ada masih boleh digunakan hingga tamat tempoh, manakala permohonan PMA baharu turut boleh dibuat secara dalam talian mengikut kapasiti pejabat pasport. πŸ“±




29/05/2026

[ π—œπ—‘π—™π—’π—šπ—₯π—”π—™π—œπ—ž 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ ]

Apa akan jadi jika anda diberi Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) kerana membuang sampah kecil merata-rata tetapi gagal hadir ke mahkamah?

⚠️ Waran tangkap akan dikeluarkan dan pihak polis boleh mengesan anda.

Jangan ambil mudah! Akta 672 terpakai kepada semua tanpa mengira pekerjaan β€” selain kakitangan swasta atau bekerja sendiri, penjawat awam juga tidak terkecuali berdepan dengan hukuman.

Mulai 2026, penguatkuasaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya diperketat.

Pesalah boleh dikenakan:
* Denda
* Penjara jika gagal membayar denda
* Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam

Jaga kebersihan, patuhi undang-undang.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
SWCorp Negeri Johor






28/05/2026

β›½ Harga petrol dan diesel di Malaysia kekal antara yang terendah walaupun pasaran global terus berdepan tekanan kenaikan harga akibat konflik Asia Barat. 🌍

Kerajaan MADANI terus memastikan rakyat menikmati harga bahan api yang lebih stabil melalui subsidi dan kawalan harga berterusan. πŸ‡²πŸ‡Ύ




26/05/2026
Photos from Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru's post 26/05/2026

INFO ON WHEELS (IOW) MEI 2026

JOHOR BAHRU, 26 Mei – Petugas hebahan Info On Wheels (IOW) Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru telah menjalankan hebahan di beberapa lokasi sekitar kawasan:

πŸ–οΈ (N42) Johor Jaya

πŸ“Œ Jalan Rosmerah 2/1, Taman Johor Jaya
πŸ“Œ Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya
πŸ“Œ Giant Plentong

Antara tajuk hebahan yang disampaikan adalah:

πŸ–οΈ Krisis Bekalan Global – Berbelanja Secara Berhemah
πŸ–οΈ Larangan Pembakaran Terbuka
πŸ–οΈ Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA)
πŸ–οΈ Penguatkuasaan Kesalahan Membuang Sampah Kecil

Turut bersama menjayakan hebahan ini ialah Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru, Puan Neily Syafiqah Mohamed Eusoff; Penyelaras Parlimen Pasir Gudang, Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru, Cik Norhasliza Hamzah.

Selain itu, beberapa bahan risalah jabatan turut diedarkan kepada pengunjung dan peniaga di lokasi hebahan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu semasa dan inisiatif kerajaan.

Fahmi Fadzil
Teo Nie Ching (εΌ εΏ΅ηΎ€)
Julina Johan
Mohd Rizal Hashim
Kementerian Komunikasi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Alam Sekitar
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
Jabatan Penerangan Negeri Johor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor










24/05/2026

JDT JULANG PIALA MALAYSIA 2025/2026

JOHOR BAHRU, 24 Mei - Tahniah buat pasukan Johor Darul Takzim atas kemenangan merangkul kejuaraan selama enam musim dalam Liga Piala Malaysia tahun ini.

Johor Darul Takzim menewaskan Kuching City dengan jaringan gol 2:0 pada minit-minit akhir semalam.

Tahniah atas kejayaan Johor Darul Takzim.

Ikhlas daripada Pegawai Penerangan Daerah dan kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru

Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Negeri Johor

22/05/2026

Ibadah haji bukan sekadar perjalanan ibadah, tetapi madrasah tarbiah yang membentuk jiwa, menyucikan hati dan menyemai semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh ihsan. πŸ•‹πŸ€




Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

http://linktr.ee/peneranganjohorbahru

Address


Tingkat 6, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru, Jalan Ayer Molek, Ibrahim International Business District (IIBD)
Johor Bahru
80888

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
13:30 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
13:30 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
13:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
13:30 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00