Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad

Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad

Share

Khidmat Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru:

1. Pembiayaan patuh syariah kepada Anggota daripada Sektor
Kerajaan
2. Sewaan Premis Perniagaan.

Khidmat Ar - Rahnu yang menawarkan harga upah simpan
yang berpatutan.
3.

Photos from Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad's post 17/04/2026

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
AR-RAHNU KOOPJB CAWANGAN KE-2

Dengan penuh rasa hormat dan iltizam terhadap kecemerlangan,
kami mempersembahkan satu lagi pencapaian strategik dalam memperkukuh landskap kewangan Islam yang progresif dan berdaya tahan.

Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh:
YB Datuk Haji Pandak Bin Ahmad
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.49 Kota Iskandar

πŸ“… 16 April 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 2.00 petang
πŸ“ Taman Universiti, Skudai, Johor

Pembukaan cawangan ke-2 ini mencerminkan keutuhan strategi pertumbuhan serta komitmen berterusan dalam menyediakan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang berintegriti, telus dan berorientasikan kesejahteraan masyarakat.

Berlandaskan prinsip-prinsip Syariah yang menegakkan keadilan (β€˜adl), amanah dan maslahah, Ar-Rahnu KoopJB terus mengorak langkah sebagai pemangkin kepada pemerkasaan ekonomi ummah secara inklusif dan lestari.

Inisiatif ini bukan sekadar peluasan rangkaian,
malah satu manifestasi kepimpinan berwawasan dalam membina kepercayaan, memperkukuh nilai dan mencipta impak jangka panjang.

Berpegang teguh kepada prinsip:
β€œSatu bagi ramai, ramai bagi satu”
kami komited untuk terus memacu kecemerlangan, memperkasa komuniti dan menyumbang kepada kemakmuran bersama.



01/04/2026

πŸ”₯ EKSKLUSIF UNTUK ANGGOTA SAHAJA! πŸ”₯
🚨 TERHAD – HANYA 20 TEMPAT SAHAJA!

Peluang istimewa untuk anda sertai
🍫 Kursus Penghasilan Brownies

Belajar teknik hasilkan brownies yang:
✨ Moist & fudgy
✨ Premium rasa macam jualan kedai
✨ Sesuai untuk jana pendapatan tambahan

πŸ’‘ Sesuai untuk beginner & yang nak mula bisnes baking!

πŸ“… Tarikh: 16 Mei 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Kolej Komuniti Pasir Gudang

πŸ’° Yuran: RM85 sahaja
(Termasuk bahan, alatan & sijil)

❗ Keutamaan kepada ANGGOTA koperasi sahaja
❗ Tempat sangat terhad – 20 orang sahaja!

πŸ“Œ Tarikh tutup: 17 April 2026

πŸ‘‰ Daftar sekarang sebelum slot penuh!
Scan QR Code di poster untuk pendaftaran

01/04/2026

πŸ”₯ KHAS UNTUK ANGGOTA SAHAJA! πŸ”₯
πŸ“’ Tempat Terhad – Hanya 20 Orang Sahaja!

Jom sertai Kursus Penghasilan Soft Baked Cookies dan pelajari teknik menghasilkan:
πŸͺ Chocochip Cookies
πŸ₯ Scone
🍬 Macaroon

πŸ’‘ Sesuai untuk anda yang nak tambah ilmu, buat side income atau mulakan bisnes baking!

πŸ“… Tarikh: 10 Mei 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Kolej Komuniti Pasir Gudang

πŸ’° Yuran: RM85 sahaja
(Termasuk bahan, alatan & sijil)

🚨 TERHAD kepada 20 peserta sahaja!
Siapa cepat, dia dapat!

❗ Keutamaan diberikan kepada ANGGOTA koperasi sahaja

πŸ“Œ Tarikh tutup: 17 April 2026

πŸ‘‰ Daftar segera melalui QR Code sebelum penuh!

20/03/2026

KOOPJB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada warga KOOPJB dan seluruh umat Islam di Malaysia.

Baju baharu warna sedondon,
Dipakai indah di pagi mulia,
Salam dihulur penuh sopan,
Maaf zahir dan batin dipinta.

27/02/2026

Makluman semasa perpindahan Ibu Pejabat (HQ) Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) .

Terima Kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan.

22/02/2026

Makluman kepada semua anggota Koperasi dan pelanggan Ar-Rahnu KOOPJB .

Waktu Operasi sepanjang bulan Ramadhan 2026 adalah seperti berikut :

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Bulan penuh rahmat kembali menyinari kehidupan kita. Semoga setiap hela nafas yang dihembus menjadi ibadah, setiap doa yang dipanjatkan diangkat tanpa hijab dan setiap amal kebajikan digandakan pahala oleh Allah SWT.

Moga Ramadan kali ini menjadi medan penyucian jiwa, membawa keampunan yang luas terbentang,
keberkatan yang melimpah ruah, serta rahmat yang berpanjangan buat kita semua.

Ya Allah…
Temukanlah kami dengan Ramadan dalam iman yang sempurna. Ampunkan segala dosa kami, lembutkan hati-hati kami dan jadikanlah kami insan yang lebih bertakwa, lebih sabar, dan lebih dekat kepadaMu
apabila Ramadan melabuhkan tirainya nanti.

🌟 Ramadan Kareem β€” Bersama Kita Menggapai Redha Ilahi.

11/02/2026

πŸ”₯ PROMOSI KHAS PEMBIAYAAN PERIBADI KOOPJB πŸ”₯
πŸ’₯ Jimat Lebih. Ringan Beban. Cepat Lulus. πŸ’₯

Anda anggota KOOPJB dan perlukan pembiayaan peribadi dengan potongan bulanan rendah?
Inilah masa terbaik! Tawaran terhad khas dari 1 Januari 2026 hingga 31 Mac 2026 sahaja!

✨ PEMBIAYAAN RM21,000 KE ATAS
βœ… Kadar keuntungan SERENDAH 3.5% (berbanding biasa 3.99% – 5%)
πŸ’‘ Lebih tinggi pembiayaan, lebih banyak penjimatan anda!

⚑ PEMBIAYAAN KECEMASAN RM2,500 – RM5,000
βœ… Kadar SERENDAH 2.5% (berbanding biasa 3.99% – 5%)
πŸ’‘ Solusi pantas saat perlu, tanpa membebankan kewangan anda.

πŸ“ž Berminat? Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi kami sekarang:
☎️ Telefon: 07-223 2201 / 07-223 0201
πŸ“± WhatsApp (Mesej): 012-556 1540

🏒 Atau terus hadir ke KOOPJB dan berbincang dengan pegawai khidmat pelanggan kami.

🌐 Semak jadual ansuran & muat turun borang di:
πŸ‘‰ https://koopjb.my/pusat-sumber/arkib/muat-turun-borang

πŸš€ KOOPJB – Pilihan Bijak, Kewangan Lebih Lega!

11/02/2026

πŸ“’ NOTIS PEMAKLUMAN RASMI
PERPINDAHAN IBU PEJABAT KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHAD (HQ KOOPJB)

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) yang kini beroperasi di alamat berikut:

Alamat Lama:
Bilik 301, Tingkat 3,
Bangunan Kerjasama,
Jalan Dhoby, 80888
Ibrahim International Business District (IIBD)

akan berpindah dan beroperasi sepenuhnya ke alamat baharu seperti berikut:

Alamat Baharu:
Wisma KOOPJB
Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad,
No. 27-01, Jalan Dataran Larkin 1,
Taman Dataran Larkin,
80350 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Perpindahan ini akan berkuat kuasa mulai 2 Mac 2026 (Isnin).

Sehubungan itu, semua urusan rasmi selepas tarikh tersebut hendaklah dibuat di alamat baharu seperti yang dinyatakan.
Kerjasama dan sokongan semua anggota amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

06/02/2026

πŸ“’ MAKLUMAN RASMI KEPADA SEMUA ANGGOTA KOOPJB

Dimaklumkan bahawa kumpulan WhatsApp ini diwujudkan sebagai saluran rasmi hebahan satu hala daripada pihak Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) kepada semua anggota.

Saluran ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat penting, pengumuman rasmi, aktiviti koperasi serta hebahan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dari semasa ke semasa, bagi memastikan setiap informasi disampaikan dengan jelas, teratur dan tidak terlepas pandang.

Kerjasama dan sokongan padu daripada semua anggota amatlah dihargai demi kelancaran komunikasi dan pengurusan koperasi kita bersama.

Terima kasih atas komitmen anda. 🀝

Sila Follow Group Rasmi KOOPJB: https://whatsapp.com/channel/0029VbBi3hX3gvWTYkLOwV0z

02/02/2026

Salam Nisfu Syaaban

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 27-01, Jalan Dataran Larkin 1, Larkin Jaya
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00