Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor

Share

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor merupakan salah satu cawangan JTKSM

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 03/02/2026

28.01.2026(Rabu)- Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor (JTKNJ) telah menyertai satu Operasi Bersepadu Serentak yang diketuai Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian (IPD Pontian) dan bersama Majlis Daerah Pontian (MDP).

Seramai 32 orang pegawai terlibat secara keseluruhan dalam operasi ini iaitu 25 orang anggota IPD Pontian, 4 orang MDP dan 3 orang daripada JTK terlibat dalam operasi pada kali ini.

Operasi yang telah dijalankan menumpukan kepada penguatkuasaan kepada premis sebuah syarikat perindustrian yang berasaskan getah di sekitar bandar Pontian, Johor dengan menekankan kepada peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan mengikut Jabatan masing-masing.

06/11/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf talian telefon di Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru sedang dijalankan pada 6 November 2025 (Khamis) hingga 7 November 2025 (Jumaat).

Sehubungan itu, berkemungkinan terdapat gangguan terhadap talian telefon yang akan berlaku dalam tempoh ini. Segala kesulitan adalah amat dikesali. Oleh yang demikian Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru boleh dihubungi melalui emel: [email protected] sebagai talian alternatif sehingga masalah ini diselesaikan

Ketua Pejabat
Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 29/10/2025

28.10.2025(Selasa)- Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor (JTKNJ) telah terlibat dalam satu Operasi Bersepadu bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN),

Seramai 34 orang pegawai terlibat dalam operasi ini iaitu 25 orang dari MBPG, 6 orang JTK dan 3 orang KPDN telah menyertai operasi pada kali ini.

Operasi yang telah dijalankan menumpukan kepada penguatkuasaan kepada premis kedai yang diusahakan / diuruskan oleh warga asing di sekitar kawasan Pasir Gudang, Johor dengan menekankan kepada peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan mengikut Jabatan masing-masing.

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 25/09/2025

24.09.2025 (Rabu)- Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor (JTKNJ) telah melaksanakan satu Operasi Bulanan Serentak bagi Sektor Pembinaan bersama semua cawangan PTK seluruh Negeri Johor. Operasi pada kali ini turut disertai beberapa agensi lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Majlis Perbandaran Iskandar Putri (MBIP) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Operasi ini menumpukan kepada penguatkuasaan terhadap pematuhan undang-undang perburuhan dan lain-lain peraturan yang dikuatkuasakan jabatan masing-masing. Seramai 50 orang pegawai terlibat dalam keseluruhan operasi ini dan terdapat pelbagai kesalahan ditemui yang akan diambil tindakan selanjutnya.Operasi seperti ini juga akan giat dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 24/09/2025

LAPORAN SEMINAR PENDIDIKAN PERBURUHAN JTK NEGERI JOHOR TAHUN 2025 PERINGKAT DAERAH MUAR SIRI 10/2025

Tarikh : 23.09.2025 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Hotel Muar Traders

Jumlah Peserta :
Peserta : 85 Orang
Majikan : 53 Syarikat (pelbagai sektor)

Tajuk Ceramah :

1. Penyeteman Kontrak Perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri oleh LHDN

2. Taklimat Daftar Kerja Di Bawah Akta Kerja 1955 oleh JTK

Program Seminar Pendidikan Perburuhan turut dihadiri oleh Puan Rohana Bte Wan Omar Fadzil, Timbalan Pengarah JTKNJ bagi merasmikan Majlis Perasmian Penutup.

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 07/08/2025

5 Ogos 2025 (Selasa)- Satu kursus bertajuk Kursus Asas Tatacara Risikan dan Siasatan telah diadakan di Pejabat Tenaga Kerja Kluang, Johor. Kursus ini telah disertai seramai 30 orang pegawai Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor dan 3 orang pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka.

Kursus ini dijalankan selama 1 hari di mana Tuan Inspektor Mohd Khairul Azwan bin Jamali dari Bahagian Risikan Operasi dan Siasatan Jenayah IPD Kluang, Johor telah menyampaikan ceramah beliau kepada semua peserta yang terlibat.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran pegawai Jabatan Tenaga Kerja dalam mengaplikasikan ilmu yang telah disampaikan di lapangan semasa bertugas.

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 18/07/2025

17.07.2025(Khamis)- Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor (JTKNJ) telah melaksanakan satu Operasi Bulanan Serentak bagi Sektor Pengangkutan bersama PTK Johor Bahru, PTK Muar dan PTK Batu Pahat. Operasi pada kali ini telah disertai seramai 19 orang pegawai JTK, 7 orang pegawai PERKESO, 2 orang pegawai KWSP dan 3 orang pegawai PDRM.

Operasi ini menumpukan kepada penguatkuasaan terhadap pematuhan undang-undang perburuhan dan lain-lain peraturan yang dikuatkuasakan jabatan masing-masing.Operasi seperti ini juga akan giat dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi's post 06/07/2025
Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 03/07/2025

02.07.2025(Rabu)- Satu Operasi Bersepadu yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri telah diadakan dengan melibatkan seramai 91 orang pegawai dari pelbagai agensi penguatkuasaan. Ops Bersepadu tersebut disertai PDRM (37 orang),JTK(2 orang), Imigresen(6 orang), LHDN(3 orang), TNB(1 orang), Ranhill SAJ (11 orang), SSM(2 orang),MBIP(26 orang) dan KPDN (3 orang).

Operasi telah dijalankan ke atas beberapa pusat perkhidmatan cuci kenderaan di sekitar kawasan Iskandar Puteri, Johor. Terdapat kesalahan dan pelanggaran peraturan dikesan yang akan diambil tindakan mengikut bidang kuasa Jabatan masing-masing.

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 16/06/2025

14.06.2025(Sabtu)- Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor (JTKNJ) telah terlibat dalam satu Operasi Bersepadu yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang juga disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) .

Seramai 33 orang pegawai terlibat dalam operasi ini iaitu 6 orang dari JTK, 25 orang dari MBIP dan 2 orang pegawai PDRM telah menyertai operasi pada kali ini.

Operasi telah dijalankan ke atas 2 buah syarikat pembuatan di kawasan perindustrian di Gelang Patah, Johor. Operasi ini menumpukan kepada penguatkuasaan terhadap penyediaan asrama dan penginapan pekerja di mana terdapat pelanggaran peraturan dikesan dan akan diambil tindakan selaras dengan peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan mengikut Jabatan masing-masing.

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor's post 12/06/2025

Satu Operasi Pertukaran Majikan Khas (PTM) telah dilakukan dengan kerjasama Ibu Pejabat JTKSM, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor dan Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru pada 12.06.2025. Operasi ini melibatkan seramai 11 orang pegawai JTK keseluruhannya dan 129 orang pekerja asing telah ditukarkan dari 2 majikan asal kepada 4 majikan baharu.

Operasi ini telah diketuai oleh En. Mohd Hajazy bin Jusoh iaitu Pengarah Bahagian Pekerja Bukan Warganegara, Ibu Pejabat JTKSM di mana operasi ini dilakukan di sekitar bandar Johor Bahru.

11/06/2025

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍: 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐔𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐓𝐊𝐒𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Saksikan temu bual bersama YBrs. Encik Kamal Bin Pardi, Ketua Pengarah JTKSM dalam rancangan Apa Khabar Malaysia di BERNAMA TV seperti ketetapan berikut:

📌 Topik: Peranan JTKSM dalam Memperkasa Tenaga Kerja Malaysia
📌 Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)
📌 Masa: 9.00 pagi

Anda boleh saksikan temu bual tersebut melalui media sosial BERNAMA TV atau melalui saluran Astro 502 / Unifi TV 631 / MYTV 121






Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Wisma Persekutuan
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00