Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh

Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh

Share

Hope The Anchor of Soul

26/03/2025

Terimalah sebuah cerita tentang cinta, penerimaan dan SYUKUR dari kami di Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh.

Hakikat penzahiran sebuah kesyukuran atas takdir dan ketentuan, mencipta cinta dan kasih sayang di bawah bumbung sebuah teduhan yang menjadi rumah untuk mereka sentiasa pulang.

Penerapan bahawa sebuah kejayaan bukan semata sekeping sijil atau segunung intan, tetapi kejayaan sebenar adalah apabila kita mampu mensyukuri sebuah kehidupan, walau segelap mana masa lalu yang yang menjadi laluan perjalanan ke masa hadapan.

Terima kasih buat kalian yang tidak pernah mengenal jemu memberi sokongan dan meletak segala kepercayaan untuk memberi anak-anak ini cahaya baru mencorak impian dan harapan. Sumbangan anda bukan hanya memberikan mereka makan minum, pakaian, pendidikan tetapi sebuah kehidupan.

Semoga segala amal kita diterima dan silaturrahim kita akan terus berkekalan.

Untuk kalian yang ingin terus menyumbang sebuah keikhlasan yang lahir dari hati boleh menerusi :-

NO AKAUN RASMI :
Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh Johor Bahru
8009889244 CIMB Bank

12C, Jalan Sabar,
Taman Dato Onn, Larkin
80350 Johor Bahru, Johor

Atau hubungi Cik Aieen
https://wa.me/60195480882

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin♥️

13/03/2025

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah SWT
Impian utk mendapat kenderaan bg anak anak Fitrah Qaseh sekian lama Allah makbulkan tahun ini.
Majlis penyerahan dirasmikan oleh Datuk Bandar dan Ketua Kadi Johor.
Alhamdulillah

Setinggi tinggi ucapan terima kasih dan syukur terumatanya kepada Allah swt kerana menghadirkan insan yang istiqamah dalam membantu Fitrah Qaseh dari dulu hingga kini.
Kepercayaan yang Allah bagi pada mereka untuk terus menyalurkan sumbangan sangat sangat kami hargai. SubhanaAllah.

Terima kasih Tuan Haji Razali Abd Razak dan isteri Puan Hajah Norhayati Abdullah atas sumbangan kenderaan bagi memudahkan urusan penghuni runah Fitrah Qaseh. Alhamdulillah ,Syukur .
Semoga segala kebaikan dan kebajikan yang kalian berdua usaha kan , Allah bagi kemudahan urusan akhirat dan nikmat akhirat hasil dari kebajikan yang tak pernah putus dan istiqamah nya kalian di dunia. InsyaAllah Amin Ya Rabb.

07/09/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sempena cuti sekolah kami berhasrat untuk menghantar 20 orang anak dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh untuk menyertai program motivasi dan kem solat pada 17hb hingga 18hb September 2024 bertempat di Surau Raudhatul Indah Taman Bukit Indah. Bayaran dikenakan adalah RM70.00 seorang. Disini kami dengan rendah hati memohon sumbangan untuk anak kami pada kadar kemampuan tuan/puan. Semoga dengan bantuan dan keperihatinan tuan/puan dalam kebajikan ini dengan niat supaya masa cuti anak anak ini terluang dengan manfaat Allah mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat tuan/puan
InshaaAllah
Amin.

Untuk lebih info boleh hubungi
0195480882 - Aien

Juga boleh terus salurkan sumbangan ke akaun rasmi kami di ;

NO AKAUN RASMI:
Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh
8009889244
CIMB BANK

Atau boleh terus datang ke alamat :
Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh
No 12 c Jalan Sabar Taman Dato Onn 80350 Johor Bahru.

07/09/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sempena cuti sekolah kami berhasrat untuk menghantar 20 orang anak dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh untuk menyertai program motivasi sambil bertani pada 18hb September 2024 bertempat dia Dewan Terbuka Surau Nurhidayah Perumahan Lima Kedai. Bayaran dikenakan adalah RM55.00 seorang. Disini kami dengan rendah hati memohon sumbangan untuk anak kami pada kadar kemampuan tuan/puan. Semoga dengan bantuan dan keperihatinan tuan/puan dalam kebajikan ini dengan niat supaya masa cuti anak anak ini terluang dengan manfaat Allah mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat tuan/puan
InshaaAllah
Amin.

Untuk lebih info boleh hubungi
0195480882 - Aien

Juga boleh terus salurkan sumbangan ke akaun rasmi kami di ;

NO AKAUN RASMI:
Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh
8009889244
CIMB BANK

Atau boleh terus datang ke alamat :
Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh
No 12 c Jalan Sabar Taman Dato Onn 80350 Johor Bahru.

17/03/2024

Assalamualaikum semua ❤️
Salam Sejahtera
Salam Ramadhan

Fitrah Qaseh mengalu alu kan sumbangan makanan untuk berbuka puasa dan sahur ❤️
Jangan risau anak anak kami di Fitrah Qaseh makan semua nye ….
Tiada halangan untuk apa sekali jenis makanan
Tolak kayu n batu je … 😂

Untuk Sahur kami menggalakkan menu makanannya
Ayam Kicap + Telur Dadar
Ayam Sos + Telur Dadar
Sup Ayam + Telur Dadar
Ayam Goreng + Sup Telur

InshaaAllah habis dimakan ❤️

Menu diatas disyorkan utk menggelakkan pembaziran makanan dan menu ini antara yang mudah dihadam dan dikunyah anak anak waktu sahur.

Untuk Berbuka - InshaaAllah semua anak anak kami makan ❤️ segala pemberian tanpa prejudis.

Kepada sesiapa yang ada kelebihan rezeki sudi sudikan lh berkongsi bersama anak anak di Fitrah Qaseh ye ❤️

Bilangan pax makanan yang kami perlukan dalam minimum 50 pax setiap hari hingga ke 70 pax .

Semoga ada yang sudi berkongsi rezeki bersama kami 😊

Boleh terus hantar makanan ke alamat kami ;

Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh
No 12c Jalan Sabar Taman Dato Onn Larkin
80350 Johor Bahru.

Atau boleh hubungi

Aien +60 19-548 0882 ( Larkin )
Hayati +60 11-3254 3269 ( Larkin )
Laila ‪+60 13‑765 5313‬ ( JUARA )
Ikhlas +60 19-200 2726 ( BBU )

Photos from Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh's post 10/03/2024

Terima Kasih semua ❤️

Bukan kami yang menjadi kan impian mereka kenyataan kehidupan mereka sesempurna ini..

Alhamdulillah ini hasil dari kebajikan kalian semua .
Kami cuma sekadar perantaraan menguruskan sahaja. Ini usaha kalian ini kebaikan dari kalian ihsan dari semua.

Terima kasih untuk tidak pernah menghampakan kami di Fitrah Qaseh dan selalu menyokong kami di semua keadaan.
Memberi sepenuh nya kepercayaan dalam kami mengurus kan kebajikan anak anak ini.

Terima kasih Allah untuk kehadiran kalian semua dalam kehidupan anak anak ini walau tiada pertalian darah atau mengenali anak anak ini tapi ihsan kalian dalam kemanusiaan membantu kami mempermudahkan menjaga kebajikan anak anak ini sangat sangat kami hargai .

Semoga ihsan kalian ini menempatkan kalian kelak di sebaik baik nya singgahsana di akhirat kelak
InshaaAllah
Amin.

Terima kasih dari kami di Fitrah Qaseh ❤️

Photos from Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh's post 09/03/2024

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilahi
Sumbangan dari orang ramai
dari kalian dan
dari semua
telah hampir mencukupi
Berbaki 10 orang anak je lagi yang masih belum cukup persiapan sekolah nya atas sebab bersekolah di madrasah dan sekolah khas.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyebarkan iklan dan menyumbangkan segala keperluan mencukupkan anak anak Fitrah Qaseh pada kadar kemampuan kalian
Alhamdulillah
Hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan kebajikan tuan tuan dan puan puan sekalian

Disini kami sertakan kemas kini gambar gambar segala kelengkapan bersama anak anak.

Semoga dengan sekecil kecil pertolongan dari niat membantu menyebarkan hinggalah sebesar besar sumbangan dari kalian
Allah mudah kan urusan dunia urusan jiwa hati dan urusan akhirat kalian. Di ambil segala kebaikan ini utk kemudahan menempah syurga firdaus Nya kelak.
InshaaAllah
Amin.

Terima kasih kasih dari kami
Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh ❤️

29/02/2024

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Syaaban …

Disini kami di Fitrah Qaseh dgn rendah hati memohon sumbangan untuk anak anak Fitrah Qaseh yang bakal bersekolah tak lama lagi.
Tiada had ketetapan untuk sumbangan
seberapa jumlah pada kemampuan penderma
kami terima dengan sebesar hati
Alhamdulillah
Syukur ❤️

Semoga dengan sekecil kecil pemberian dari pihak kalian dengan niat memudahkan urusan kami dalam menguruskan anak anak ini Allah mudahkan segala urusan dunia urusan jiwa hati dan urusan akhirat kalian
InshaaAllah
Amin ❤️

Disini saya sertakan senarai barangan keperluan
Anak anak Fitrah Qaseh yang masih kami perlu cukupkan.

1. Baju Sekolah Menengah saiz M - XXL
10 helai x setiap saiz
2. Kain Sekolah Menengah saiz S - XXL
10 helai x setiap saiz
3. Tudung Putih 2 lapis saiz M - XL
10 helai x setiap saiz
4. Tudung Hitam 2 lapis saiz M - XL
10 helai x setiap saiz
***************************************
5. Kasut Sekolah
Sekolah Rendah
Saiz 26 10 PASANG
Saiz 28 10 PASANG
Saiz 30 10 PASANG
Saiz 32 10 PASANG
Saiz 33 10 PASANG
Saiz 34 10 PASANG
Saiz 35 10 PASANG
Saiz 36 10 PASANG
Saiz 38 10 PASANG

Sekolah Menengah
Saiz 35 10 PASANG
Saiz 36 10 PASANG
Saiz 37 10 PASANG
Saiz 38 10 PASANG
Saiz 40 10 PASANG
Saiz 41 10 PASANG
Saiz 42 10 PASANG
Saiz 43 10 PASANG
******************************************
Baju Sekolah Rendah saiz XS - XL
- Saiz XS 10 HELAI
- Saiz S 10 HELAI
- Saiz M 10 HELAI
- Saiz L 10 HELAI
- Saiz XL 10 HELAI

Kain Sekolah Rendah saiz 14 - 34
- Saiz 14 10 PASANG
- Saiz 16 10 PASANG
- Saiz 18 10 PASANG
- Saiz 20 10 PASANG
- Saiz 22 10 PASANG
- Saiz 24 10 PASANG
- Saiz 26 10 PASANG
- Saiz 28 10 PASANG
- Saiz 30 10 PASANG
- Saiz 32 10 PASANG
- Saiz 34 10 PASANG
******************************************

6 Anak Tudung 30 UNIT
7 Stokin 30 UNIT
******************************************

8 Pen Hitam/ Pen Biru 30 UNIT
9 Buku latihan garis pendek - 700 UNIT
10 Buku latihan panjang - 500 UNIT
11 Buku matematik kecik - 100 UNIT
12 Buku Matematik besar - 50 UNIT
13 Buku muzik - 50 UNIT
14 Calculator saintific 570 - 20 UNIT
15 Jangka lukis - 20 UNIT
16 Test pad - 100 UNIT

********************************************

Segala bentuk sumbangan boleh dihantar terus ke
Rumah Perlindungn Fitrah Qaseh di alamat

No 12c Jalan Sabar Taman Dato Onn 80350
Larkin Johor Bahru , Johor .

❤️ Kami juga mengalu alukan sumbangan pakaian dan barangan terpakai sekolah. ❤️

Untuk info lebih lanjut
Boleh lah menghubungi ;

Aien +60 19-548 0882
Hayati +60 11-3254 3269
Laila ‪+60 13‑765 5313‬
Ikhlas +60 19-200 2726

Juga ucapan ribuan terima kasih kepada yang sudi berkongsi posting dan menyebarkan dengan niat agar lebih ramai tampil membantu.
Semoga dengan kebaikan yang dilakukan itu Allah juga datang kan lebih banyak kebaikan pada kalian yang berhati murni
InshaaAllah
Amin.

Terima kasih dari kami
Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh ❤️

Photos from Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh's post 20/10/2023

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ❤️

Mohon sumbangan untuk newborn kami . Untuk newborn tersebut tiada pengangkatan kerana kes masih dbawah pemantauan mahkamah.

Terima kasih pada yang menyumbang dan berkongsi iklan ni ❤️

11/10/2023

Bersama mengilmiahkan generasi kita ❤️

Dijemput hadir
Dijemput mendoakan kelancaran majlis
Dijemput memeriahkan majlis dengan sumbangan makanan pada jiwa jiwa yang hadir ❤️

Untuk info

Cik Aien : +60 19-548 0882
Cik Nurhayati : +60 11-3254 3269
Cik Laila : +60 13-7655313

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


12C, Jalan SABAR, TAMAN DATO ONN, LARKIN
Johor Bahru
80350