Jabatan Mufti Johor

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Mufti Johor Jabatan Mufti Johor

06/10/2026

Menurut data terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS), semua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sehingga 8 pagi hari ini.

Orang ramai disarankan mengehadkan aktiviti luar dan menggunakan pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu terutama di kawasan dengan IPU Tidak Sihat selain mengelakkan pembakaran terbuka bagi mengurangkan pencemaran udara.








Semoga Allah menjadikan kita dan keluarga sentiasa istiqamah menjaga solat..             💫 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّ...
05/10/2026

Semoga Allah menjadikan kita dan keluarga sentiasa istiqamah menjaga solat..

💫 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ





Alam sekitar merupakan amanah Allah SWT yang perlu dijaga dan dipelihara. Sebagai khalifah di bumi, kita bertanggungjawa...
04/10/2026

Alam sekitar merupakan amanah Allah SWT yang perlu dijaga dan dipelihara. Sebagai khalifah di bumi, kita bertanggungjawab memastikan alam terus bersih, lestari dan selamat untuk generasi akan datang.

Jagalah alam, elakkan kerosakan dan jadilah insan yang bertanggungjawab terhadap bumi yang diamanahkan kepada kita.. 🍀🍃🌿💚

04/10/2026

Lima stesen pemantauan kualiti udara di Negeri Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori Tidak Sihat, manakala tiga lagi stesen berada dalam kategori Sederhana setakat jam 8 malam.








LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN, PENERBITAN DAN PENDIGITALAN BAHAN JABATAN MUFTI JOHORKUALA LUMPUR, 29–30 SEPTEMBER 2026...
30/09/2026

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN, PENERBITAN DAN PENDIGITALAN BAHAN JABATAN MUFTI JOHOR

KUALA LUMPUR, 29–30 SEPTEMBER 2026 | Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke beberapa institusi utama di Kuala Lumpur bagi mendapatkan perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam bidang penerbitan, pengurusan dokumen dan pendigitalan bahan. Delegasi diketuai oleh Tuan Haji Fakhrurrazi bin Yusof, KPM Bahagian Rujukan Fatwa, bersama pegawai-pegawai Jabatan Mufti Johor.

📚Pada hari pertama, delegasi mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan disambut oleh En. Hazmir bin Haji Zainal, Ketua Pustakawan Perpustakaan UKM serta warga kerja PTSL UKM. Delegasi turut diberi pendedahan mengenai pengurusan koleksi, pemeliharaan bahan serta pengurusan dan pemprosesan bahan digital di Bahagian Media bagi tujuan penyimpanan, penerbitan dan akses kepada pengguna.

📰Lawatan diteruskan ke Arkib Negara Malaysia bagi sesi perkongsian berkaitan pengurusan rekod, bahan arkib dan pendigitalan yang dipengerusikan oleh Puan Gowri a/p P. S. Thangaya, Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan. Delegasi turut dibawa ke Makmal Pemuliharaan bagi melihat proses pemeriksaan, pemulihan dan baik pulih dokumen arkib yang mengalami kerosakan. Proses pemuliharaan di makmal arkib melibatkan pemeriksaan keadaan bahan, pembersihan, rawatan kerosakan seperti koyak, kulat dan kesan air, serta pemulihan menggunakan kaedah dan bahan yang sesuai tanpa menjejaskan keaslian bahan. Selepas dipulihara, bahan akan disimpan dalam keadaan terkawal dari segi suhu, kelembapan, cahaya dan keselamatan, serta boleh melalui proses pendigitalan sebagai langkah perlindungan dan akses jangka panjang.

📌Pada hari kedua, delegasi meneruskan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sesi yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Tengku Fauziah binti Ku Mat, Ketua Editor Bahagian Buku Umum, DBP, memberi fokus kepada proses penerbitan bahan Jabatan Mufti Johor, merangkumi penyediaan bahan, penyuntingan, semakan, reka bentuk, pracetak dan percetakan sehingga diterbitkan oleh DBP.

Lawatan penanda aras ini memberikan pendedahan dan panduan kepada Jabatan Mufti Johor dalam memperkemas pengurusan penerbitan, arkib dan pendigitalan bahan, sekali gus menyokong usaha mempertingkat pengurusan ilmu serta penyampaian maklumat kepada masyarakat.

29/09/2026

Laporan jam 8 malam ini menunjukkan kesemua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Negeri Johor masih berada dalam kategori Tidak Sihat, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kekal tinggi di seluruh kawasan pemantauan. Orang ramai dinasihatkan mengurangkan pendedahan kepada udara luar dan mengehadkan aktiviti fizikal buat sementara waktu.








29/09/2026
29/09/2026
LAWATAN KE TAPAK CADANGAN MASJID MAKAM LUBUK BATU, SEGAMATKhamis |24 September 2026Alhamdulillah pada hari Khamis yang l...
29/09/2026

LAWATAN KE TAPAK CADANGAN MASJID MAKAM LUBUK BATU, SEGAMAT

Khamis |24 September 2026

Alhamdulillah pada hari Khamis yang lalu, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa bina baru bangunan masjid bagi Masjid Makam Lubuk Batu, Segamat.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah YB Dato' Haji Yahya Bin Ahmad , Mufti Negeri Johor diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Segamat, Tuan Hj. Mohd Azhar Bin Samadun, serta Jawatankuasa Masjid Makam Lubuk Batu.

Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa bina baru bangunan bagi masjid dan baik pulih struktur bangunan di Tanah Perkuburan Kg Makam Lubuk Batu dapat dipatuhi sepenuhnya.

Address

Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar
Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072076500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mufti Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Mufti Johor:

Shortcuts

Share