Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor - RASMI
Disclaimer:
1. JANM tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh daripada platform ini;
2.
Pelawat/pengguna tidak dibenarkan menggunakan maklumat dalam media sosial untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.
04/05/2026
23/04/2026
PELANTIKAN PENGARAH BKP BAHARU
Barisan Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengucapkan setinggi- tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Nor Fadhilah binti Ibrahim atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Perunding (BKP) berkuatkuasa pada Jumaat, 17 April 2026.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!
23/04/2026
Panggilan Perwira dan Perajurit Muda Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ)!
Kepada mereka yang berkelayakan dialu-alukan untuk menyertai program pengambilan Perwira dan Perajurit Muda ATSNJ bagi kemasukan 1 Ogos 2026 dengan temu duga pengambilan ini akan diadakan mengikut lokasi yang telah ditetapkan di beberapa daerah. Ia akan melibatkan peluang kerjaya dalam bidang pertahanan negeri yang menawarkan laluan kerjaya berstruktur serta peluang pembangunan diri.
Justeru, setiap calon hendaklah memenuhi syarat asas seperti kewarganegaraan, umur yang ditetapkan serta kelayakan akademik dan fizikal yang bersesuaian. Sehubungan itu, orang ramai khususnya golongan lelaki belia digalakkan untuk merebut peluang ini dengan menghadiri sesi temu duga serta mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran rasmi yang telah disediakan dengan mengimbas kod QR tertera pada poster.
17/04/2026
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor mengalu-alukan kedatangan pegawai bertukar masuk, Puan Masdita binti Md Dan, Akauntan WA10.
Semoga pengalaman dan kepakaran yang dibawa dapat memperkukuh lagi prestasi jabatan.
𝐓𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚:
Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
17/04/2026
Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia Madani
Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar
atas pelantikan sebagai Akauntan Negara Malaysia (ANM)
berkuat kuasa 17 April 2026 (Jumaat)
16/04/2026
TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Junaidah binti Abdul Kadir, Akauntan WA10, atas segala khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan bersama kami.
Beliau berpindah ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Semoga Puan Junaidah terus kekal cemerlang dalam perkhidmatan di tempat bertugas yang baru.
𝐓𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚:
Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
15/04/2026
14/04/2026
TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik Nazrina Binti Samian, Akauntan WA12 KUP, atas segala khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan bersama kami.
Beliau merupakan penerima 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 (𝐇𝐋𝐏) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan akan melanjutkan pengajian mulai 10 April 2026.
Semoga Cik Nazrina terus cemerlang dalam bidang akademik dan kerjaya serta berjaya mencapai segala cita-cita.
𝐓𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚:
Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
11/04/2026
INFAQ JUMAAT JOHOR, MENYEMAI NILAI MEMBERI DALAM JIWA BANGSA JOHOR - MEDIA DIGITAL JOHOR Oleh: Muhammad Imran Mohd Razib Pegawai Penerangan Media Digital Johor 1. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Nilai memberi dan berkongsi tidak seharusnya pudar, sebaliknya ia perlu terus dipupuk agar menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih penyaya...
09/04/2026
Rabu, 8 April 2026 – Unit Wang Tak Dituntut (WTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor berbesar hati menerima peluang untuk membuka reruai WTD bersempena Majlis Penyerahan Bantuan Khas Komuniti Rukun Tetangga Negeri Johor Tahun 2026 yang telah berlangsung di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.
Reruai kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor dan Puan Nurul Akmalina Binti Hj Shamsuddin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor yang turut serta dalam membuat semakan WTD.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan, khususnya dengan kehadiran para penerima Bantuan Khas Komuniti Rukun Tetangga Negeri Johor Tahun 2026 yang mengambil kesempatan untuk membuat semakan WTD di reruai yang disediakan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
Tingkat 8 & 11, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek
Johor Bahru
80888IBRAHIMINTERNATIONALBUSINESSDISTRICT
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 15:00 |
| Sunday | 08:30 - 17:00 |
