14/05/2026
Semua Bangsa Johor yang berkelayakan kini boleh membuat semakan berkaitan inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 secara dalam talian di pautan https://bkj.johor.gov.my
Berikut adalah beberapa tarikh penting berkaitan inisiatif BKJ Fasa 4 untuk panduan bersama:
14 -30 MEI 2026
Semakan BKJ secara dalam talian
1 - 14 JUN 2026
Tempoh rayuan dan Permohonan baharu
15 - 29 JUN 2026
Proses semakan
20 - 24 JUN 2026
Kelulusan
25 JUN - 14 JULAI 2026
Semakan keputusan rayuan
Onn Hafiz Ghazi
Mohd Jafni Md Shukor
Zahari Sarip.
Aznan Tamin
Hairi Mad Shah - HMS
Mohd Fared Mohd Khalid
Fazli Salleh
AH SOON
Lee Ting Han
Raven Kumar Krishnasamy
Khairin-Nisa Ismail
13/05/2026
Mohon bantu kami untuk kesan waris atau keluarga pak cik ya. terima kasih.
JKM cari waris warga emas bergelandangan di dobi layan diri pangsapuri | Berita Harian
JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Johor meminta bantuan orang ramai mengesan waris seorang warga emas berusia 80-an yang ditemukan tidur di dobi layan diri sebuah pangsapuri di Larkin di sini.
05/05/2026
Assalamualaikum dan selamat petang,
Pada 05/05/2026, Unit Penguatkuasa PKMD Johor Bahru telah menerima aduan awam berkenaan kes seorang lelaki warga emas lingkungan umur 70an/80an yang ditemui telah tidur di kawasan premis dobi layan diri Apartment Suriamas, Larkin. Kes telah diambil oleh unit ini dan dibawa balik ke Balai Polis Larkin untuk report makluman awal. Kes kemudian dibawa ke pejabat untuk temubual awal. Kes tidak dapat memberikan maklumat jelas berkenaan latar belakang diri dan tiada dokumen pengenalan lain untuk dijadikan rujukan.
Kes kemudian dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor untuk pengesahan cap jari. Bagaimanapun tiada rekod berdaftar apabila pengesahan cap jari dibuat.
Sehubungan dengan itu, unit ini mohon jasa baik orang ramai agar dapat menyalurkan apa-apa maklumat berkenaan warga emas ini untuk tujuan siasatan dan penempatan selanjutnya. Terima kasih.
Unit Penguatkuasa
PKMD Johor Bahru
05/05/2026
27/04/2026
Pihak kami sedang mengesan waris ataupun individu yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua bayi sepertimana yang dilaporkan oleh pihak media ini... Sekiranya mempunyai maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pelindung di talian 07-2282971 / 07-2282972
JKM kesan waris dua bayi yang 'dibuang' | Berita Harian
JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris bayi perempuan yang ditemukan di tempat pembuangan sampah di Blok G, Taman Plentong Utama pada 9 Mac lalu.