05/10/2026
[๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐]
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐,๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐)
JOHOR BAHRU, 1 OKTOBER 2026 โ Sebuah syarikat yang beroperasi dalam sektor pembuatan di negeri ini telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada hari ini. Hukuman tersebut dijatuhkan selepas pihak syarikat mengaku bersalah atas pertuduhan gagal menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) di tempat kerjanya.
Keputusan telah dibacakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Yang Arif Dato' Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim, selepas wakil syarikat, iaitu Pengurus Besar syarikat berkenaan yang hadir selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan
dibacakan.
Mengikut kertas pertuduhan, syarikat berkenaan telah didakwa kerana gagal sebagai majikan untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) di tempat kerja yang mana terdapat empat puluh (40) orang atau lebih diambil kerja.
Kegagalan ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 30(1)(a) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Di bawah peruntukan ini, majikan diwajibkan untuk mewujudkan jawatankuasa tersebut bagi memastikan perundingan dua hala antara pihak pengurusan dan pekerja dalam menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor ingin menegaskan bahawa penubuhan JKK bukanlah sekadar pilihan, tetapi merupakan satu keperluan perundangan yang penting bagi mencegah kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan. Pihak jabatan memandang serius sebarang ketidakpatuhan terhadap akta ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan yang tegas ke atas mana-mana majikan yang culas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja mereka.
JKKP Johor akan terus mempergiat aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua sektor industri di negeri ini bagi memastikan tahap keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja sentiasa terjamin dan berada pada tahap yang optimum.
"Tindakan perundangan ini bukanlah bertujuan untuk menghukum semata-mata, tetapi berfungsi sebagai peringatan tegas kepada semua majikan agar sentiasa mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan di bawahnya."
Sekian Terima Kasih
๐๐ข๐ค๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ก:
๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ
๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐
๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐