29/05/2026
π βKenapa daging korban macam bergerak sendiri lepas sembelih? Seramnya!! πβ
Sebenarnya itu normal.
Lepas haiwan disembelih, otot masih ada tindak balas saraf dan tenaga yang berbaki. Sebab tu daging kadang-kadang nampak bergerak atau mengecut sendiri sekejap.
Proses ni dipanggil RIGOR MORTIS β keadaan otot jadi tegang sebelum kembali relaks.
π‘ Sebab tu juga daging yang baru disembelih :
β Agak keras
β Sedikit liat kalau terus masak
Bila daging direhatkan dan disimpan dengan betul dan selamat :
β
Jadi lebih lembut
β
Lebih sedap dimakan
π Jadi jangan panik ya, itu proses semula jadi pada daging korban π
TikTok Β· bkkmjohor
28/05/2026
ππ₯© MUSIM KORBAN: SIMPAN DAGING DENGAN BETUL UNTUK KEKAL SELAMAT DAN BERKUALITI
Musim korban sering melibatkan kuantiti daging yang banyak disimpan dalam peti sejuk beku. Penyimpanan yang tidak teratur boleh menyebabkan proses nyahbeku berulang kali dan menjejaskan kualiti serta keselamatan makanan.
π Tip penting:
βοΈ Bahagikan daging mengikut kuantiti kegunaan harian
βοΈ Simpan dalam bekas bertutup atau plastik ziplock
βοΈ Labelkan tarikh simpanan
βοΈ Nyahbeku menggunakan kaedah yang betul
β Elakkan rendam daging dalam air bertakung
β Jangan bekukan semula daging yang telah dinyahbeku
Kendali dan simpan bahan mentah daging dengan betul, makanan lebih selamat π
26/05/2026
Pergi ke pekan membeli ragi,
Ragi dibeli buat tapai ubi,
Daging korban melimpah lagi,
Cara simpan, jom kita ambil peduli! π₯©
Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang, mesti ramai yang dah merancang nak melapah atau terima daging korban nanti, kan? Bak kata orang, rezeki melimpah-limpah! π₯©β¨
Sambil-sambil kita gembira menyambut raya, jom kita ambil tahu sikit Tip Keselamatan Makanan yang penting ni. Maklum sajalah, daging segar kalau tersalah simpan atau salah cara defrost, takut mengundang bakteria pulak.
Semoga perkongsian ringkas ni bermanfaat untuk kita dan keluarga di rumah. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha! ππ
25/05/2026
π£ Pembelian Bahan Mentah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha π£
Pembelian bahan mentah yang tidak dirancang boleh menyebabkan makanan cepat rosak dan meningkatkan risiko pencemaran makanan.
Tahukah anda bakteria boleh membiak pada suhu 5Β°C hingga 60Β°C yang dikenali sebagai "ZON BAHAYA". Oleh itu, cara kita membeli dan membawa pulang bahan mentah juga menyumbang kepada risiko keselamatan makanan.
Jom amalkan tip ini dalam pembelian bahan mentah sempena menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Makanan selamat, hari raya lebih nikmat !
24/05/2026
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim menjuarai Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025/26
π₯³π₯³π₯³
PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26
13/05/2026
π£ Jom sertai Bengkel Pengenalan dan Pembangunan Manual Makanan Selamat Tanggungjawab Industri π£
Tarikh : 18 & 19 Jun 2026 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : TBA (sekitar Johor Bahru)
Pendaftaran adalah PERCUMA di link :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdq27FAbkKV9KTZP66AEdPqDid1EimMWSqrA4zZzVLovmqecg/viewform
Tarikh tutup pendaftaran : 31 Mei 2026
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cepat, cepat! Tempat TERHAD.
12/05/2026
Apa beza "GUNA SEBELUM" dan "BAIK SEBELUM"?
Jom dengarkan celoteh Cik Ayu
https://youtu.be/wCLlQfCrWXs?si=bTK-s0UofUXpVPJv
APA BEZA 'GUNA SEBELUM' DAN 'BAIK SEBELUM?'
TIPS PELABELAN MAKANAN. Pasti ramai tertenya-tanya apa beza 'baik sebelum' dan 'guna sebelum' kan? sekarang dah dapat bezakan?
06/05/2026
Tahniah diucapkan π₯³π₯³π₯³
Hari yang bersejarah buat industri makanan & minuman negara apabila 2 buah Kafe di dalam keretapi milik E&O SERVICES (MALAYSIA) SDN BHD di STESEN OPERASI KTMB PLENTONG kerana telah menerima Pengiktirafan BeSS (Bersih & Selamat) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih istimewa, ini merupakan kafe di dalam keretapi yang pertama di Malaysia yang berjaya meraih pengiktirafan tersebut. π
Sesi penyerahan Pengiktirafan BeSS ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), En.Kamarudzaman bin Ahmad kepada pihak E&O Services (Malaysia) Sdn Bhd pada 27 April 2026.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak premis makanan untuk terus mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan kepada pengguna dan orang awam.
Ada BeSS, memang BESTβ