24/10/2025
HEBAHAN: LENCONGAN DAN PENUTUPAN JALAN BERPERINGKAT SEMPENA ASEAN SUMMIT 2025
Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan masa dan laluan-laluan yang terlibat sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berlangsung.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan trafik serta digalakkan menggunakan pengangkutan awam.
29/07/2023
TIPU SIJIL?
Saya terima request due diligence calon. Kot ada tipu sijil lagi.
Ada ramai little birds hantar profile 4 calon PN sama je universiti, jurusan pun sama. Semua Sarjana p**a.
Kelayakan 4 calon ini:
“Sarjana Pentadbiran Peniagaan Marshal, University Huntington, Amerika Syarikat”
Biar betik? Takkan la semua sama sebijik2.
Bila saya due d juga, dah lah Universiti ni universiti private untuk Kristian. Awat la Pak Lebai ni semua mengaji kat sana? Tak tergugat iman ka….?
Tup tup, keluar. Depa kata ini kesilapan teknikal saja. Designer lupa nak tukar kelayakan mereka.
Kus semangat 😅 takde la tipu sijil no? Kita husnuzon.
See walaun.… Akak dah siap back up ni. Jangan cakap akak tak payung ✌🏼😊
~LM~
31/05/2018
JAKIM: YANG TERSIRAT DAN TERSURAT
1. Kebimbangan kepada sesuatu yang baru adalah tanda positif tentang perasaan mahu yakin bahawa sesuatu perubahan akan menguntungkan kita atau tidak. Begitu juga kebimbangan ini bagi sesetengah pihak turut dikuasai sikap prejudis dan pesimis terhadap apa sahaja yang baharu.
".....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
(Al Ra'd: 11)
2. PH konsisten sejak awal lagi menyatakan hasrat mahu membawa reformasi institusi negara. Sementara isu kebobrokan tatakelola kewangan negara bawah BN menjadi topik utama, isu reformasi pentadbiran agama Islam juga sebenarnya berada dalam pelan reformasi menyeluruh PH.
3. Kita harus akur bahawa mengkritik pentadbiran agama bukan bermakna mengkritik intipati agama itu, kerana aspek pentadbiran adalah atas usaha daya manusia yang terdedah kepada kelemahan dan kesilapan. BN selama ini melalui institusi agama mendoktrinkan seolah mengkritik institusi agama seperti JAKIM, Jabatan Agama, Mahkamah Syariah dll adalah seperti memandang rendah kepada agama Islam itu sendiri. Ini doktrin yang songsang dan mendedahkan Islam menjadi 'tunggangan' pihak tertentu.
4. Keadaan ini amat berbahaya kepada nasib pentadbiran Islam yang senantiasa dianggap jumud dan tidak profesional kerana merasakan ia tidak boleh ditegur dan dikritik. Lebih buruk institusi ini ada nama Islam sedangkan Islam menuntut Itqan (professionalism) dalam konsep pemulihan berterusan.
5. Amat membimbangkan lagi ialah institusi Islam ini dipolitikkan bagi tujuan persaingan untuk membuktikan siapa yang lebih Islamik. Institusi Islam juga menjadi platform doktrinasi permusuhan antara kaum dan agama melalui teori konspirasi yang tidak berbukti. Siapa yang berani pertikaikan mereka kerana mereka 'mewakili Islam?' Sepatutnya institusi Islam mendekatkan hubungan antara agama seperti diperintahkan bukan menanam bibit kebencian seperti yang dilarang oleh Islam.
6. Isu RUU 355 sebagai contoh adalah taktik politik semata-mata untuk meraih sokongan politik tanpa ada tanggungjawab kesatuan umah sehingga ramai yang jadi 'kafir' 'anti-Islam' 'liberal' dan kerajaan BN membiarkan 'penunggang agama' berleluasa tanpa kawalan malah BN ambil kesempatan untuk membuktikan keislamannya dalam isu ini.
7. Islam menjangkau politik dan kepartian, Islam adalah cara hidup dan teras kepada kewujudan negara ini. Bagi sesetengah pihak, agama menjadi alat radikalisasi untuk mencapai maksud 'kebenaran mutlak' dari partinya dan kelompoknya, justeru bibit pemikiran keganasan menjadi medan subur menggugat keselamatan negara. Di mana peranan institusi Islam membendung semua ini? lebih buruk kerajaan BN sebelum ini membiarkan radikalisasi terancang untuk kepentingan politik mereka melalui institusi Islam.
8. Fenomena agama dipolitikkan sebagai alat dalam kerangka negara tanpa disedari telah membelakangkan fungsi utama Raja-raja Melayu sebagai penentu dasar pentadbiran Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Mengembalikan fungsi Raja- raja Melayu dalam pentadbiran Islam adalah tunggak utama untuk memulakan reform atau Islah yang dimaksudkan oleh PH.
9. Bila PH mengatakan Raja-raja Melayu perlu dikembalikan peranannya menjaga Islam dan segala kepentingannya dalam kerangka negara, ia satu kenyataan penting bagi membebaskan Islam dari dieksploitasi untuk alat politik dan radikalisasi. Raja-raja Melayu sebagai institusi tiada kepentingan politik ( a political) boleh berperanan dalam 'de-politicising' Islam bagi memastikan Islam itu menjangkau kepentingan politik dan bangsa.
10. Bila isu JAKIM diperkatakan, mereka tidak melihat gambaran lebih besar hasrat PH membebaskan pentadbiran Islam dari menjadi 'tunggangan' pihak berkepentingan samada kelompok politik mahupun kelompok pengganas atau golongan agamawan. Ia bukan isu JAKIM hendak dihapuskan atau tidak, ia usaha PH mengembalikan semangat dan amalan bahawa Islam itu menjangkau semua kepentingan politik dan untuk memulakan proses itu ia perlu dikembalikan kepada kuasa Raja-raja, barulah usaha reformasi pentadbiran Islam dapat berjalan lancar.
إن صلاتي و نسوكي و محيى و مماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذالك امرت و انا أول المسلمين....
Yb Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Parit Buntar
31 Mei 2018
24/05/2018
KENAPA KAMI TIDAK MEMILIH DSN!
Kenape perlu hormat dia?
Ini bukan pasal hormat menghormati bai..
Dia pecat orang sesuka hati tanpa kira bulan puasa..dia pecat kesemua orang yang tegur dia termasuk menteri..hakim..peguam..sprm dan polis. Dia gantikan dengan orang yang menyokong semua kesalahan yang dia dah buat..
Dia suruh bini Tun M datang ke balai dan soal siasat berjam jam..dia pecat tukang masak Tun..dia tarik balik pengiring Tun..dia tarik balik kesemua bodyguard Tun..dia buang nama Tun dalam pengajaran sejarah disekolah..dia gunakan murid2 sekolah untuk tunjuk sokongan pada dia..dia juga gunakan budak2 tahfiz pegang sepanduk I LOVE PM semasa bagi sedekah dan sumbangan..
Dia telah haramkan gambar Tun diseluruh negara..dia padamkan gambar KLCC yang Tun bina..dia gajikan beribu orang supaya kutuk Tun dan pembangkang tiap2 hari dimedia sosial..dia tak gunakan duit dia untuk bayar gaji kesemua pejuang sibernya..dia buat majlis dan paksa artis sokong dia dan bukan Tun..
Dia tarik balik hak dan keistimewaan yang seorang Tun berhak dapat dan ini sudah pun termaktub tapi dia main langgar semuanya..dia buat polis macam anjing belaan..dia melanggar undang undang sesuka hati..dia hina keturunan Tun..dia hina keluarga Tun..dia jadikan Jamal dari bodoh sampai ke bangang hanya untuk memburukkan Tun..disemua majlis dia perli dan kutuk Tun..
Dia berpantun pun dia kutuk Tun..dia hina rakyat yang tak undi dia..dia gunakan agama untuk meraih simpati ketika di Mekah..dia putar belit kisah nabi saw dan agamawan tak berani tegur..dia suruh profesor kangkung kutuk Tun dalam majlis..dia gunakan media untuk membutakan rakyat dan menipu tanpa batasan..dia boleh buat apa saja tanpa seorang pun membantah kecuali puak puak pembangkang dimedia sosial..
Dia arahkan polis kutip wanita sarat mengandung ditengah malam pasal kritik dia dalam fb..dia arahkan supaya mereka yang kritik dia disoal siasat dan dihukum serta merta seolah olah komen itu lebih berat dari kes bunuh..dia buat akta berita palsu untuk melindungi dia dengan denda setengah juta dan penjara 10 tahun...
Dia pegang telor hakim dimahkamah..dia buat mahkamah macam hak mak bapak dia..dia bersihkan diri dari semua tuduhan tanpa perlu ke mahkamah..dia buat cukai GST untuk bayar hutang 1MDB..dia bebankan rakyat sebab hutang itu akan habis dibayar pada tahun 2039..dia hapuskan subsidi minyak dan lain2 bantuan pada rakyat dengan alasan subsidi dan bantuan itu satu pembaziran..
Dia kenakan hukuman pada pelukis kartun yang sindir dia..dia nak penjarakan orang hanya kerana belon..saya ulangi..belon..dia suruh orang tua taubat sebab tua itu tandanya nak mampus..dia bercakap seperti dia takkan mati dan hidup beratus tahun seperti kura kura galapagos..ini bukan pasal dendam tapi KEADILAN..
Dia patut tahu ada rakyatnya dipenjara bertahun dan berbulan kerana sardin dan nutella..dia penjarakan Anwar bertahun tahun kerana fitnah liwat dan kalaulah kamu tahu berapa kali bulan puasa dan raya beliau tak bersama keluarganya..dia kutuk Tun bila Tun berdamai dengan Anwar..dia tak faham dah banyak musibat dia dah bawa pada negara..dia langsung tak faham kenapa kedua tokoh ini sanggup bermaafan demi masa depan negara..rakyat dan ekonomi..dia memang patut kalah di PRU14 sebab dia dah tak faham apa yang dia dah buat itu bala..
Dia ingat hutang negara yang banyak itu tidak melibatkan rakyat dan menaikkan kos sara hidup dan dia berhak menerima balasan diatas segalanya..dia telah melampaui batas dan mencabar kesabaran orang tua yang menjadikan dia PM bila mengatanya KEPALA BAPAK KAU STUPID..dia tak perlu sentap jika dia tak salah..dia kena faham apa yang polis buat dirumahnya adalah prosedur biasa..dia tak perlu dikasihani sebab sesusah susah dia pun..
Dia ke hulu ke hilir naik Alphard Vellfire bukan Perodua Alza loan 9 tahun..dia ada lebih dari 1 rumah dan ada kondominum di Pavilion..dia ada 5 rumah kalau tak silap fakta..dia kena terima itu semua proses dalam siasatan..dia pun bodo melantun lantun bila simpan terlalu banyak harta karun kat dalam rumah dan dia ada 9 peti besi..saya ulangi..9 peti besi..
Dia juga menyimpan wang tunai 200 juta didalam rumahnya dan dia ada mesin kira duit tapi dia takde mesin cop duit..dia punya bini ada 284 kotak handbag dan ada handbag yang harganya boleh buat banglo 2 tingkat siap dengan kolam renang..dia punya anak ada wang tunai 537 ribu dalam rumahnya dan itu setengah juta ringgit malaysia..dia anak beranak simpan duit tunai dalam jumlah yang banyak dirumah dan bukan dalam bank untuk elak dikesan pihak berkuasa..
Dia punya harta yang cukup banyak dan jumlahnya tak masuk akal..dia tetap ada jasa pada negara semasa menjadi PM tapi malangnya jasa yang dia buat tak banyak sebab musibat yang dia buat lagi banyak..dia dah tinggalkan hutang yang dah mencecah 1 trillion sedangkan dizaman Tun M hutang negara kita tidak pernah melebihi 300 billion..dia dah gila sebenarnya.
Dia nak dimaafkan atau tidak itu terp**ang pada individu.....tapi tidak kami yang berjuang siang malam memenangkan PH, tiap2 hari kena mengadap maki hamun cytro barua umno.
Via wassap group
✅ • Like • Follow • Share • Malaysia30
12/05/2018
Kebijaksanaan Tun M.. Melalui Dawn Raid 1981
Dawn Raid 1981 – Bila penjajah dimalukan di kandang sendiri
Walaupun waktu tu kita dah lebih 20 tahun merdeka, British masih mengekalkan cengkaman mereka daripada segi ekonomi. Jadi di bawah pimpinan Mahathir, kita berjaya 'memerdekakan' maruah negara daripada penjajah.
09/05/2018
Kuasa rakyat 1 hri sahaja.. Memilih untuk yang bakal berkuasa untuk 5 tahun kehadapan. Buat pilihan bijak..
08/05/2018
Artikel 159 (5) Perlembagaan dengan jelas menyatakan, lima (5) perkara yang tidak boleh diubah walaupun disokong oleh 222 ahli Dewan Rakyat ialah :
*Pertama* : Islam sebagai Agama Persekutuan.
*Kedua* : Kedudukan Raja-Raja Melayu
*Ketiga* : Hak Istimewa Orang Melayu
*Keempat* : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
*Kelima* : Hak Pengisytiharan Darurat.
06/05/2018
Perbuatan Retis tempatan yang bakal buat anda terkejut.. Senrose..
FAKTA KES
PADA 06.05.218 JAM LEBIH KURANG 1145HRS SEMASA SAYA BERSAMA KONST 192630 BERTUGAS RONDA MCPV SEKTOR 4 TELAH TERIMA ARAHAN DARIPADA PUSAT KAWALAN BALAI TAMAN TUN DR ISMAIL BERLAKU KEMALANGAN DI HADAPAN RUMAH NO 24 JALAN BURHANUDDIN HELMI TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR.SAMPAI DI LOKASI SEKTOR 4 TELAH BERTEMU DENGAN (1) LELAKI CINA DAN MEMBERITAHU BAHAWA ADA SEBUAH M/KAR JENIS RANGE ROVER WARNA PUTIH NO PENDAFTARAN WC 5862 E YANG DIPANDU OLEH (1) PEREMPUAN MELAYU TELAH MELANGGAR KERETA BELIAU JENIS HONDA BRV NO PENDAFTARAN: VAG 5173. SEMASA DI TEMPAT KEJADIAN SAYA DAPATI (1) PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DISYAKI DALAM KEADAAN KHAYAL.KONST/192630 TELAH MEMANDU KERETA DAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DUDUK DI BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN SEBELAH KIRI BALIK KE BALAI POLIS TAMAN TUN DR.ISMAIL.SEMASA DI BALAI POLIS TAMAN TUN DR ISMAIL DAN SAYA ARAHKAN L/KPL 190560 ZULYANA MEMBUAT PEMERIKSAAN KE ATAS TUBUH DAN BEG TANGAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT TELAH MENJUMPAI (6) KEPING ALUMANIUM FOIL BERWARNA MERAH DISYAKI DADAH JENIS ERIMIN 5 (53 BIJI) (AB: 14.74) DIDALAM BEG TANGAN MILIK BELIAU BERWARNA-WARNI JENAMA CHANEL. SAYA RAMPAS DAN TANGKAP PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT UNTUK TINDAKAN LANJUT.
Butir-butir Tangkapan :
No : 1
Nama : NIK ZARIS UQASHA BINTI NIK SEN
No. K/P Baru : /
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Warganegara : Malaysia
Keturunan : Melayu
Alamat : NO 46..
Sektor Pekerjaan : Bekerja
Keputusan Ujian Saringan Awal Polis : Tiada Saringan
No Botol Saringan : Tiada Botol Saringan
06/05/2018
Wooowwwwww....maruah diri bernilai rm20 je ke??