26/08/2026
l
Terima Kasih & Penghargaan 🌷
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua ibu bapa Little Sayra Childcare Centre atas segala sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan. 💕
Terima kasih juga kerana sudi berkongsi juadah, bertungkus-lumus menyediakan busana anak-anak serta memberikan yang terbaik demi memeriahkan program kita. 🥰✨
Sesungguhnya setiap sumbangan, usaha dan sokongan daripada ibu bapa amat kami hargai dan menjadi kenangan yang sangat bermakna buat anak-anak.
Semoga segala kebaikan dan usaha ibu bapa dibalas dengan rezeki yang melimpah serta keberkatan buat seisi keluarga. 🤲🏻💐
Terima kasih kerana sentiasa bersama-sama menyokong Little Sayra Childcare Centre.
Dengan kasih sayang dan kerjasama kita, anak-anak dapat mencipta kenangan indah yang tidak ternilai. ❤️
Ikhlas daripada,
🌸 Little Sayra Childcare Centre 🌸