Tabung Waqaf Rakyat Johor

Call Directions Website Contact the organization

Tabung Waqaf Rakyat Johor Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah menubuhkan Tabung Waqaf Johor (TWRJ) pada tahun 2016

JOM!!! HADIR KELAS TAJWID di AKADEMI RAUDHAH AL QURAN...NAK PANDAI TAJWID? Sabtu malam ini, jom kita luangkan sedikit ma...
22/09/2026

JOM!!! HADIR KELAS TAJWID di AKADEMI RAUDHAH AL QURAN...

NAK PANDAI TAJWID?

Sabtu malam ini, jom kita luangkan sedikit masa untuk mendalami ilmu Al-Quran bersama-sama dalam Kelas Pengajian Bulanan Kelas Tajwid โ€“ โ€œOh Mudahnya Tajwidโ€ bersama Ustaz Amirul Mustaqim bin Abd Ranee.
Kelas ini sesuai untuk semua yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran, memahami asas tajwid dan membaca dengan lebih betul serta yakin. Tak perlu tunggu pandai baru nak belajar, kita belajar sama-sama, perbaiki sama-sama.

Insya-Allah, kita akan bersama pada:
Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
Masa: 7.45 malam hingga 9.00 malam
Lokasi: bertempat di Akademi Raudhah AlQuran, No. 14, Jalan Padi Emas 6/2, Bandar Baru Uda.

Jom datang beramai-ramai! Ajak ibu ayah, suami isteri, anak-anak, sahabat dan rakan-rakan untuk sama-sama duduk dalam majlis ilmu. Semoga satu langkah kita menuju majlis Al-Quran menjadi sebab Allah membuka jalan kebaikan dalam kehidupan kita.

โ€œSebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.โ€
โ€” Riwayat al-Bukhari

Sabtu malam kita jumpa di Akademi Raudhah AlQuran. Jom ngaji! Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ustaz Mior Muhammad Hazwan di talian 013-314 9947.









*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ  INTISAR...
18/09/2026

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT ๐Ÿ•Œ

๐Ÿ“† TARIKH: 6 RABIUL AKHIR 1448H / 18 SEPTEMBER 2026

๐Ÿ“œ TAJUK: SABAR ADALAH MAHKOTA BAGI ORANG BERIMAN

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali โ€˜Imran, ayat 200 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kes**aran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

1๏ธโƒฃ- Bertakwa kepada Allah SWT.

2๏ธโƒฃ- Sabar ialah suatu perkataan yang mudah untuk disebut, akan tetapi amat s**ar untuk diamalkan. Pastinya dalam kehidupan kita di dunia ini, kesabaran merupakan bekalan terbaik untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup.

3๏ธโƒฃ- Bagi orang mukmin, kesabaran merupakan satu puncak ketakwaan dan lambang iman yang sempurna. Sifat mulia ini bukan sekadar lambang kebersihan jiwa, sebaliknya merupakan bukti cinta dan penyerahan yang mutlak kepada kekuasaan Allah SWT.

4๏ธโƒฃ- Khazanah ilmu Islam sentiasa meletakkan sifat sabar pada kedudukan yang sangat tinggi. Malah, para ulama telah mengupas tajuk ini secara mendalam bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada umat Islam. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihyaโ€™ โ€˜Ulum al-Din membahagikan sifat sabar kepada tiga bahagian.

Pertama, sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.

5๏ธโƒฃ- Sebagai contoh, melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Pada peringkat awal, rutin berpuasa memerlukan niat yang ikhlas, ketahanan diri serta keazaman untuk menahan rasa lapar. Namun akhirnya, kesabaran melawan hawa nafsu itu melahirkan keikhlasan dalam hati dan sifat istiqamah dalam melakukannya. Begitu juga dalam ibadah-ibadah yang lain seperti solat dan zakat.

6๏ธโƒฃ- Kedua, sabar dalam menghadapi kehendak hawa nafsu dan maksiat. Sabar dalam menghadapi hawa nafsu merupakan suatu tuntutan yang besar bagi orang beriman. Secara fitrahnya, manusia sering kali mudah terpesona dengan keindahan duniawi.

7๏ธโƒฃ- Manusia akan melihat harta, pangkat, pengaruh dan godaan wanita sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Ujian yang dihadapi oleh Nabi Yusuf AS merupakan antara kisah terbaik yang boleh diambil pengajaran daripada wahyu al-Quran. Baginda telah digoda oleh seorang wanita yang bukan sahaja rupawan, malah memiliki kedudukan dan pengaruh yang besar pada zaman itu. Berbekalkan keimanan yang kuat, Nabi Yusuf AS berjaya menepis godaan tersebut walaupun terpaksa menanggung keperitan.

8๏ธโƒฃ- Ketiga, sabar dalam menghadapi ujian dan takdir. Ujian, musibah dan kesedihan sememangnya menuntut kesabaran yang amat tinggi dalam diri setiap manusia. Walaupun seseorang itu akan diuji mengikut kadar kemampuan masing-masing, hakikatnya tidak ramai yang mampu untuk bersabar dan bertahan dalam menghadapi ujian tersebut.

9๏ธโƒฃ- Hal ini boleh dipelajari melalui kisah Nabi Ibrahim AS yang telah menunggu kelahiran zuriatnya selama berpuluh-puluh tahun. Akhirnya, apabila dikurniakan seorang anak lelaki, Baginda diuji p**a dengan perintah untuk meninggalkan anak serta isterinya di tanah yang gersang dan menyembelih anaknya. Ternyata, kemanisan iman hanya akan hadir apabila setiap urusan itu diserahkan kepada Allah SWT dan disertai dengan kesabaran.

๐Ÿ”Ÿ- Kesimp**annya, marilah kita sentiasa berpesan-pesan tentang kesabaran. Sesungguhnya, sifat sabar ialah mutiara indah yang ada dalam diri seseorang dan menjadi bukti akan keteguhan iman. Tanpa kesabaran, maka akan runtuhlah benteng iman dalam diri manusia.

Wallahu aโ€˜lam.

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]


*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ  INTISAR...
11/09/2026

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT ๐Ÿ•Œ

๐Ÿ“† TARIKH: 29 RABIULAWAL 1448H /
11 SEPTEMBER 2026

๐Ÿ“œ TAJUK: PETANDA PENTING MENJELANG KIAMAT

Allah SWT berfirman dalam Surah Ghafir, ayat 59 yang bermaksud:
โ€œ Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentang kedatangannya, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman."

1๏ธโƒฃ- Bertakwa kepada Allah SWT.

2๏ธโƒฃ- Hari kiamat ialah janji Allah yang pasti akan tiba. Setiap mukmin yang teguh imannya pasti meyakini kebenaran hari pembalasan ini. Itulah hari yang tidak ada seorang pun dapat lari daripadanya. Pada hari tersebut, segala amalan manusia, walaupun sekecil zarah sekalipun, akan ditimbang dengan seadil-adilnya.

3๏ธโƒฃ- Keimanan kepada hari kiamat merupakan bahagian penting dalam akidah umat Islam. Ia juga merangkumi beberapa peristiwa yang berlaku sebelum itu. Rasulullah SAW telah memberikan gambaran mengenai munculnya beberapa tanda besar sebelum berlakunya hari kiamat, antaranya ialah:

Pertama, akan muncul satu makhluk yang akan menguji keimanan seluruh manusia dan menyebarkan kesesatan di muka bumi, iaitu Dajjal.

4๏ธโƒฃ- Rasulullah SAW telah memberikan gambaran bahawa Dajjal akan menjelajah ke seluruh pelosok bumi dengan begitu pantas untuk menyebarkan fitnahnya. Dia akan mendakwa dirinya sebagai tuhan dan memperdaya manusia menggunakan pelbagai helah, seperti menurunkan hujan, menghidupkan tanah yang gersang, bahkan menghidupkan orang yang telah mati.

5๏ธโƒฃ- Dajjal akan memaksa manusia untuk tunduk kepadanya. Sesiapa yang beriman kepadanya akan hidup dalam kesenangan, manakala sesiapa yang tetap teguh beriman kepada Allah akan diuji dengan kelaparan dan kesusahan. Meskipun wujud pelbagai pandangan tentang Dajjal, namun yang pasti, ia menjadi peringatan kepada kita bahawa setiap mukmin wajib mempertahankan diri daripada fitnah Dajjal.

6๏ธโƒฃ- Kedua, turunnya Nabi Isa AS ke bumi untuk menguatkan syariat Nabi Muhammad SAW. Selepas munculnya Dajjal, Allah SWT akan menurunkan Nabi Isa AS dan Baginda akan mengetuai peperangan untuk membunuh Dajjal serta menegakkan keadilan di muka bumi.

7๏ธโƒฃ- Kehadiran Nabi Isa AS pada akhir zaman nanti adalah suatu bentuk pertolongan Allah buat orang yang beriman. Turunnya Baginda bukan sahaja akan membatalkan ajaran sesat golongan yang mendakwa Nabi Isa sebagai tuhan, malah Baginda akan memimpin umat manusia untuk kembali kepada agama Allah dengan menjunjung syariat Nabi Muhammad SAW.

8๏ธโƒฃ- Ketiga, keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Kemunculan Yakjuj dan Makjuj merupakan satu lagi tanda besar yang akan berlaku menjelang hari kiamat. Mereka ialah kaum yang mempunyai jumlah yang ramai, bersifat ganas dan s**a melakukan kerosakan besar di muka bumi. Al-Quran telah menyebutkan bahawa kaum ini telah terkurung di sebalik tembok besi kukuh yang dibina oleh Raja Zulqarnain. Apabila tiba waktu yang ditetapkan Allah SWT nanti, tembok tersebut akan runtuh dan mereka akan melakukan huru-hara yang dahsyat sehingga manusia terpaksa berlindung dan menyelamatkan diri daripada mereka.

9๏ธโƒฃ- Keempat, iaitu terbitnya matahari dari sebelah barat. Apabila berlakunya peristiwa matahari terbit dari sebelah barat, maka ketahuilah bahawa pintu taubat sudah pun tertutup. Tiada lagi erti taubat dan tangisan, yang tinggal hanyalah penyesalan.

1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ- Kesimp**annya, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan iman, memperbanyakkan amal soleh dan bersedia menghadapi suasana hari kiamat yang sangat dahsyat. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi zaman dahsyat yang digambarkan oleh Rasulullah SAW ini? S**a atau tidak, kiamat ini pasti akan berlaku. Beruntunglah bagi mereka yang diselamatkan daripada kemurkaan Allah, lalu dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi buat selama-lamanya.

Wallahu aโ€˜lam.

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ INTISARI...
04/09/2026

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† TARIKH: 22 RABIULAWAL 1448H / 04 SEPTEMBER 2026

๐Ÿ“œ TAJUK: JANGAN BIARKAN MEREKA TERPINGGIR

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisaโ€™, ayat 9 yang bermaksud:

"Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka, yang mereka bimbang terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar."

1๏ธโƒฃ- Bertakwa kepada Allah SWT.

2๏ธโƒฃ- Anak-anak bukan sekadar perhiasan di mata, tetapi mereka adalah amanah dan ujian terbesar yang bakal dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari kiamat nanti. Pada hari ini, ada sesetengah keluarga yang tinggal sebumbung, namun hakikatnya rumah mereka kelihatan seperti kubur yang tidak berpenghuni.

3๏ธโƒฃ- Ada anak-anak di rumah yang menganggap diri mereka seperti anak yatim, terpinggir seperti orang luar yang menumpang teduh. Mereka berasa seperti tiada siapa yang peduli, seolah-olah ibu bapa mereka tidak wujud lagi. Allah SWT dengan tegas mengingatkan kita tentang akibat buruk sekiranya kita gagal mendidik anak-anak dan membiarkan zuriat keturunan kita hidup dalam keadaan yang lemah pada kemudian hari.

4๏ธโƒฃ- Ramai ibu bapa pada hari ini yang mengabaikan jiwa anak-anak tanpa mereka sedari. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.

Pertama, jangan biarkan kita menghabiskan masa melihat telefon bimbit dan paparan peranti lebih lama berbanding masa yang kita luangkan untuk melihat dan berinteraksi dengan anak-anak sendiri. Apabila ibu bapa sudah tidak mempunyai masa bersama anak-anak, maka anak-anak akan mencari sesuatu di luar rumah yang boleh dijadikan tempat untuk mereka berkongsi perasaan dan masalah.

5๏ธโƒฃ- Lihatlah sisi terbaik daripada sirah Nabi Ibrahim AS. Walaupun terpaksa akur kepada perintah Allah SWT untuk meninggalkan isterinya, Hajar, dan anaknya, Nabi Ismail AS, di sebuah lembah, Nabi Ibrahim AS tidak pernah meminggirkan keluarganya daripada perhatian Baginda. Nabi Ibrahim AS sentiasa mendoakan kebaikan buat ahli keluarganya di Makkah.

6๏ธโƒฃ- Kisah ini membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan tidak diukur pada jarak tempat semata-mata, tetapi diukur pada kekuatan jiwa yang saling berpaut. Apabila anak-anak mendapat perhatian yang baik dan pendidikan yang berkesan, mereka akan membesar menjadi insan yang kuat, bermanfaat dan mempunyai akhlak yang baik.

7๏ธโƒฃ- Kedua, doa ibu bapa merupakan perisai terbaik dalam menjaga dan memelihara anak-anak daripada hanyut dalam persekitaran yang sangat mencabar. Doa yang sarat dengan rasa kasih sayang akan menjadi pengikat yang amat kuat dalam memastikan jiwa anak-anak tidak berasa terpinggir walaupun ketika sedang berjauhan.

8๏ธโƒฃ- Selain itu, doa yang istiqamah dan tarbiah yang baik juga akan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah serta menjadi pelindung bagi ibu bapa di akhirat kelak. Kejayaan sebenar bagi ibu bapa bukanlah pada pangkat yang diraih oleh anak-anak, akan tetapi pada iman yang melekat di dada mereka ketika kita sudah tiada nanti.

9๏ธโƒฃ- Kesimp**annya, marilah kita mengetuk pintu hati kita supaya tidak mengabaikan keperluan jiwa yang diperlukan oleh anak-anak. Anak-anak yang membesar dalam keadaan jiwa yang kosong akan sentiasa mencari sesuatu sebagai pengganti kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Berdoalah untuk anak-anak kerana doa ibu bapa adalah senjata yang paling berharga.

Wallahu aโ€˜lam.

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]


KHUTBAH JUMAAT JDT HARI INITAJUK : SUARA DARI BUMI BERTUAHTARIKH : 28 OGOS 2026 | 15 RABIULAWAL1448H[Infografik oleh : B...
28/08/2026

KHUTBAH JUMAAT JDT HARI INI

TAJUK : SUARA DARI BUMI BERTUAH
TARIKH : 28 OGOS 2026 | 15 RABIULAWAL1448H

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ INTISARI...
21/08/2026

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† TARIKH : 8 RABIUL AWAL 1448H/ 21 OGOS 2026

๐Ÿ“œ TAJUK: KERINDUAN TERHADAP JUNJUNGAN MULIA

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Anbiya Ayat 107 yang bermaksud:
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

1๏ธโƒฃ. Bertakwa kepada Allah SWT.

2๏ธโƒฃ. Rasa rindu di hati terhadap Baginda Rasulullah SAW merupakan suatu perasaan dan anugerah yang sangat istimewa. Ini kerana Rasulullah SAW telah meninggalkan kita lebih daripada 1,400 tahun yang lalu, namun perasaan rindu itu masih mampu wujud merentasi sempadan masa dan tempat.

3๏ธโƒฃ. Nabi Muhammad SAW diutuskan bukan sekadar sebagai seorang pemimpin untuk bangsa Arab, malah usaha dakwah Baginda tersebar dengan meluas ke seluruh alam. Allah SWT memberikan gambaran tentang sebab utama mengapa Baginda diutuskan kepada umat manusia, iaitu sebagai rahmat kepada seluruh alam.

4๏ธโƒฃ. Baginda Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita tentang tauhid serta meninggalkan kepada kita seribu satu ilmu dan hikmah. Marilah kita menghayati akhlak yang diajarkan oleh Baginda dalam perihal berkasih sayang.

Pertama, Rasulullah SAW sangat menunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap golongan fakir dan miskin. Baginda tidak pernah menghina atau merendah-rendahkan golongan tersebut, bahkan Baginda sering duduk bersama-sama dengan mereka.

5๏ธโƒฃ. Baginda juga akrab dengan golongan Ahli Suffah, iaitu golongan fakir dan miskin yang tinggal di serambi Masjid Nabawi. Rasulullah SAW memberikan perhatian yang lebih kepada mereka. Baginda memberikan makanan kepada mereka, menyampaikan ilmu serta membenarkan masjid dijadikan sebagai tempat perlindungan mereka.

6๏ธโƒฃ. Baginda mengajar umatnya bahawa kemuliaan manusia tidak terletak pada harta kekayaan dan bukan juga pada paras rupa, tetapi pada amalan dan ketakwaan yang ada pada diri seseorang. Maka, jelaslah bahawa kasih sayang yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW terhadap golongan miskin merupakan suatu teladan penting untuk dipelajari agar kita tidak menjadi manusia yang sombong dengan harta yang dimiliki.

7๏ธโƒฃ. Kedua, Rasulullah SAW sering menzahirkan kasih sayang Baginda terhadap ahli keluarga dan anak-anak kecil. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW pernah mencium cucu Baginda yang bernama Hasan di hadapan seorang sahabat yang bernama al-Aqraโ€˜ bin Habis. Lalu al-Aqraโ€˜ berkata:

โ€œAku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka.โ€

Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

โ€œBarang siapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.โ€

8๏ธโƒฃ. Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW pernah memanjangkan sujud Baginda kerana memberi ruang kepada cucu Baginda, iaitu Saidina Hasan, yang sedang bermain di atas belakang Baginda. Para sahabat ketika itu menyangka Baginda terlupa dalam solat. Namun, setelah selesai solat, Baginda menjelaskan bahawa Baginda hanya menunggu cucunya turun agar tidak mengganggu keseronokan cucunya yang sedang bermain.

9๏ธโƒฃ. Ketiga, Rasulullah SAW juga sangat kasih terhadap umatnya. Kasih sayang Baginda terhadap umatnya bukan hanya kepada para sahabat yang hidup bersama Baginda, bahkan meliputi semua umatnya yang hidup pada hari ini sehingga ke akhir zaman.

๐Ÿ”Ÿ. Kesimp**annya, marilah kita meneladani sifat kasih sayang ini dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, sifat kasih dan sayang bukanlah suatu tanda kelemahan, tetapi merupakan kekuatan yang mampu menyatukan manusia serta menarik rahmat Allah SWT.

Wallahu aโ€˜lam.

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



๐Ÿ’š AYUH BANGSA JOHOR! JOM BERWAKAF BERSAMA TWRJ! ๐Ÿ’š๐Ÿ“ Jumpa kami di Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor (PIJ) Cawangan Se...
21/08/2026

๐Ÿ’š AYUH BANGSA JOHOR! JOM BERWAKAF BERSAMA TWRJ! ๐Ÿ’š

๐Ÿ“ Jumpa kami di Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor (PIJ) Cawangan Senggarang, Batu Pahat, Johor sempena Majlis Perasmian Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang dan Program Jom Bantu Kotak Makanan!

๐Ÿ“… 21 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ 10.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ“ Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang, Batu Pahat, Johor

โœจ Jangan lupa singgah ke reruai Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) dan kenali lebih dekat usaha wakaf dalam membantu membangunkan ummah.

๐Ÿคฒ Jom berwakaf hari ini.
Kerana setiap sumbangan yang diberi, insya-Allah menjadi amal yang terus mengalir manfaatnya.

๐ŸŒฟ WAKAF DIBERI, PAHALA ABADI.






*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ INTISARI...
14/08/2026

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† TARIKH : 1 RABIUL AWAL 1448H/ 14 OGOS 2026

๐Ÿ“œ TAJUK: KEMULIAAN DISEBALIK SEMPADAN

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Anfal Ayat 74 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."

1๏ธโƒฃ Bertakwa kepada Allah SWT.

2๏ธโƒฃ Keadaan bergolak yang berlaku di sesetengah negara telah menyebabkan sebahagian rakyat di negara tersebut berhijrah ke tempat lain. Begitu juga, ada sebahagian daripada mereka yang telah berhijrah ke negara kita untuk menumpang teduh.

3๏ธโƒฃ Sebagai umat Islam, menjadi keutamaan kita untuk menghulurkan bantuan dan menunjukkan simpati kepada mereka yang memerlukan, khususnya terhadap mereka yang sedang ditimpa kesusahan. Persaudaraan Islam tidak dibatasi oleh sempadan negara, bangsa atau bahasa, bahkan diikat oleh akidah yang sama.

4๏ธโƒฃ Begitulah semangat para sahabat RA ketika peristiwa hijrah. Orang Ansar di Madinah begitu cekal untuk menerima kehadiran golongan Muhajirin walaupun mereka sendiri berhadapan dengan kekurangan.

5๏ธโƒฃ Rasulullah SAW juga mengajar kepada kita bahawa orang-orang beriman itu ibarat satu tubuh. Apabila salah satu anggota jatuh sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya.

6๏ธโƒฃ Terdapat beberapa panduan penting yang seharusnya dipegang oleh umat Islam dalam mendepani saudara-saudara kita yang digelar sebagai pelarian ini.

Pertama, Rasulullah SAW mendidik kita supaya menjadi umat yang santun dan beradab. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan kemuliaan pada sesebuah bangsa dan bukan juga pada warna kulit. Akan tetapi, kemuliaan seseorang itu adalah berdasarkan ketakwaannya kepada Allah SWT.

7๏ธโƒฃ Kedua, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir daripada kump**an pelarian ini yang menunjukkan sikap tidak baik ketika berada di negara kita. Mereka gagal memahami budaya dan adat resam masyarakat tempatan. Ada dalam kalangan mereka yang melakukan jenayah dan tidak kurang juga yang berlaku kasar. Namun, perkara ini bukanlah ruang untuk kita melepaskan kemarahan terhadap keseluruhan mereka.

8๏ธโƒฃ Mereka datang dari pelbagai negara. Ada yang datang dari Timur Tengah, negara-negara Afrika dan ada juga dari Asia Tenggara. Masing-masing datang dengan pelbagai latar belakang dan budaya yang berbeza. Sekiranya terdapat jenayah atau kesalahan yang dilakukan, maka kita serahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang.

9๏ธโƒฃ Kesimp**annya, marilah kita menjiwai semangat sebagai seorang mukmin yang sejati. Jika kita marah, maka biarlah kemarahan itu berpada-pada. Janganlah sesekali menghina dan menunjukkan rasa kebencian yang melampau terhadap saudara-saudara kita kerana perbezaan bangsa, negara, warna kulit dan budaya, apatah lagi menggunakan kekerasan ke atas mereka.

Wallahu aโ€˜lam.

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR TAHUN 202630 Julai, Johor Bahru โ€“ TWRJ tela...
10/08/2026

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR TAHUN 2026

30 Julai, Johor Bahru โ€“ TWRJ telah menyalurkan tajaan berjumlah RM200,000.00 kepada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2025 Kali Ke-18.

Sumbangan ini merupakan manifestasi komitmen TWRJ dalam memperkasa pendidikan Islam di Negeri Johor serta menghargai kecemerlangan para pelajar, huffaz dan institusi pendidikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai peperiksaan, antaranya Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijil Darjah Khas Agama (SDKA), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Program Tahfiz Al-Quran Johor (PROTAJ) bagi tahun 2025.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir ialah Tuan Haji Rudy Rizal bin Mohd Hanapi, Timbalan Pengurus Besar PIJ sebagai wakil rasmi Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ.

Seramai 257 penerima telah diraikan atas pencapaian cemerlang mereka, melibatkan pelbagai kategori individu dan sekolah. Tahniah juga diucapkan kepada 10 buah Sekolah Terbaik Negeri Johor yang telah membuktikan kecemerlangan melalui prestasi akademik yang membanggakan. Sebagai tanda penghargaan, setiap sekolah menerima sumbangan RM5,000.00 bagi menghargai usaha dan dedikasi seluruh warga sekolah.

Sesungguhnya, setiap sumbangan wakaf merupakan pelaburan berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Tahniah kepada semua penerima anugerah, para guru, ibu bapa serta seluruh warga sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasa pendidikan Islam dan melahirkan lebih ramai generasi cemerlang yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negeri. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan serta ganjaran berterusan di sisi Allah SWT.





KHUTBAH JUMAAT JOHOR HARI INITAJUK : APABILA REZEKI DATANG BERSAMA BARAKAHTARIKH : 7 OGOS 2026 | 23 SAFAR 1448 H[Infogra...
07/08/2026

KHUTBAH JUMAAT JOHOR HARI INI

TAJUK : APABILA REZEKI DATANG BERSAMA BARAKAH
TARIKH : 7 OGOS 2026 | 23 SAFAR 1448 H

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



Address

Johor Bahru
80250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6073369200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Waqaf Rakyat Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tabung Waqaf Rakyat Johor:

Shortcuts

Share